Monday, November 17, 2008

SEKALI WANITA TERGODA, GUGURLAH SEKUNTUM WARDAH DI SYURGA, SEKALI WANITA TERNODA, BERDEKAH-DEKAHLAH SYAITAN DI NERAKA



Assalamu’alaikum wbt..


Syukur lillah kita panjatkan atas nikmat Islam wa iman yang kini masih dirasakan mengalir sebati dalam urat darah juga rahmat dari ALLah yang tak putus dilimpahkan kepada hamba2NYA. Slawat dan salam juga buat junjungan Rasulullah s.a.w. Syukur lillah juga atas hela nafas yang masih dirasakan bersama silauan keindahan alam ciptaan-NYA.

Salam kembali kepada sahabat2 yang sentiasa bermujahadah menuju matlamat yang satu juga yang sentiasa mengatur elok tiap langkahan menuju redho Allah. Tingkah juga tutur kata yang dituntun bersama langkahan dai’e. moga tiap kerjaan kita sentiasa bersama redho Allah. Peluhmu bukan darah! Teruskan langkahan mujahadah wahai diri juga sahabat2ku.

Baru-baru ni semasa di rumah, sengaja ana menyelak helaian novel ‘Tautan Hati’ yang terletak kemas di almari bukuku setelah skian lama. Satu-satunya novel yang ana miliki selain novel ‘ayat2cinta’. Actually, ana tidak berapa suka baca sebarang bentuk novel sebab bagi ana novel2 kebanyakannya akan membawa diri kepada khayalan palsu! Namun, berlainan dengan novel ‘tautan hati’ dimana hadirnya begitu memikat dan mentaut hati ana dengan tiap bait ayat2nya. Novel tarbiyyah. Ana terpaut untuk memiliki novel ni setelah di’promote’ oleh seorang shbt. Apapun bukan kisah dimiliki atau memiliki yang ana nak sorotkan di sini. Tetapi, suka untuk ana kongsi cebisan dari isi novel tersebut. Moga sama2 kita muhasabah.

***
sahabat fi tarbiyyah..

Rasulullah s.a.w. dan generasi itu telah tiada! Lama sudah mereka berlalu meninggalkan kita.
Muhammad, Kekasih Ilahi. Baginda berjalan selangkah demi selangkah, meniti hari. Bermula dari seorang diri, menyampaikan dakwah secara sembunyi-sembunyi. Bukannya Baginda tidak berani dan takut mati namun itulah tertib wahyu ketika itu, strategi Rabbi.

Ucapan Baginda tidak lahir dari nafsu melainkan wahyu yang suci. Ucapan yang hikmah dari kalbu yang jernih disambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri. Dimulainya mengajak manusia kepada Islam dengan menjernihkan fikrah, pendekatan akal, pemahaman dan menyentuh hati sanubari. Juga dengan jalan hujah dan keterangan, dengan hikmah dan pengajaran penuh seni.

Bilamana ada perdebatan dirungkai dengan baik dan menambat hati. Bilamana mendapat tekanan, rintangan serta siksaan berlaku sabar dan melontarkan doa kasih nan sejati.
Firman Allah(surah an Nahl:125)

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah* dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."

*Hikmah: ialah perkataan yang tegas dan benar yang dapat membedakan antara yang hak dengan yang bathil.

Dengan rahmat dan kurnia Ilahi, seorang demi seorang ikut menyertai, dari golongan bangsawan mulia hingga hamba sahaya tidak mahu terkecuali. Lalu, terbentuklah jemaah Islam pertama, jemaah Rasulullah dan para sahabi. Jemaah baru itu masih sangat kecil dan merupakan ghuroba’ (orang-orang yang asing) di Mekah kota kelahiran sendiri.

Golongan ghuroba’ inilah yang kelihatan berjalan perlahan-lahan dan lambat, akhirnya menjadi kelompok yang mulia, gah, izzah dan menjadi generasi terbaik umat ini. Mereka tidak punya apa-apa melainkan jiwa yang sarat keyakinan bahawa janji Allah itu pasti! Biarpun sehebat manapun rintangan, jalan dakwah terus berkembang dan panjinya berkibar tinggi.

Jalan dakwah inilah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. sehingga Islam lah seluruh jazirah Arab, demikian pula Parsi dan Romawi, mencabut jahiliyyah dari akar umbi.
Sabda Rasulullah s.a.w:

ingatlah bahawa Islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama Islam ke mana sahaja ia berputar. Ketahuilah bahawasanya penguasa dan Al-Quran akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dari al Quran’


Duhai mawar-mawar mujahidah yang sedang menuntun langkah menuju jalan Allah…


Dalam langkah hidup ini, hanya ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhi. Kita yang memilih jalan kita sendiri. Kalau kita tidak memilih jalan menuju Allah, pasti kita akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan diri sendiri itulah jalan syaitan, nafsu, syahwat dan duniawi. Jalan keimanan itulah jalan Ilahi dan jalan kesesatan itulah jalan iblisi.

Orang yang berjalan di atas jalan Ilahi sentiasa berusaha mensucikan jiwa dan hati sementara orang yang berjalan di jalan iblisi, tiada sensitivity dalam mengotori dan menodai hati.

Masing-masing berusaha dan masing-masing bergerak, meniti waktu dan hari, mendekati mati. Akhirnya masing-masing kerdil menghadap Ilahi. Sudah tentu di sana ada perbezaan antara keduanya di alam abadi.

Tanyalah diri, mahukah kita mencampakkan diri ke lembah kehinaan pada saat bertemu Rabbi? Atau meletakkan diri ke darjat yang tinggi? Sudah tentu jawapan kita mengimpikan tempat di sisi Ilahi.

Namun adakah sama orang yang sekadar berangan-angan tetapi tidak mempunyai persiapan yang serius untuk menghadap-NYA? Berapa ramai orang yang sanggup menjual harta dan dirinya demi membeli redho Allah? Sungguh! Manusia lupa saat perjumpaan itu!

Zaman berganti zaman, Islam asing(gharib) kali kedua, hati-hati yang jernih fikrahnya menjadi ghuroba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas dengan-NYA.

Adakah amalan dan akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dalam golongan ghuroba’ ini? Mungkinkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini? Na’uzubillah!

"Ya Allah, bantulah kami untuk tetap layak berada di atas jalan-MU. Jangan sekali-kali Kau menapis kami dari jalan-MU kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubat hati mengubah sahsiah diri..ameen"
duhai jiwaku juga jiwamu sahabat..

Persediaan hati memerlukan proses tarbiyyah tersusun bermula dengan tazkiyah an nafs dan mua’lajatul uyub(mengikis keaiban). Mujahadah yang dituntut amatlah perit dan bukan sedikit. Ia tidak boleh diambil mudah! Hanya dorongan iman dari hati yang diproses untuk dekat dengan Allah akan memampukan seseorang melakukan setiap apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t dan menjauhi segala larangan-NYA secara menyeluruh. Inilah hakikat perhambaan sebenarnya dan hakikat pengabdian ini hanya akan lahir apabila jelas hubungan hati dengan Allah.

Jadi sahabat..akhowat fi tarbiyyah..Marilah kita sama-sama mentarbiyyah diri menuju jalan Allah yang abadi. Biar banyak mana sekalipun kita ditarbiyyah, diri kita juga lah yang mampu menuntun diri dalam proses tarbiyyah yang hakikatnya diatur oleh Allah. Apapun, sahabiahku SEKALI WANITA TERGODA, GUGURLAH SEKUNTUM WARDAH DI SYURGA, SEKALI WANITA TERNODA, BERDEKAH-DEKAHLAH SYAITAN DI NERAKA..

Moga Allah merahmati dan meredhoi setiap usaha juga amalan kita taqorrub billah.

~ila mardhotillah




1 comment: