Wednesday, August 19, 2009

..::SABAR::..

Assalamu’alaikum wbt.

Dengan nikmat Iman yang mengalir sebati dalam urat darah ini, syukur lillah kerana masih merasai dan menjalani hidup sbg hamba. Walaupun hakikat umur yang makin meningkat menyingkatkan lagi waktu bagiku bertemu Pencipta. Lantaran usia yang dianugerah ini, alhamdulillah masih mampu untuk memadahkah sesuatu memenuhi ruang blog ini. Bukan kerana ingin memenuhi masa lapang tetapi masa yang terpaksa dicuri untuk memenuhi tuntutan hamba.

Jika dirujuk taqwim akademik, sekarang dah masuk minggu ke-6 sesi pengajian pada semester ini. Sedari awal sem, pelbagai taklifan yang terpikul. Namun, dengan taklifan itu juga, menyebabkan ada persoalan2 yang timbul dari pelbagai pihak yang hakikatnya ia adalah tarbiyah secara langsung dari Allah. soalan2 di dunia dari pihak2 tertentu berkenaan taklifan jika di lihat secara hikmahnya ia adalah wasilah Allah buat hamba. Agar kita sentiasa sedar terhadap amanah2 Allah buat kita**muhasabah**

Dalam kesibukan di akhir-akhir pengajian ini, memaksa ramai student bertungkus lumus menyiapkan segala tugasan mahupun taklifan yang digalasi. Teringat pesanan seorang ust.. dalam kita mengurusi perjalanan hidup mahupun dalam kesibukan yang semakin menghimpit, kita tidak dapat tidak perlu sentiasa ingat dengan peranan kita.. jika bagi saya dan sahabat2 seperjuangan, terpikul empat tanggungjawab yang tidak boleh dipandang remeh yakni tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah, anak, pelajar dan …. . perlu laksanakan tanggungjawab tersebut tanpa kurang pun. Insyaallah.

Peristiwa kelmarin membuatkan saya terfikir tentang suatu yang amat penting untuk diambil perhatian yakni SABAR. Setelah 3 hari berturut mencari sekolah untuk menjalankan projek thesis. Setelah beberapa sekolah pergi, semuanya tidak mencukupi bilangan pelajar sains form 4 untuk dijadikan responden bagi thesis saya dan 3 lagi sahabat yang disayangi=). Ditaqdirkan pula, setelah berkilo2 meter kami merantau smata untuk ‘survey’ sekolah, akhirnya Allah temukan dengan sebuah skolah skitar sungkai. Alhamdulillah kami selamat memasuki ruang sekolah. Namun sekali lagi dengan berita yang sama menyebabkan proses untuk berurusan dengan skolah terbantut ditambah pula dengan keciciran surat kebenaran dari kpm. Hm..terdetik..mungkin ada hikmah walaupun pada saat itu, pelbagai perasaan bercampur baur. Saya akan selalu bermonolog dalam diri agar tidak merungut dan mengeluh dalam setiap yang berlaku. Alhamdulillah, SABAR itu masih setia bersama. Semalam, kami meneruskan misi mencari skolah dan alhamdulillah Allah mudahkan urusan semalam. Skolah yang kami pergi mempunyai jumlah pelajar form 4 yang mencukupi untuk dijadikan responden.

Melalui perjalanan kami mencari skolah dalam beberapa hari, banyak pengalaman2 yang mendidik..especially bout SABAR dan REDHA. Walaupun ia adalah perkataan yang biasa kita dengar namun, bila diuji dengan musibah atau apapun ujian, nilai ini yang sering diketepikan malah buang terus dek kerana emosi yang meraja. Sehingga lupa asal perancangan dan rencana episode dunia ini dikawal dan ditentukan Allah. Dan di sini ingin saya isikan berkenaan SABAR. Moga sahabat2 dapat refresh semula kepentingan sabar dan especially kepada ahli group=) moga dapat mengawal emosi agar kita dapat jalankan projek dengan tenang dan mendapat redho Allah=)

Menurut Dr. Mohd Yusuf Al Qardhawi, sabar merupakan sebesar-besar akhlak al-quran. Ini kerana menurut beliau kalimah sabar ini seringkali disebut didalam kitab suci itu. Manusia sering diingatkan supaya bersabar. Dalam al-quran, sabar ini bukan sahaja merujuk kepada surah-surah makkiyah iaitu surah-surah yang mengajar manusia tentang iman tetapi juga surah-surah madaniyah yang menerangkan tentang cara hidup manusia mukmin.

Menurut Imam Al-Ghazali pula, dalam kitab As-Sabr Wa As-Sykr Daru Rubu’ Al Munajiyat, dari kitab induknya Ihya Ulumud Din , kalimah sabar dalam al quran terdapat melebihi tujuh puluh tempat.

Menurut Ibnu Qayyim pula dalam kitabnya Madarij As Salikin, memetik dari iman ahmad menerangkan sabar dalam quran itu disebut melebihi sembilan puluh tempat.

Menurut Abu Thalib Al Makki pula dalam Kitana Qut Al-Qulub memetik dari sebilangan ulama katanya maka satu perkataan lagi yang melebihi kalimah sabar. Aesungguhnya allah taala telah menyebut tentangnya dalam kitabnya melebihi sembilan puluh tempat dan kami tidak mengetahui perkataan itu melainkan orang-orang yang sabar.

Terdapat beberapa dalil dalam Al Quran tentang sabar ini diantaranya surah An Nahl ayat 126-127 maksudnya :-

“Dan jika kamu memberikan pembalasan , hendaklah dibalskan serupa dengan kejahatan yang diperbuatkan kepada kamu, dan kalau kamu bersabar, maka itulah yang paling baik bagi orang-orang yang sabar. Dan hendaklah engkau bersabar, dan tidak adalah kesabaran itu melainkan dengan pertolongan Allah”

dalam surah al ahzaab ayat 25 allah berfirman

“dan orang-orang yang sabar lelaki dan orang-orang yang sabar dari kalangan perempuan”.

Sabar disini bermaksud menahan dan tidak bertindak dengan ertikata jika diancam bunuh sekalipun tidak melawan.

Dalam surah alkahfi pula, allah berfirman ini menunjukan sabar itu :-

“ dan bersabarlah engkau bersama-sama orang yang menyeru tuhannya pada waktu pagi dan petang , mereka menginginkan keredhaan allah dan janganlah engkau menghindarkan pemandangan daripada mereka.”

Sabar disini dulas dengan makna teguhkan hatimu bersama mereka.

Sabar lawannya gelisah. Oleh yang demikian kita janganlah gelisah kerana itu adalah cabang membawa kita kepada api neraka. Allah ada berfirman dalam quran yang menunjukan satu kaum yang menidakkan sabar itu dan berputus asa dengan rahmat Allah. Allah merakamkan kata-kata meraka ini dalam surah ibrahim ayat 21 maksudnya :-

“Sama saja ke atas kita, sama ada kita gelisah ataupun kita bersabar, tiadalah kita mempunyai tempat berlindung”.

Sabar dalam konteks ayat ini bermaksud menahan hati (berhati teguh) diatas apa yang dibenci untuk mendapat(mencari) keredhaan allah sperti firman allah dalam surah Ar Ra’du ayat 22 bermaksud :-

“ Dan orang-orang yang bersabar (berhati teguh / menahan diri) kerana mencari keredhaan Tuhannya.

Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quranul Karim Yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman minta tolonglah kamu dengan sabar dan sembahyang, sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar"(153.)

Secara umumnya kita semua maklum apa itu yang dikatakan sabar.Tidak perlu kita menta'rifkannya secara terperinci.Bukan sekali dua sifat yang mulia ini kita temui di dalam kitab suci Al-Quran dan juga hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

Malahan setiap ketika kita mengucapkannya kepada teman-teman kita atau sesiapa sahaja bila mana mereka ini ditimpa oleh sesuatu perkara yang tidak diingini .Hatta terhadap diri kita sendiri pun sifat ini akan terlintas di hati bila perkara yang sama berlaku terhadap diri kita.Secara kesimpulannya sifat ini merupakan salah satu sifat yang dihimpunkan di dalam sifat-sifat " Mahmudah" .

Banyak hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menceritakan kepada kita betapa ganjaran,kelebihan dan kebaikan yang Allah s.w.t. anugerahkan kepada hambanya apabila sifat ini dapat ditakluki secara sempurna yang mungkin. Sebagaimana terdapat hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan kebaikan sabar ini sebagaimana sabdanya :

Yang bermaksud :Bersabar terhadap perkara yang dibenci itu terkandung di sana kebaikan yang banyak .

Sememangnya sifat ini Allah s.w.t. telah membekalkan kepada setiap hambanya samada yang mukminnya mahu pun yang kafirnya. Pokoknya penguasaan sifat sabar ini sehingga ke tahap mana kita sebagai makhluk Allah s.w.t.sudah tentu tidak mampu untuk mengukurnya kecuali Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui.

Sifat SABAR terbahagi kepada dua bahagian:

1 - Maqamat

Maqamat ialah perjuangan atau usaha serta mujahadah yang kita lakukan dengan tujuan untuk mendatangkan sifat tersebut. Tidak bererti sifat ini sentiasa kekal pada diri kita tanpa kita tidak sedikit pun berjuang untuk mendapatkannya.

Walau pun pada peringkat permulaan penulis ada menyatakan bahawa setiap hamba Allah itu telah dibekalkannya dengan sifat sabar ini tetapi ianya sepertilah sebagaimana yang kita maklumi bahawa setiap hamba Allah di muka bumi ini Allah telah menyediakan atau menetapkan rezekinya masing-masing

Tetapi apakah rezeki itu datang secara bergolek sahaja kepada kita tanpa sedikit pun kita berusaha untuk mendapatkannya. Begitulah juga dengan sifat -sifat baik yang kita utarakan ini.Sifat tawadhuk ,wara' ,ridha dan segala sifat mahmudah ini tidak akan tercapai oleh kita tanpa ada usaha yang sebenarnya dari kita.

2 - Ahwal:

Ahwal ini merupakan suatu perasaan yang timbul dengan sendirinya terhadap diri kita.Tidak kira samaada perasaan itu berbentuk gembira,bahagia,senang, sedih ,marah dan sebagainya.

Al Imam Al Habib Abdullah bin Alwi Al Haddad di dalam kitabnya telah membahagikan sifat sabar ini kepada empat bahagian.

1 - Sabar di dalam melaksanakan ketaatan sewaktu beribadat kepada Allah s.w.t.

2 - Sabar terhadap perkara-perkara maksiat

3 - Sabar terhadap perkara-perkara yang tidak diingini

4 - Sabar terhadap hawa nafsu

**Sabar di dalam melaksanakan ketaatan sewaktu beribadat kepada Allah s.w.t.

Untuk melahirkan sifat sabar yang sebenarnya terhadap perkara perkara ketaatan ini hendaklah setiap ketaatan yang kita datangkan itu disertai bersama dengan perasaan ihklas yang lahir di dalam hati kita.Kenapakah syarat ikhlas ini diletakkan di peringkat permulaan lagi?

Ini kerana untuk melahirkan perasaan ihklas ini bukan suatu perkara yang mudah dan senang.Ianya bukan boleh dibuat -buat begitu sahaja tanpa merasakan sesuatu yang benar-benar ihklas lahir dari lubuk hati kita.Maka inilah yang dinamakan ahwal.

Bila mana kita telah mampu mendatangkan sifat ini dengan penuh usaha dari kita maka secara automatiknya kita telah mampu untuk meninggikan maqamat atau kedudukan kita di sisi Allah s.w.t. dalam perkara sabar ini.

Terkadang kita merasakan bahawa untuk melakukan sesuatu perkara taat merupakan suatu perkara yang senang sekali.Kita boleh sahaja menunaikan solat fardhu lima kali setiap hari,kita boleh saja berpuasa wajib di bulan Ramadhan secara keseluruhannya ,begitu juga dengan puasa -puasa sunat dan solat-solat sunat,kita bila-bila masa sahaja boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan dari kita.

Tetapi apakah selama kita menunaikan ketaatan kita kepada Allah s.w.t.disertai juga dengan sifat ihklas tadi.Alangkah ruginya kita apabila setiap perkara taat yang kita usahakan pagi petang siang dan malam cuma semata-mata kerana makhluk Allah s.w.t sahaja tetapi bukan kerana yang Maha suci.

Setiap solat yang kita tunaikan semata-mata ingin dilihat oleh orang lain dan ingin mendapatkan pujian dari mereka.Setiap puasa yang kita usahakan sepanjang hari,kita merasakan bahawa itu merupakan suatu perkara terpaksa bagi kita,bukan dengan kemahuan yang kita inginkan atau ingin menunjuk-nunjuk bahawa kitalah orang yang paling rajin menunaikan puasa sunat setiap minggu,demikian juga bantuan yang kita hulurkan kepada sesiapa sahaja semata-mata ingin mendapatkan imbalan atau balasan dari mereka tanpa kita sedikit pun menyandarkan kepada Allah s.w.t,apatah lagi hendak disertai dengan perasaan ikhlas.

Sekiranya segala sebab-sebab sebegini masih lagi meliputi di tubuh badan dan jiwa kita, setiap amal kebaikan yang kita lakukan sudah sekian banyak terjual dengan sifat sum'ah dan riak kita dan setiap perkara-perkara kebaikan yang sudah sekian lama kita kerjakan sudah terjual semuanya dengan segala sifat mazmumah dari kita maka kita sendiri boleh merasakan bahawa maqam sabar kita terhadap perkara-perkara taat di sisi Allah s.w.t. masih terlalu jauh lagi dari kita.

2: Sabar terhadap perkara-perkara maksiat

Seterusnya marilah bersama-sama kita lihat bagaimana huraian terhadap pembahagian kedua iaitu sabar terhadap perkara-perkara maksiat. Apakah tindakan yang sewajarnya yang perlu kita lakukan bila mana kita berhadapan dengan perlakuan maksiat yang berlaku dihadapan mata kita.

Pada hakikatnya untuk mendatangkan sifat sabar terhadap perkara maksiat ini lebih berat daripada kita mengelak diri dari mendatangkan sifat -sifat mazmumah dalam peribadatan kita kepada Allah s.w.t. sebagaimana yang kita bincangkan pada bahagian pertama tadi.

Kalau kita lihat pada bahagian yang pertama tadi juga ia merupakan suatu perkara yang ringan untuk dilaksanakan bagi orang yang diberi kemudahan oleh Allah s.w.t. manakala ianya akan menjadi berat bagi orang yang tidak mendapatkan hidayah dan petunjuk daripada Allah s.w.t. Pertama kerana ianya memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh dan paksaan yang kuat untuk meninggalkannya. Sekiranya tanpa usaha dan paksaan dari kita sudah tentu perkara maksiat ini tidak akan lekang dari kita

Al Imam Al Habib Ibnu Alwi Al Haddad dalam pembicaraannya dalam masalah ini telah memberikan suatu peringatan kepada kita dengan sekeras-kerasnya supaya jangan sekali-kali kita cuba untuk mengingati atau mengimbas kembali segala sejarah buruk dan segala perlakuan maksiat yang telah kita lakukan sewaktu masa dahulu.Walaupun pada masa ini kita menganggap bahawa kita telah pun berada di dalam golongan orang-orang yang selalu mengingati Allah s.w.t.

Tetapi jangan sekali-kali kita merasakan bahawa diri kita mampu untuk mengatasi segala maksiat yang berlaku terhadap diri kita dan di hadapan mata kita.Tidak bererti kita mampu untuk menghindarkan diri kita ,walaupun di dalam kepala kita terkumpul ayat-ayat Al-Quranul karim,terhimpun hadis-hadis nabi s.a.w.,termaktub di dalam benak kita segala ilmu yang telah kita timba semenjak dari tahun pertama pengajian kita  sehinggalah ke hari ini.

Ini kerana walaupun kita sekarang berada di maqam yang tertinggi tetapi sekali kita teringat sahaja terhadap keseronokan dosa dan keenakan maksiat yang telah kita lakukan suatu masa dahulu maka secara spontan perasaan tersebut akan terlintas di hati kita untuk kita kerjakan bagi kali kedua.Jelas sekali perkara ini amat berbahaya kepada kita sekiranya tidak ada paksaan dari kita untuk meninggalkan segala ingatan tersebut.

Jadi seandainya kita mengingati segala dosa kesalahan kita yang telah silam itu akan membuat kita lebih menyesal dan insaf dengan sebenar-benarnya dan sekaligus akan meningkatkan kedudukan atau maqam kita kepada maqam taubah dan istighfar itu adalah suatu yang baik tetapi yang terlebih baik sekali ialah tidak mengingati sama sekali perkara-perkara hitam yang telah kita lakukan dahulu.

Al Imam Al Habib Ibnu Alwi Al Haddad dalam kitabnya begitu kuat sekali menekankan perkara ini agar tidak mengingatinya kembali sehingga ia mengatakan bahawa lebih ringan masuk neraka daripada kita terjerumus kembali ke dunia maksiat akibat perbuatan kita terus-menerus membayangkan keindahan maksiat yang telah kita lakukan beberapa waktu dahulu.

3: Sabar terhadap perkara-perkara yang tidak diingini
Sabar dalam perkara-perkara yang tidak diingini atau dibenci terbahagi kepada dua bahagian:

a: Sabar kita sewaktu ditimpa sebarang bencana atau malapetaka.

i.e. sabar ketika kita menerima sebarang bentuk malapetaka atau musibah yang bukan sebab daripada seseorang hamba atau makhluk Allah s.w.t tetapi ianya adalah terus dari Allah s.w.t umpamanya sakit ,hilang dan musnah harta kita akibat banjir yang melanda,ribut taufan yang memusnahkan segala-galanya dan sebagainya.

Bagaimana perasaan kita sewaktu kita kehilangan seseorang yang amat kita sayangi,bagaimana perasaan kita sewaktu rumah yang kita tinggal dijilat api semuanya,bagaimana perasaan kita sewaktu kita sihat walafiat tiba-tiba Allah datangkan kepada kita suatu penyakit yang amat sukar untuk diubati.

Sudah tentunya ketika berhadapan dengan perkara-perkara atau musibah sebegini kita akan mengeluh dan mengadu ke sana dan ke mari untuk menyatakan perasaan kita yang kita tanggung waktu itu.Ketika inilah ujian sebenar yang menimpa kita akan menentukan kita sama ada kita sabar atau tidak untukk menghadapinya .

Bagi seseorang yang telah biasa dengan maqam sabar ini sudah tentunya mudah bagi dirinya untuk menyandarkan bahawa ini merupakan suatu ujian Allah kepada dirinya sekaligus maqam al qada' dan qadar telah tersemai dalam dirinya walaupun pelbagai sebab telah tersedia ada di hadapannya sebagai suatu illah bagi peristiwa-peristiwa yang telah berlaku terhadap dirinya,namun kesemuanya itu tetap menjadi suatu perkara yang telah disandarkan kepada Allah s.w.t.Bagi seseorang yang sentiasa mengeluh dan terus mengadu ke sana dan ke mari seolah-olahnya ia tidak setuju dengan al qada' dan al qadar yang telah diturunkan kepadanya.

Tetapi tidaklah semua keluhan yang kita luahkan itu merupakan ketidak setujuan kita terhadap musibah yang ditimpakan kepada kita contohnya lelehan air mata yang turun dari kelopak mata kita sewaktu ditimpa sebarang musibah atau kita menahan sebarang kesakitan dan sekaligus kita tidak mengadu ke sana dan ke mari itu tidaklah dinamakan kita tidak sabar terhadap ujian yang ditimpakan kepada kita atau dengan kata lain itu tidaklah bertentangan dengan maqam sabar yang kita bicarakan ini.

Gambaran seperti ini jelas sekali tidak mengapa sebagaimana yang berlaku terhadap junjungan kita nabi besar Muhammad s.a.w. sewaktu kewafatan seorang anak lelaki kesayangan beliau iaitu yang bernama Ibrahim.

Di mana pada waktu itu beliau tidak lagi dapat menahan kesedihan sehingga mengalir air mata beliau,sebagaimana menurut maksud sabdanya : "Sesungguhnya dengan air mata yang menitis ,dengan hati yang berdukacita,sesungguhnya dengan kami sangat berdukacita sekali sewaktu kami berpisah dengan anda"

Itu adalah merupakan suatu keadaan ketika mana nabi melepaskan putera beliau yang bernama Ibrahim dengan lelehan air mata yang tidak dapat dibendung lagi kerana terlalu sedih , di mana setelah menerima asuhan dari nabi anak tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir.

**rujukan

moga kita dapat mempraktikkan SABAR supaya sebati dalam diri=) SABAR biasa lawannya marah..sebagai contoh, perasaan marah mengatasi menyebabkan hilangnya SABAR.
boleh rujuk hadith 16 dalam kitab hadith 40 al- Imam an Nawawi
"bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi saw: berikan daku wasiat. Baginda bersabda: janganlah engkau marah. lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. baginda tetap bersabda: janganlah engkau marah.

hadis riwayat al Imam al Bukhari

apapun, moga sama2 mendapat perlindungan Allah=)
wallahu'alam


No comments:

Post a Comment