Saturday, August 7, 2010

..::MUHASABAH::..

Diriku,

Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,

Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri

Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah

tersentuh dengan daulatNya

Merasa terpikul amanah ad deen ini

Bukan kerana kau berjamaah

Namun kerana engkau di bawah perintahNya

Diriku

Seringkah kau mencari jalan

Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya

Agar sendiasa sedar akan keagunganNya

Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan dan kesilapan dirimu..?

Ketahuilah diriku,

Hatimu keras, khusyu’mu kurang

Syukur dan redhamu tidak banyak kau hadiahkan padaNya

Terlalu banyak kurang dan salahmu

Diriku,

Tunaikanlah solatmu dalam khusyu’ dan tenang

Muhasabahlah dirimu kala sunyi

Selamilah kalam-kalam al Quran yang kau perjuangkan

Padanya ada bekalan

Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini

Diriku,

Pada nawafil dan amalan sunat

Ada jalan yang hamper untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu

Pada qiamullail di keheningan malam

Bersama bisikan doa dan munajatmu

Diiring esak airmata keinsafan

Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaranNya

Di situ ada bekalnya

Lazimilah awal harimu dengan al ma’thurat

Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai dai’e

Diriku,

Pada tawadhu’, pada ukhuwah fillah, pada infaq si sabilillah

Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir dan selawat

Ada ketenangan dan kekuatanmu

Diriku

Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja

Yang bias memberikan nafas kepada hati yang mati

Hati yang turut sama mati tidak mungkin menyembuhkan

Hati yang sakit apatah lagi menghidupkan hati yang mati

Diriku

Amanahlah kau di hadapan manusia

Kerana kedaulatan Tuhanmu

Namun rasailah kekerdilan dirimu

Dihadapan kudrat iradat Nya



>>Allahumma balighna Ramadhan<<

No comments:

Post a Comment