Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Segala pujian hanya bagi ALLAH swt, Tuhan yang Esa, Tuhan yang mencipta, memiliki dan mentadbir sekalian alam, Tuhan yang memiliki nama-nama yang baik. Selawat dan salam kepada Rasulullah saw yang diutuskan untuk membimbing manusia ke jalan kebenaran, jalan menuju keredhaan ALLAH swt…
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad itu terdapat seketul daging, apabila elok daging tersebut, maka eloklah jasad tersebut keseluruhannya, apabila ia rosak, maka rosaklah jasad keseluruhannya, ketahuilah bahawa ia adalah Hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya Allah tidak memandang pada rupa dan perbuatan kamu, akan tetapi Allah s.w.t memandang kepada hati dan niat kamu.”
(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim & Ibnu Majah).
Maka hati adalah tempat yang dipandang oleh Allah s.w.t. Hari ini ramai sangat manusia yang tertipu dengan tipu daya syaitan. Mereka sanggup berhias-hias, bersolek dengan pelbagai fesyen dengan mengeluarkan duit yang cukup banyak untuk mempamerkan kecantikan diri mereka walhal perkara itu amatlah rugi bagi mereka yang sedemikian. Kecantikan itu hanyalah sebentar sahaja kerana ia adalah pinjaman dari Allah s.w.t. dan ianya juga akan dikembalikan pada-Nya.
hati yang rosak akan menjadikan kita manusia yang rosak...CANTIK adalah tempat pandangan makhluk manakala HATI adalah tempat pandangan ALLAH...mengapa tempat pandangan makhluk(cantik) dijaga dengan rapi sedangkan tempat pandangan ALLAH kita biarkan berkarat???
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlan iman mereka(kerananya). Kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. (Al-anfal: 2)
..::FASTABIQULKHOIRAT::..
i like this msg
ReplyDelete