Wednesday, October 26, 2011





Firman Allah maksudnya: “... Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu siapa yang mampu sampai kepadanya”. (Surah Ali Imran, ayat 97).


Dalam kesibukan menyempurnakan urusan2 dan gerakkerja, perasaan rindu dan berkeinginan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci menyapa lagi.  Alhamdulillah, saya sendiri tidak ketinggalan menikmati kegembiraan di atas kegembiraan jemaah yang bakal/telah berangkat. Moga suatu hari nanti diri ini berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke sana. Ameen.

Rasulullah bersabda : “Jihad orang  tua, kanak-kanak, orang lemah dan orang perempuan ialah haji dan umrah”. (Hadis riwayat Muslim).


Cita-cita untuk menunaikan haji mestilah dekat di hati kita. Haji menuntut pengorbanan hati dan keyakinan, harta dan jiwa, ruang masa dan tenaga. Demikianlah kebijaksanaan Allah menyusun bulan2 dengan begitu cantik turutannya. Haji hanya datang selepas kita membersihkan diri melalui tarbiyyah Ramadhan, memohon keampunan daripada-Nya dan memohon semoga diterima segala amal, seterusnya pada Syawal, kita bermaafan sesama insan. Selepas itu, didatangkan dengan perjalanan haji yang merupakan permulaan kenikmatan rohani yang begitu indah kerana terasa begitu dekat dengan Allah.

Sudah tentu perjalanan ke sana memerlukan persiapan rapi. Semoga para jemaah haji mendapat haji yang mabrur, dan bagi yang tidak terlibat ayuh sama-sama kita doakan perjalanan pergi dan balik mereka dan moga kita tidak terlepas untuk sama-sama beribadah dan berpuasa sunat pada hari Arafah(9Zulhijjah)  nanti. Allahumma Ameen.

Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

..::Fastabiqulkhairat::..


No comments:

Post a Comment