Sunday, July 19, 2009

..::muhasabah::..

Wahai sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Sesungguhnya, surat ini ditujukan buat mu,
Ku doakan moga dirimu dalam kasihNya Allah selalu

Mari sahabat kita sucikan kembali niat kita, tentang segala ibadah yang dilakukan adakah segala kerja ibadah kita diterimaNya
masih adakah khusyuk itu di tiap tunduk bangkit mu dalam mengerjakan ibadah
bagaimana pula ghoyah (matlamat) hidupmu di sini
adakah matlamatmu masih mendamba dan mengejar yang satu itu
yakni menuju redho Allah dan mengabdikan diri kepadaNya

Sahabat,
Ingatlah dunia ini hanya sementara,
Keindahan dunia rekaanmu juga sementara
Adakah kamu begitu bangga dengan keindahan dunia rekaanmu
Tidakkah kamu sedar itu semua adalah ujian Allah
Bagi menguji sejauh mana setiamu pada janji-janji mu dikala rohmu ditiup dulu
Wa la tamsyi fil ardhi maroha
Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong
Angkuhnya wahai dirimu yang tidak punya apa
Dhoif, itulah fitrahmu
Segala-galanya adalah milik ALLAH
Kembalilah sahabatku
Rendahkan dirimu dikala meneliti tiap hela nafas mu
Adakah itu semata kerana hasil usahamu
Nafasmu, gerakanmu, tidurmu
Deria rasamu, pendengaran, penglihatan, deria hidu dan tuturanmu
Adakah bagimu ia adalah usahamu tapi bukan anugerah dan gerakan dariNya

Jika ditanya pada penglihatan dan penghayatanmu apakah kebanggaan yang paling menakjubkan di dunia, cepat sekali kamu menyebut menara KLCC, tembok besar china dan segala macam benda ciptaan manusia yang lemah
Walhal kamu terlupa pada anugerah Allah yang paling agung yakni deria-deriamu

Sahabat,
Kembali kita menelusuri matlamat kita
Koreksi kembali suatu ketika kamu punyai masa lapang,
Namun, kamu lebih sibuk dalam menambah pendapatan, mencari-cari kerja kosong untuk memenuhi masa cutimu bagi menambah pendapatanmu sehingga mengabaikan tugas yang lebih besar menantimu

Dunia ini hanyalah tempat semaian sahabatku,
Hiasi hidupmu dengan qonaah(sederhana)
Apa gunanya jika sibuk menambah pendapatan yang sering tidak cukup untuk memuaskan nafsumu sehingga sanggup ketepikan haq-haq dirimu, sanggup ketepikan tugas dakwah yang lebih memerlukan mu, sanggup ketepikan pencarian ilmu yang masih belum cukup
Tertipu sungguh dirimu dengan keindahan dunia yang dicorak oleh syaitan dan nafsumu

Wahai sahabatku sayang fillah
Jangan sering kamu menafikan kebolehanmu dalam jalan dakwah ini
Kamu adalah insan yang dipilih Allah
Jika kita singkap kembali zaman dakwah Rasulullah, para sahabat tetap berdakwah walaupun baru sahaja menerima seruan ISLAM itu,
Bagaimana pula dirimu yang mana ISLAM mu sejak kelahiranmu
Jika kita PASAKKAN jiwa dan diri dengan matlamat yang jelas
Semata redho ALLAH, pasti tiap mula niatmu hanya kerana ALLAH

Jika benar dirimu rasa kewujudan TUHAN yang sentiasa memerhatikanmu
Sudah pasti kamu tak sempat untuk berangan-angan mahupun diulik buaian indah duniawi malah hatimu jua kan HIDUP dengan mujahadah dan iringan muhasabah!
Sudah pasti juga kamu akan menyibukkan diri untuk tiap kerjaan yang baik pada pandangan ALLAH,
Sudah pasti kamu tidak mampu dan malu untuk menolak segala perbuatan baik dan kerjaan yang baik2
Kerana kamu tahu ia adalah bonusmu diakhirat kelak,

Sungguh! Kita semua sangat2 beruntung dilahirkan dalam ISLAM,mampu menghirup nikmat IMAN,
Jika tidak digunakan kelebihan ini, maka, zahirnya, sudahnya, hancur lebur binasa jasad dan juga roh
ALLAH ALLAH ALLAH

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI Dimansuhkan...


salam'alaikum sahabat sahabiah..
alhamdulillah setelah sekian lama menyepi, Allah ruangkan jua masa untuk saya memperbaharui entry blog ni=)

Setelah sekian lama rakyat memperjuangkan untuk dimansuhkan PPSMI, akhirnya, pihak kementerian pelajaran mengambil jua kata putus untuk memansuhkan PPSMI 2012 yang mula dilaksanakan sejak 2003. Namun, mungkin dikalangan kita ada yang menyokong dan membantah tindakan tersebut. Apapun, bagi saya yang bakal menjadi seorang guru ‘sains’ melihat pemansuhan dasar PPSMI ini wajar kerana banyak aspek imbal balik yang dapat dilihat melalui dasar itu.

Walaupun agak sukar untuk bakal guru yang sememangnya di ‘training’ dari awal dengan ‘term2’ Bahasa Inggeris (BI) dan peng’kuliahan dalam BI, namun ianya bukan pelemah semangat untuk kembali kepada term BM walaupun sedikit sukar. Melalui pengamatan dan pengalaman ana berikutan ROS (rancangan orientasi sekolah), kebanyakan pelajar masih lemah dalam mendalami dan meng’hadam’ subjek sains sendiri kerana term2 yang kurang difahami ditambah pula dengan masalah explaination dari sesetengah guru. Ianya secara tidak langsung menyekat kaedah penyampaian ilmu tersebut.

Di samping itu, saya agak semua sedia maklum subjek sains sememangnya agak sukar dan perlukan kefahaman yang mendalam dan penerangan yang tepat dalam setiap concept, dan cuba kita bayangkan anak2 yang belajar subjek ini, yang terpaksa memahami dan hadam setiap concept sains dan dalam masa yang sama perlu faham term2 dan ayat BI dalam subjek tersebut yang kadang2 kurang jelas jika sekadar melalui pembacaan. Especially bagi student yang standard 1-6, baru nak berjinak2 dengan bahasa ibunda terpaksa merangkak untuk memahami sains dalam BI sedangkan bahasa ibunda masih belum fasih dan belum dikuasai. Sememangnya jika dari sudut lain orang akan pandang bahawa itu adalah proses pembelajaran yang positif dengan memperkenalkan BI dari peringkat awal tapi disebalik itu sebenarnya begitu banyak kesan2 sampingan yang makin hari makin jelas kelihatan…

Para pengkaji dan ibubapa juga sebenarnya telah menilai prestasi pelajar dan jurang pencapaian matapelajaran Sains dan Matematik yang semakin melebar di antara pelajar luar bandar dan di kawasan cosmopolitan
Jika kita sedar, dasar PPSMI bukan sahaja melibatkan perbelanjaan yang menjangkau ratusan juta ringgit, tetapi juga telah menjadikan pelajar sebagai satu bahan ujikaji tanpa perbahasan yang mendalam.

Apapun, saya sedikit lega dengan pemansuhan PPSMI bagi pihak pelajar2. tapi masih meragui isu baru yakni penetapan had subjek yang boleh diambil oleh pelajar SPM iaitu 10 subjek sahaja mulai tahun 2011.namun, bagi sekolah2 yang menganjurkan pakej subjek aliran sains dan agama,bagaimanakah nasib mereka???

Sunday, May 3, 2009

selamat pengantin baru=)



**khas buat abang dan kakak ipar yang baru mendirikan baitulmuslim pd 6Jamadilawal(1Mei)



Kasihmu amanahku

Album : Damba Kasih

In team

Pernikahan menyingkap tabir rahsia

Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia

Dan mengharapkan sebuah bahtera indah

Untuk bersama berlayar ke muara

Pernikahan menginsafkan kita

Perlunya iman dan taqwa meniti sabar dan redha

Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan

Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri, janji telah dipateri

Diijab kabulkan dan dirahmati

Detik pertemuan dan pernikahan

Yang dihujani air mata kasih

Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia

Umpama Hajar dan setianya Zulaikha

Terimalah seadanya yang terindah di lubuk hatimu

Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia

Suami langit penaungnya

Isteri ladang tanaman

Suami lah pemagarnya

Isteri bagai kejora

Suami menjadi purnama

Tika isteri beri hempedu

Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun

Isteri carilah penawarnya

Sungguh isteri rusuk yang rapuh

Berhati-hatilah meluruskannya



~hujung minggu ni walimah d rumah pula=)



Saturday, April 25, 2009

Halaqah Tafaqquh Fiddeen

assalamu'alaikum wbt.
Jemputan kepada semua daripada Masjid Wilayah ke Program Halaqah Tafaqquh Fiddeen oleh Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki, pada :

Hari : Ahad
Tarikh : 26 April 2009
Masa : 7pg-12 tghari
Semua muslimin muslimat dijemput hadir.

Kuliah Online di Al-Muttaqin TV

Monday, April 13, 2009

Wanita Solehah Lebih Baik Dari Bidadari Syurga


http://www.iluvislam.com/
Submitted by : Konokokoro
Editor : arisHa27


Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki.


Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, contohnya seperti Uwais Al-Qarni. Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.


Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir). Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).


Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah.. Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu? Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.


Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".


"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.


Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al Bazzar)

ummuinsyirah

Assalamu’alaikum wbt



Begitu singkat masa berlalu, sekarang dah akhir sem 6.. sem depan sem 7. Lagi setahun saja lagi sesi pengajian yang tinggal untuk saya terus merasai nikmat tarbiyah dan bi’ah di kampus. Ukhwah bersama kawan2 sekuliah.. adik2 junior yang makin bertambah walaupun tak sempat nak kenal semua. Juga sahabat seperjuangan ‘iman’ yang sentiasa memantapkan ukhwah bersama. Juga taklupa dengan adik kesayangan ummu insyirah (dekna). Ada yang tertanya2 siapa ummu insyirah.. actually, insyirah adalah nama yg diabadikan satu ‘masa ‘ dulu berikutan satu peristiwa ‘manis’ yang tak mungkin kami lupakan.. kami? Kami=insyirah>anjang, tam, acik, uda, ucu. Mungkin detik ‘itu’ adalah rencana episode persahabatan dari Allah. Yang pasti, ianya tak mungkin ana lupakan.



Khas buat ummu insyirah. ana masih teringatkan detik awal perkenalan kita di suatu ‘program’ semasa di semester 1 lagi. Walaupun masa ‘program’ masing2 belum cukup mengenali..namun, yang susulannya amat berbekas d hati. Especially semasa ‘program’ kemuncak sewaktu sem 3. Hanya ummu insyirah dan kakak2 batch k.ita+k.adah ja yg faham situasi.huu. apapun, syukur dengan apa yang Allah rencanakan. Episode perkenalan dan jalinan ukhwah insyirah juga sahabat seperjuangan ‘iman’.



Bila difikirkan sem ni dah pun nak berakhir, teringat pula kat dekna. Semester ni belum sempat kakak2 insyirah menziarah umah dekna. Kpd ucu, acik, anjang dan tam> yuk cari masa ziarah dekna. Sian dia dah rindu kat kita. Utk pengetahuan, dekna kami kenal suatu masa dulu di masjid proton city semasa insyirah ifthar d situ. Tertarik dengan perwatakan sopan santun dekna yang begitu sopan dan ramah walaupun pada masa tu dekna baru darjah6. Kami berkenal dalam jangka masa singkat dan hanya sempat bertukar nombor telefon dan kuih raya=).



Alhamdulillah ukhwah kami berpanjangan bila kami ziarah dekna di rumahnya di behrang2020 pada semester3. Ziarah pertama benar2 menguatkan ukhwah antara kami dan keluarga dekna. Actually, antara matlamat kami adalah untuk mentarbiyyah dekna dengan imej dan bi’ah solehah so that dia akan membesar dengan imej kakak2 insyirah=) hope so. Setiap semester kami akan berkunjung ke rumah dekna dan setiap kali kunjungan kami dihidangkan dengan makanan yang bes. Bukan niat kami nak makan tapi family dekna betul2 meraikan kami jika kami ziarah mereka. Alhamdulillah. Kalau tak sempat ziarah, kami tetap berhubung ngan bermesej.


teringat kali terakhir ziarah umah dekna. disebabkan kekangan masa, terpaksa curi2 masa 'program' untuk ke rumah dekna. =) kelakar bila fikir2 semula sebab sebelum dapat lari tu, terpaksa nyorok2 dan senyap2 naik kereta. nasib baik masa balik tak kena ikob. heeh


Apa pun, semester ni betul2 belum berkesempatan untuk ziarah dekna. hope ada kelapangan dari Allah untuk ummu insyirah ziarah dekna. biasanya adik2 yang semakin membesar memerlukan tunjuk ajar. Harap sangat dekna akan menjadi muslimah sejati dan dapat mengharungi cabaran akan datang.



p/s: kpd insyirah> meh kita luang masa ziarah dekna. manfaatkan masa yang berbaki=) teringat dekna sokmo minta kita tidur umah dia.hmm..bila ye..
>>slmt study untuk final> moga Allah mudahkan kita semasa menjawab dan diberi tenangan=)

Wednesday, April 8, 2009

anugerah kemenangan


Alhamdulillah..tiada kata terindah selain mngucap syukur kepada Allah. InsyaAllah, Perak akan kembali ditadbir oleh tangan-tangan yang selalu menadah ke hadratNya dalam susah mahupun senang. sekalung tahniah kepada Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) di atas kemenangan yang juga merupakan kemenangan bagi rakyat.
yukk mendaftar untuk pengundian akan datang!