Sunday, March 7, 2010

Aurat dari Perspektif Fizik





Dalam satu perbincangan, seorang siswi menceritakan masalah yang dihadapi berhubung dengan cara pemakaian. Masalah bermula apabila berhadapan dengan persepsi keluarga dan rakan-rakan setelah berubah daripada wanita yang berpakaian “liberal” kepada wanita yang menutup aurat sepenuhnya seperti yang disarankan oleh Islam. Pandangan serong terhadap pemakaian tudung labuh dan jubah menyebabkan siswi tersebut berasa tersisih bukan sahaja terhadap pandangan masyarakat umum, tetapi pandangan siswi-siswi yang bergiat dalam program berunsurkan dakwah. Penerimaan terhadap perubahan berlaku agak sukar akibat sikap double-standard dan kronisme yang diamalkan. Disebabkan mereka telah mendapat tarbiyah sekian lama dan menganggap diri adalah terbaik, agak payah untuk menerima orang yang baru mengenal erti tarbiyah yang sebenar. Apatah lagi berhadapan dengan ibu yang tidak memahami sehinggakan si ibu menyuruh siswi tersebut kembali kepada pakaian lama.



Penyelesaian



Bercakap tentang perubahan, ia bukanlah satu perkara yang mudah semudah mengalihkan sebatang pen daripada satu meja ke meja yang lain. Apatah lagi berubah daripada segi pemakaian yang melibatkan persepsi masyarakat sekeliling terhadap personaliti baru yang ingin dibentuk. Adalah penting adanya pemahaman terhadap matlamat perubahan dan pengorbanan yang tinggi agar terus istiqamah dengan perubahan.



Apa yang dilakukan oleh siswi tersebut adalah hijrah kepada kebaikan dan memerlukan ketahanan mental dan mujahadah yang tinggi. Dalam satu perubahan, sokongan daripada segi spiritual, emosi dan mental diperlukan bukan sahaja dengan berharap kepada Tuhan, tetapi juga dari masyarakat sekeliling khususnya mereka yang faham tentang Islam. Meskipun siswi tersebut baru mengenal erti tarbiyah dan mula bergiat dalam program berunsurkan dakwah, rakan-rakan dalam organisasi dakwah haruslah faham dan tidak memandang diri sebagai individu yang bertaraf tinggi sehingga tidak layak berdamping dengan mereka yang baru menerima hidayah.



Muslimat



Di sini, pentingnya pemahaman tentang konsep inverse response (respon songsang ~ rujuk Pemikiran Sistemik) dalam kehidupan seharian. Setiap sesuatu yang bersifat drastik memerlukan daya yang tinggi untuk diterima dan konsep bersabar terhadap time delay (masa lengah yang diperlukan sebelum satu sistem berfungsi) diperlukan. Sesuatu perubahan memerlukan visi yang jelas berdasarkan ilmu wahyu agar kekuatan diperoleh walaupun keadaan sekitar sukar menerima. Bagaikan susu yang sebelumnya bercampur dengan najis, kuman, urea dan darah di dalam sistem badan seekor lembu akhirnya keluar sebagai susu yang suci yang mendatangkan kebaikan kepada peminumnya. Dapat disimpulkan bahawa bagaimana sukarnya susu itu keluar daripada badan seekor lembu melalui proses perahan untuk bebas daripada unsur-unsur negatif, begitulah sukarnya sesuatu perubahan untuk dilaksanakan.

Persekitaran memerlukan masa untuk menerima sesuatu kelainan. Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa penting sehingga memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan. Bagi seorang wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki. Manakala dalam institusi kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu ditarbiyah dan diberi peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa yang membawa kepada kebatilan.

Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat



Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:

J = mc x tetha



J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.



m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.



c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.



tetha ialah perubahan suhu.

Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)



Abstrak/Pengenalan



Dalam kajian ini, “eksperimen” dilakukan ke atas 3 jenis wanita:



wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah

wanita B- wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat

wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.



Tujuan



Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.



Hipotesis



Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.



Inferens



Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi,

wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan

wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah. kurang baik ketika marah.

Pembolehubah manipulasi



c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan.



Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas daripada suatu kongkongan.



Pembolehubah malar



m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.



tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).



Pembolehubah bergerakbalas



J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.



Kaedah



1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.



2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.



3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.



4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki:



Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik

Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.



Pemerhatian



1) Wanita A kelihatan merendah diri, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.



2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika

3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.



4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.

Kesimpulan



Daripada eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi: J = mc x tetha.



Oleh itu, hipotesis diterima.



Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam, individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu. Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.



sumber

Thursday, February 25, 2010

..::salam maulidurrasul::..

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W



Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.



Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.



Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.



Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.



Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Soleh.



Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.



Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.



Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.



p/s: yukk perbanyakkan slawat ke atas Rasulullah s.a.w sebagai tanda cinta kita pada Baginda..



Monday, February 22, 2010

..::Selamat Pengantin Baru::..

Dedikasi utk kaknie+abg may(abg ipar) yang selamat diijabkabul pada 21hbFeb2010..bertambah sorang ahli company of hj zakaria..menanti2 ahli baru lagi sorang(^_~)v

Pernikahan menyingkap tabir rahsia

Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia

Dan mengharapkan sebuah bahtera indah

Untuk bersama belayar ke muara



Pernikahan, menginsafkan kita

Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha

Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan

Susah mendatang tempuhi dengan tabah



Isteri janji telah dipateri

Diijab kabulkan dan dirahmati

Detik pertemuan dan pernikahan

Yang dihujani air mata kasih

Demi syurga Ilahi



C/o

Suami jangan menagih setia

Umpama Hajar dan setianya Zulaikha

Terimalah seadanya yang terindah

Di lubuk hatimu

Isteri adalah amanah buatmu



Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri



Isteri hamparan dunia, Suami langit penaungnya

Isteri ladang tanaman, Suamilah pemagarnya

Isteri bagai kejora, Suami menjadi purnama

Tika isteri beri hempedu, Suami tabah menelannya



Tika suami terteguk racun

Isteri carilah penawarnya

Sungguh isteri rusuk yang rapuh

Berhati-hatilah meluruskannya



p/s: dedikasi juga untuk sahabat2 yang bakal/baru ber baitul muslim(^_^)

p/s: ucu,acik,andak nanti boleh berkampung d rumah ana 1 mei nanti(tolong basuh pinggan)(^_~)v

Thursday, February 11, 2010

..::new experience::..



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Segala pujian hanya bagi ALLAH swt, Tuhan yang Esa, Tuhan yang mencipta, memiliki dan mentadbir sekalian alam, Tuhan yang memiliki nama-nama yang baik. Selawat dan salam kepada Rasulullah saw yang diutuskan untuk membimbing manusia ke jalan kebenaran, jalan menuju keredhaan ALLAH swt…Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam..syukur lillah, masih berkesempatan mencoretkan sesuatu sbagai entry baru dalam blog ni..



Actually, sudah 2 minggu menjalankan ‘ROS’ dan 2 minggu berpraktikal di smktg, namun, terasa begitu cepat masa berlalu… Alhamdulillah, pada awal menjejak kaki ke skmtg, guru2 di sini begitu mesra menerima kami dan membuatkan kami yang berpraktikal di sini tidak begitu kekok untuk menyesuaikan diri dengan guru2 lama. Pada awal pemerhatian saya di smktg, agak pening juga untuk mencari-cari rentak dan menyesuaikan dengan ragam pelajar yang pelbagai kerenah. Apapun, Alhamdulillah hari demi hari, pengalaman banyak mengajar saya juga sahabat yang lain dalam menjalankan misi mendidik yakni bukan smata mengajar.



Teringat seawal berada di rumah sewa(hari ape dah tak ingat), saya dan tam(sahabat) mendapat mesej dari ucu(sahabat yang berpraktikal di pantai remis(^_~)v)>> “jangan jeles, rumah kitorang nama baitulinsyirah”..memang jeles sebab kebas nama insyirah ude,acik,tam,anjang dan ucu tapi tetap gembira sebab masing2 masih berada dalam lingkungan sahabat2..apapun, masing2 mempunyai agenda dakwah yang perlu dilaksanakan sebagai seorang pendidik dan ISLAM.



Teringat ketika saat bersama sahabat2 jf yang lain turun kampus bagi membantu adik2 semasa prk baru ni….macam2 cerita dan pengalaman yang dikongsi bersama berkenaan sekolah masing2..sembang sambil mengecat banner hingga ke pagi…anugerah pertemuan dari Allah. Alhamdulillah..



Setelah hampir 2 minggu berpraktikal d smktg, perasaan suka dan sayang pada pelajar2 sini makin terasa…walaupun hakikat pelajar smktg ramai yang dikenali sebagai pelajar nakal namun bagi saya sejauh mana kenakalan mereka bergantung bagaimana pendekatan seorang guru untuk ‘tackle’ students seperti itu untuk berubah ataupun menjadi lebih baik. Walaupun, saya dan sahabat yang mengajar subjek sains yang lain diberi kelas pertama hingga keempat, namun kesempatan dapat relief kelas sangat digunakan sebaiknya kerana kelas ganti kebiasaannya akan diberi pelbagai kelas hatta kelas yang teraakhir. Jadi setiap peluang dan ruang yang ada akan kami gunakan sebaiknya bagi melaksanakan agenda dakwah..



Teringat students slalu tanya “ustazah, kenapa ustazah tak jadi ustazah?kenapa ajar sains?” macam2 betul… “ taksemestinya pakai gini kena jadi ustazah je…tak semestinya jadi ustazah baru boleh tanya student tentang solat or bagi tazkirah…jadi apepun kita, mesti ada rasa tanggungjawab sebagai Islam, tanggungjawab dakwah dan beriman”(^_~)v



mungkin sebab pelajar2 ni dah terbiasa, stiap kali masuk kelas, saya akan bagi’sumthing’ pada mereka…stiapkali masuk kelas, pasti akan di soal ‘solat subuh tak?’ sengaja Tanya soalan2 basic tetapi wajib..walaupun pada awal agak terkejut dan sedih sebab ramai pelajar bila ditanya kenapa tak solat kebanyakan jawab> “susah ustazah..malas ustazah…bangun lambat ustazah..bila ditanya bangun jam brapa.. “bangun 6.30..6.45..7.00a.m..tak sempat solat..” hm..umur 16tahun(form4) masih rasa budak lg..apepun, Alhamdulillah makin hari, bilangan yang tak solat tu dah berkurang dengan izinNya Allah..betul2 terbukti, guru memain peranan yang sangat penting dalam mencorak dan mendidik pelajar selain dari ibu bapa…taksalah jika setiap kali waktu mengajar, kita peruntukkan sedikit masa untuk mendekati pelajar dan memberi suntikan rohani..yang penting anggap mereka ni seperti anak sendiri dan juga mad’u..



kepada sahabat2 yang sedang berpraktikal especially kluarga jf, moga sentiasa memperbaharui niat dalam melaksanakan tanggungjawab dan misi dakwah kita..moga kesibukan mendatang tidak menjejaskan niat kita…lakukan smuanya kerana Allah… ingat kata2 arwah sahabat2 kita dalam mimpi sahabat…moga kita sama mendapat syahid+bertemu di syurga nanti..insyaallah..



di antara orang-orang Yang beriman itu, ada Yang bersikap benar menunaikan apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada Yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada Yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (Apa Yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (al ahzab:23)



Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka Dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding Dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

(Attaubah 38)



berangkatlah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

(Attaubah 41)

Thursday, January 28, 2010

MAHASISWA PENDIDIK MENANG 6 KERUSI

Tanjong Malim, 28 Jan. – Keputusan Pilihan Raya Kampus UPSI untuk 15 kerusi yang menyaksikan pertandingan antara kumpulan Mahasiswa Pendidik (Pro Kebajikan) dan Pimpinan Bitara (Pro Aspirasi) menyaksikan kemenangan menyebelahi Pimpinan Bitara dengan 9 kerusi berbanding 6 Mahasiswa Pendidik.

Daripada 15 kerusi yang diadakan pengundian, 5 adalah kerusi umum di mana 3 daripadanya dimenangi Pimpinan Bitara dan kedua-dua calon yang dihantar Mahasiswa Pendidik menang dua kerusi tersebut.

Bagi kerusi Fakulti Bahasa, kedua-dua kerusi dimenangi calon Mahasiswa Pendidik yang menyaksikan pertembungan 4 calon – 2 daripada Mahasiswa Pendidik dan 2 Pimpinan Bitara. Kerusi tersebut pada sesi sebelum ini dimenangi calon Pimpinan Bitara dengan kemenangan tanpa bertanding.

Di Fakulti Perniagaan & Ekonomi (FPE) dan Fakulti Seni & Muzik (FSM) pula, calon Pimpinan Bitara bertanding sesama sendiri dan menguasai kesemua kerusi yang dipertandingkan apabila tiada calon yang dihantar Mahasiswa Pendidik.


Bagi Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK) calon Mahasiswa Pendidik dan Pimpinan Bitara masing-masing menguasai satu kerusi dengan pertandingan 2 lawan 2.

Manakala Fakulti Sains & Teknologi pula, satu-satunya calon Mahasiswa Pendidik menang satu daripada 2 keusi yang dipertandingkan. Calon Pimpinan Bitara juga berjaya merampas satu kerusi tersebut yang sebelum ini dikuasai Pro Kebajikan menjadikan kedudukan di kfakulti tersebut 1 Mahasiswa Pendidik dan 1 Pimpinan Bitara.

Daripada keseluruhan keputusan pengundian yang diadakan hari ini, Mahasiswa Pendidik berjaya mendapat 6 kerusi manakala Pimpinan Bitara 9 kerusi.

http://www.upsikini.blogspot.com/