Monday, August 30, 2010
Tandatangan online sokong hapus saman ekor
KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) berharap anak-anak muda seluruh negara dapat bersama menurunkan tandatangan secara online sebagai tanda sokongan menghapuskan saman ekor yang dilihat tidak mendidik pemandu sebaliknya memeras wang rakyat dengan cara halus.
Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, ini lanjutan daripada pelancaran Kempen Sejuta Tandatangan Bantah Saman Ekor yang dilancarkan pada 23 Ogos lepas di Bazaar Ramadhan Pasar Keramat.
Tambahnya, tandatangan bolehlah diturunkan di alamat http://www.petitiononline.com/saman/petition.html mulai sekarang dan akan berakhir pada 31 Oktober nanti.
Katanya, walaupun kempen itu sedang rancak gerak kerjanya di peringkat parlimen yang diuruskan oleh setiausaha DPP kawasan-kawasan, namun DPPP merasakan perlunya satu alternatif yang lain iaitu dengan melalui dunia siber yang semakin popular terutamanya di kalangan masyarakat bandar dan ibu kota.
“Kempen begini dirasakan perlu oleh DPPP dalam usaha untuk menarik masyarakat terutamanya golongan anak-anak muda untuk menyatakan sokongan supaya dapat bersama-sama DPPP bagi menyatakan sikap terhadap kerajaan Malaysia agar memansuhkan terus saman ekor, bukannya menangguhkannya,” ujarnya.
DPPP melancarkan kempen tersebut sebagai sokongan kepada usaha Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena melalui Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang begitu komited dalam menentang saman ekor.
Katanya, kempen itu dijalankan ekoran kesukaran untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu mereka yang telah disenaraihitamkan ekoran mempunyai saman ekor.
Tambahan pula, ujarnya dengan rintihan rakyat tentang saman ekor yang jelas membebankan, maka DPPP mengambil ketetapan untuk mengumpul tandatangan membantah saman ekor dan sedang digerakkan ke seluruh negara yang mana kemudiannya akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai tanda bantahan.
sumber:harakahdaily
Saturday, August 7, 2010
..::MUHASABAH::..
Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah
tersentuh dengan daulatNya
Merasa terpikul amanah ad deen ini
Bukan kerana kau berjamaah
Namun kerana engkau di bawah perintahNya
Diriku
Seringkah kau mencari jalan
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya
Agar sendiasa sedar akan keagunganNya
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan dan kesilapan dirimu..?
Ketahuilah diriku,
Hatimu keras, khusyu’mu kurang
Syukur dan redhamu tidak banyak kau hadiahkan padaNya
Terlalu banyak kurang dan salahmu
Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu’ dan tenang
Muhasabahlah dirimu kala sunyi
Selamilah kalam-kalam al Quran yang kau perjuangkan
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini
Diriku,
Pada nawafil dan amalan sunat
Ada jalan yang hamper untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu
Pada qiamullail di keheningan malam
Bersama bisikan doa dan munajatmu
Diiring esak airmata keinsafan
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaranNya
Di situ ada bekalnya
Lazimilah awal harimu dengan al ma’thurat
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai dai’e
Diriku,
Pada tawadhu’, pada ukhuwah fillah, pada infaq si sabilillah
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir dan selawat
Ada ketenangan dan kekuatanmu
Diriku
Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja
Yang bias memberikan nafas kepada hati yang mati
Hati yang turut sama mati tidak mungkin menyembuhkan
Hati yang sakit apatah lagi menghidupkan hati yang mati
Diriku
Amanahlah kau di hadapan manusia
Kerana kedaulatan Tuhanmu
Namun rasailah kekerdilan dirimu
Dihadapan kudrat iradat Nya
Monday, July 12, 2010

Thursday, July 1, 2010
(^_^)
Ia menunjukkan keceriaan
SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna
Setiap kali berhubung dengan orang lain, sewajarnyalah kita SENYUM
SENYUM adalah jalan pintas bagi menyatakan anda menyukai seseorang
SENYUM yang kamu berikan apabila berhadapan dengan sahabatmu adalah satu sedekah
SENYUM adalah jambatan persahabatan
SENYUM adalah satu perlaburan yang pastinya tidak merugikan
SENYUM harus ada ketulusan
Adalah diperakui setiap kali tersenyum kita hanya menggerakkan 15 otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka. Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerakkerja 40 otot. Bayangkanlah!
Kebanyakan SENYUM adalah jangkitan
Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita
Orang akan merasa dihargai apabila kita SENYUM padanya, sekaligus ia akan memberi tanggapan yang baik pada diri kita. Lantas...kenapa kita tidak mulakan??
SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari ini.
Insyaallah dia akan membalas SENYUMan anda
Bila berhadapan dengan keadaan sukar, SENYUMlah
Bukankah ketawa yang sopan itu sihat?
“senyuman itu kelopak, tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya(^_^)

