Tuesday, September 14, 2010

..::sirru 'ala barokatillah::..

Sudah 5 hari Ramadhan berlalu, namun pemergian Ramadhan kali ni benar2 terasa. Alhamdulillah dapat juga menjalani ibadah puasa bulan Ramadhan kali ni di rumah. Biasanya sempat puasa di rumah hanya beberapa hari sebelum raya oleh sebab tuntutan pengajian. merantau di tempat orang. Apapun, tempat tidak penting tapi semangat dan kekuatan untuk merebut keberkatan Ramadhan yang lebih di utamakan. Tambahan pula, Ramadhan kali ni dapat bersama mak ayah, memang terasa suasana pesta ibadah dalam bulan Ramadhan. Syukur lillah. Apapun, eidlfitri yang mendatangi kita tetap perlu disambut dengan ksyukuran dan yang penting terus istiqomah meneruskan amalan2 bulan Ramadhan. Moga tarbiyyah Ramadhan dapat menjadi kekuatan kita untuk menghadapi bulan2 yang mendatang. Moga kita diberi kesempatan umur untuk bertemu Ramadhan akan datang. Insyaallah .selamat meneruskan puasa 6 di bulan syawal..



Sedikit kegembiraan juga ingin di kongsi dalam entry kali ni sebab raya tahun ni agak meriah dengan kehadiran 2 orang ahli baru keluarga(anak buah+abang ipar). Rindunya si comel Muhammad taufiqulhakim(^_^)

Tak lupa juga, Jazakumullahu khairon jaza’ buat sahabat2 anak perak yang sudi datang beraya di rumah. (hisham(uia), firdaus(kisdar), firdaus(uitm), zawawi(psas), hasrul(kktm), (sorang lagi min tak ingat nama), sazu(um), shahirah(uia), farhana(udm) dan shahidah(uitm)) walaupun dah jadi alumni, namun kehadiran sahabat2 ‘anak negeri’ ke rumah baru2 ni membuatkan saya rasa seperti masih aktif bergerakkerja bersama. Jika raya sebelum ni konvoi sekali ahli ke rumah2, kali ni mnunggu kedatangan deme ke rumah je(^_^). Apapun, masing2 tetap perlu meneruskan haluan masing2 dengan gerakkerja Islam walaupun di mana, atau dalam platform mana sekalipun. Moga tetap istiqomah dalam jalan perjuangan menuju kemenangan. Insyaallah. Sirru ‘ala barokatillah.



p/s: tahniah juga buat ain solihah a.k.a acik. dapat posting di politeknik hulu terengganu...moga diberi kekuatan utk meneruskan haluan hidup+pjuangan..moga terus istiqomah+mnjadi hambaNya yang bertaqwa..insyaallah(^_^). doakan ude dan sahabat laen juga ye.



~fastabiqulkhoirat~

Wednesday, September 1, 2010

..::fastabiqulkhoirat::..



sudah bertahun-tahun berpuasa, adakah puasa dalam keimanan(mematuhi perintah Allah dan meyakini ganjaran akhirat dan amal soleh)?

sudah bertahun-tahun berpuasa, bertambah atau berkurang taqwa?

Sebagai seorang muslimah yang berpuasa, sudahkan menghayati tuntutan hijab yang difardhukan Allah dan menjaga kehormatan diri sebagaimana yang terkandung dalam petunjuk al-Quran?

Ya Rabbi..Ya Rahman.. Ya Rahim..


Dengan Kerahiman-Mu, kami memohon keampunan daripada-Mu antal Ghaffar..antal Afuww Engkau sahaja Tuhan Yang Maha Pengampun, Maha Pemaaf.


Ya Tawwab..di Ramadhan ini kami kembali kepada-Mu, mengakui segala dosa dan kesalahan kami..terimalah amal dan taubat kami..


Ya Wahhab..limpahilah kami dengan nikmat untuk beramal mengharapkan redha-Mu

Tidak ada erti segala nikmat di dunia ini tanpa redha-Mu


Jangan sesekali Kau jadikan Ramadhan ini menjuruskan kami ke dalam api neraka dan Engkau semakin jauh dari kami


Ampunilah kami...hindarilah kami dari azab api neraka


Kami mohon redha-Mu..kami mohon syurga-Mu

..::Ihya’ Malam sepuluh terakhir Ramadhan::..

Kaedah Ihya’ Malam Ramadhan:



Rasulullah s.a.w memperbanyakkan ibadah pada malam sepuluh terakhir melebihi malam-malam sebelumnya. Aisyah r.a berkata:

Maksudnya:

”Rasulullah s.a.w apabila masuk malam sepuluh terakhir ramadhan baginda menghidupkan malam(dengan ibadah) mengejutkan keluarganya(bangun beribadah), bersungguh-sungguh(dalam beribadat) dan uzlah dari isteri-isterinya.”

(riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Qiamullail



Daripada abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda:

Maksudnya:

”sesiapa yang bangun(qiamullail) pada bulan Ramadhan dengan keimanan dan pengharapan diampunkan baginya dosa-dosanya yang terdahulu”

(riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Nabi s.a.w bersabda:

Maksudnya:

”carilah Lailatul Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan.”



Rasulullah bersabda lagi:

”carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada sepuluh malam terakhir.”

(riwayat al-Bukhari)



Masih belum terlambat untuk kita sama-sama mengejar amal ibadat bagi memenuhi saki baki Ramadhan. Ayuh sama-sama muhasabah dan kembali merebut keberkatan dan kemuliaan Ramadhan. Moga kita dijauhkan dari azab api neraka. Na’uzubillahi min dzalik.

Monday, August 30, 2010

Tandatangan online sokong hapus saman ekor

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) berharap anak-anak muda seluruh negara dapat bersama menurunkan tandatangan secara online sebagai tanda sokongan menghapuskan saman ekor yang dilihat tidak mendidik pemandu sebaliknya memeras wang rakyat dengan cara halus.

Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, ini lanjutan daripada pelancaran Kempen Sejuta Tandatangan Bantah Saman Ekor yang dilancarkan pada 23 Ogos lepas di Bazaar Ramadhan Pasar Keramat.

Tambahnya, tandatangan bolehlah diturunkan di alamat http://www.petitiononline.com/saman/petition.html mulai sekarang dan akan berakhir pada 31 Oktober nanti.

Katanya, walaupun kempen itu sedang rancak gerak kerjanya di peringkat parlimen yang diuruskan oleh setiausaha DPP kawasan-kawasan, namun DPPP merasakan perlunya satu alternatif yang lain iaitu dengan melalui dunia siber yang semakin popular terutamanya di kalangan masyarakat bandar dan ibu kota.

“Kempen begini dirasakan perlu oleh DPPP dalam usaha untuk menarik masyarakat terutamanya golongan anak-anak muda untuk menyatakan sokongan supaya dapat bersama-sama DPPP bagi menyatakan sikap terhadap kerajaan Malaysia agar memansuhkan terus saman ekor, bukannya menangguhkannya,” ujarnya.

DPPP melancarkan kempen tersebut sebagai sokongan kepada usaha Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena melalui Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang begitu komited dalam menentang saman ekor.

Katanya, kempen itu dijalankan ekoran kesukaran untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu mereka yang telah disenaraihitamkan ekoran mempunyai saman ekor.

Tambahan pula, ujarnya dengan rintihan rakyat tentang saman ekor yang jelas membebankan, maka DPPP mengambil ketetapan untuk mengumpul tandatangan membantah saman ekor dan sedang digerakkan ke seluruh negara yang mana kemudiannya akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai tanda bantahan.

sumber:harakahdaily

Saturday, August 7, 2010

..::MUHASABAH::..

Diriku,

Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,

Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri

Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah

tersentuh dengan daulatNya

Merasa terpikul amanah ad deen ini

Bukan kerana kau berjamaah

Namun kerana engkau di bawah perintahNya

Diriku

Seringkah kau mencari jalan

Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya

Agar sendiasa sedar akan keagunganNya

Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan dan kesilapan dirimu..?

Ketahuilah diriku,

Hatimu keras, khusyu’mu kurang

Syukur dan redhamu tidak banyak kau hadiahkan padaNya

Terlalu banyak kurang dan salahmu

Diriku,

Tunaikanlah solatmu dalam khusyu’ dan tenang

Muhasabahlah dirimu kala sunyi

Selamilah kalam-kalam al Quran yang kau perjuangkan

Padanya ada bekalan

Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini

Diriku,

Pada nawafil dan amalan sunat

Ada jalan yang hamper untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu

Pada qiamullail di keheningan malam

Bersama bisikan doa dan munajatmu

Diiring esak airmata keinsafan

Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaranNya

Di situ ada bekalnya

Lazimilah awal harimu dengan al ma’thurat

Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai dai’e

Diriku,

Pada tawadhu’, pada ukhuwah fillah, pada infaq si sabilillah

Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir dan selawat

Ada ketenangan dan kekuatanmu

Diriku

Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja

Yang bias memberikan nafas kepada hati yang mati

Hati yang turut sama mati tidak mungkin menyembuhkan

Hati yang sakit apatah lagi menghidupkan hati yang mati

Diriku

Amanahlah kau di hadapan manusia

Kerana kedaulatan Tuhanmu

Namun rasailah kekerdilan dirimu

Dihadapan kudrat iradat Nya



>>Allahumma balighna Ramadhan<<