Tuesday, December 28, 2010

...::Wanita berpurdah dan Dunia::..


Suatu kisah...
Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.
Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.
Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. "Adakah ini khayalanku sahaja?" bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.

"Siapakah wanita itu?"
Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.
"Adakah wanita itu orang gila?"
Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.
Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.
Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. "Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur.
"Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu," kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Buang-lah," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.

"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.

"Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. " Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi.
"Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.
Sumber: qurrataaini.multiply.com

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menjadikan akhirat harapannya, Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya serta mempersatukannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan menyerah diri. Tetapi sesiapa yang dunia menjadi harapannya, Allah akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya serta mencerai-beraikannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali dalam sekadar apa yang telah ditetapkan baginya.” (Riwayat al-Tirmizi)

Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya. Dan sesiapa yang menghendaki keuntungan di dunia, kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.” (as-Syura:20)

“Ya Allah berilah kami di dunia kebaikan dan di akhirat kebaikan, dan selamatkanlah kami dari siksa neraka.” (al-Baqarah:201)

Monday, December 27, 2010

..::aktiviti::..


BismillahirRahmanirRahim..
Alhamdulillah atas nikmat kelapangan waktu untuk berkongsi sesuatu di laman blog ini.
Aktiviti2 sepanjang Disember. Moga hari ini lebih baek dari semalam dan moga esok adalah lebih baek dari hari ini. Insyaallah. Fastabiqulkhoirat(^_~)

summerCamp (11-12Dis)


taujihat mantap dari mantan ketua DMPP





Pengalaman dan input yang sangat2 bermanfaat. Will appreciate this moment. Walaupun pada awalnya mengalami konflik hati untuk ke program sebab sorang je wakil dari Taiping even dari perak 40smuanya. Syukur lillah Allah beri kekuatan. Bersama orang2 berpengalaman yang sangat2 caring. "Ya Allah Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agamaMu"
Program Kepimpinan Muslimat, Shah Alam (18-19Dis)

Kem Remaja Cinta Islam, Nisa'






 
insyaallah this weekend merancang untuk ziarah sorang sahabat(sajidah) di gerik bersama beberapa sahabiah...berusrah dan beraktiviti menyulam ukhuwah. Moga Allah mudahkan perancangan hamba menuju Redho Allah..

Monday, December 20, 2010

..::JaGaLah HaTi::..



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Segala pujian hanya bagi ALLAH swt, Tuhan yang Esa, Tuhan yang mencipta, memiliki dan mentadbir sekalian alam, Tuhan yang memiliki nama-nama yang baik. Selawat dan salam kepada Rasulullah saw yang diutuskan untuk membimbing manusia ke jalan kebenaran, jalan menuju keredhaan ALLAH swt…



Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad itu terdapat seketul daging, apabila elok daging tersebut, maka eloklah jasad tersebut keseluruhannya, apabila ia rosak, maka rosaklah jasad keseluruhannya, ketahuilah bahawa ia adalah Hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)


Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

“Sesungguhnya Allah tidak memandang pada rupa dan perbuatan kamu, akan tetapi Allah s.w.t memandang kepada hati dan niat kamu.”

(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim & Ibnu Majah).


Maka hati adalah tempat yang dipandang oleh Allah s.w.t. Hari ini ramai sangat manusia yang tertipu dengan tipu daya syaitan. Mereka sanggup berhias-hias, bersolek dengan pelbagai fesyen dengan mengeluarkan duit yang cukup banyak untuk mempamerkan kecantikan diri mereka walhal perkara itu amatlah rugi bagi mereka yang sedemikian. Kecantikan itu hanyalah sebentar sahaja kerana ia adalah pinjaman dari Allah s.w.t. dan ianya juga akan dikembalikan pada-Nya.

hati yang rosak akan menjadikan kita manusia yang rosak...CANTIK adalah tempat pandangan makhluk manakala HATI adalah tempat pandangan ALLAH...mengapa tempat pandangan makhluk(cantik) dijaga dengan rapi sedangkan tempat pandangan ALLAH kita biarkan berkarat???


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlan iman mereka(kerananya). Kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. (Al-anfal: 2)


..::FASTABIQULKHOIRAT::..

Monday, November 22, 2010

..::nota cinta:Saujana::..

Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah

Wednesday, November 10, 2010

..::Bersatu dalam Doa HAri Arafah::..


 KUALA LUMPUR, 10 Nov: Umat Islam seluruh dunia digesa bersatu menadah tangan berdoa beramai-ramai pada jam 1800 GMT pada Hari Arafah 16 November bersamaan 9 Zulhijjah ini.
Atas keyakinan 'doa adalah senjata orang Islam', muslim di seluruh dunia digesa berdoa 10 minit pada hari tersebut untuk kesatuan dan kesejahteraan ummah.

Inisiatif ini dianjurkan oleh Global Prayer 2010 for Palestin, Peace and Unity.
"Semua muslim di seluruh dunia, digesa bersatu dan mengangkat tangan bersama berdoa secara besar- besaran.

"Doakan agar Allah SWT melindungi umat Islam yang dizalimi seperti di Palestin, Pakistan dan di seluruh dunia dan kembalikan keamanan," kenyataan dalam web mereka dipetik.

Selain itu, mereka juga mahu stesen televisyen, internet dan stesen radio menghebahkan perkara tersebut untuk tujuan lebih ramai menyertai Global Prayer tersebut.

"Kita khabarkan kepada semua agar boleh kumpulkan umat Islam dengan jumlah yang besar pada hari yang mulia ini untuk membantu saudara Islam kita.

"Bolehkah kita meluangkan 10 minit dari masa kita untuk memohon pertolongan Allah?" soalnya.
Pada hari tersebut juga, umat Islam di seluruh dunia disunatkan berpuasa.

harakahdaily.net

Friday, October 29, 2010

..::Respon Tuan Guru Nik Aziz::..


"Bismillahir-Rahmanir-Rahim: Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden Umno ketika berkempen di Galas, semalam (27 Oktober) yang disiarkan (Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, ms 3) dengan tajuk TPM BIDAS ’FATWA’ IKUT SUKA PAS.”

Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut : ''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA."

Nampaknya pilihan raya kecil N.45 Dun Galas sekali lagi menjadi medan pemimpin Umno menghentam PAS khususnya berkenaan kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat melibatkan DAP. Nampak sangat kemarahan Umno apabila PAS menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP. Gerun benar Umno apabila PAS yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina berikut orang Cina sudah boleh didekati dan tidak lagi digeruni.

Sukacita saya jelaskan, ada bezanya kerjasama antara Umno dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional dengan kerjasama antara PAS dan DAP mahu pun KeAdilan di dalam Pakatan Rakyat. Ia bagaikan langit dengan bumi. Hairannya, penjelasan demi penjelasan telah diberikan. Namun, apabila telinga disumbat dan mata ditutup, tidak ada gunanya segala penjelasan yang diberikan. Pada hemat saya, pemimpin Umno sudah tenggelam dalam keghairahan untuk memburu kemenangan di Galas, hingga lupa tinggi rendahnya lantai tempat berpijak.

Beberapa hari lepas, pemimpin yang sama telah mencadangkan supaya mata pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran yang wajib untuk peperiksaan SPM bermula tahun 2013. Menunjukkan di sini Sejarah amat penting. Cuma saya ingin mengingatkan bahawa al-Quran sendiri tidak pernah meninggalkan aspek sejarah dalam penceritaannya. Bermula dengan sejarah penciptaan manusia seterusnya sejarah dakwah para nabi dan juga sejarah kehancuran umat-umat terdahulu. Makaa, al-Quran mahukan kita belajar dari sejarah. Justeru, PAS sendiri tidak pernah lupa untuk berguru dengan sejarah.

Bukankah sejarah mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973? Dengan hati yang ikhlas, PAS pada masa itu menyambut huluran tangan perpaduan tanpa menyedari musibah yang akan dihadapi. Rupanya Barisan Nasional tidak lebih sebagai perangkap bagi PAS. PAS bersama Umno membentuk Barisan Nasional demi perpaduan. Namun hasilnya PAS di Kelantan telah berpecah kepada empat, iaitu PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut. Malangnya selepas Umno kembali kuat, PAS ditendang daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978. Apa hasilnya kerjasama PAS dengan Umno? Tangan Umno yang terkapai-kapai kelemasan dipegang erat dan diselamatkan oleh PAS. Apabila, terselamat lalu PAS ketika sarat dengan masalah terus ditendang ke laut, lemas keseorangan.

Di sini sukacita dinyatakan, hubungan PAS dengan DAP yang dikatakan chauvinis Cina, ia tiada unsur khianat dan PAS tidak dikhianati. Jika pemimpin Umno bertanya, apa bezanya kerjasama dalam Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat? Jawapannya, kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. Awal-awal PAS sudah nyatakan, jika mahu teruskan kerjasama dengan PAS, kita tak akan buang dasar Islam, jika dibuang maka tiadalah PAS, kerana adanya PAS adalah untuk berjuang Islam. Dan PAS masih tetap dengan agenda Islam. Kerana kita yakin, perjuangan Islam sedia memberi keadilan untuk semua.

Seketika dulu, DAP sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif apabila tidak dapat menerima agenda Islam yang dibawa oleh PAS. Tetapi mereka mula faham dengan keadilan prinsip Islam yang berjaya ditunjukkan setelah 20 tahun PAS mentadbir Kelantan. Di sini kita lihat, pemimpin DAP tidak anti Islam kerana mereka secara beransur-ansur kini mula mengenali Islam. Malah di Pulau Pinang kini yang diperintah DAP, kita dapati ketua menterinya banyak menerima pakai prinsip pentadbiran Islam. Malah ada pemimpin DAP yang sudah boleh memetik ayat-ayat al-Quran untuk rujukan, pemimpin Umno pula semakin menjauhi al-Quran. Justeru kita lihat, pengalaman PAS bersama DAP itu, hasilnya menunjukkan sekurang-kurangnya Islam sudah tidak digeruni oleh non muslim. Inilah beza besar kerjasama PAS dengan DAP dibandingkan kerjasama Umno dengan MCA. Ingin saya bertanya, apa ruginya orang Islam apabila DAP mula berjinak-jinak dengan Islam?

Sayang sekali, Umno masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit. Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama lebai malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, Melayu dan Islam ialah perkara yang sama. Umno sudah buat silap sekian lama dalam mentafsirkan Islam. Lihat sahaja, cara pentadbiran kerajaan Umno yang bercadang menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam kononnya bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Apakah cara itu cara yang Islamik dan adakah ia serasi dengan budaya Melayu? Di manakah pula disangkut agenda Melayu yang kononya berteraskan Islam yang diperjuangkan Umno? Ini pendekatan silap Umno sekian lama sehingga menyebabkan pemimpoin MCA terus takut dengan Islam. Akhirnya non muslim terus dirundung Islamofobia.

Hakikatnya, Umno yang memperalatkan Islam. Bila tersepit, Islam juga yang dicari. Bukankah salah seorang Naib Presiden Umno sendiri sewaktu Perhimpunan Agung Umno yang lepas mencadangkan supaya Umno menjadikan masjid sebagai tempat untuk mendaftar pengundi baru? Hairan saya, tidakkah prinsip Umno selama ini, politik tidak boleh dibawa ke masjid? Hari ini, bila tersepit Umno sendiri mula menggadaikan prinsip? Bukankah saya sendiri dihentam begitu teruk oleh pemimpin Umno dan media suara Umno dengan menuduh saya berpolitik atas masjid? Nampaknya, selepas bangunan Umno di Kota Bharu sudah terjual, Umno sendiri sudah ingin menjual prinsipnya pula..

Nasihat saya, kembalilah kepada Islam. Tinggalkanlah pemikiran sekular yang tidak akan sampai ke akhirat. Sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular. Orang-orang mukmin melihat jauh ke akhirat, sedangkan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja. Umpama seorang anak yang berumur dua tiga tahun bila bersama ibunya ke pasar. Anak kecil itu hanya berfikir untuk membeli belon dan alat-alat permainan yang boleh menyeronokkan. Berbeza dengan pemikiran si ibu, pemikirannya berkisar kepentingan sekeluarga. Maka si ibu berfikir, apakah lauk pauk atau makanan yang perlu dibawa pulang untuk kesiapan sewsi rumah nanti. Itulah perumpamaan pemikiran sekular yang hanya terhenti setakat di dunia, seumpama seorang anak kecil yang berfikir setakat alatan permainannya semata-mata.

Justeru peringatan untuk semua pencinta perjuangan sekular. Dunia belum kiamat, dan ada masa untuk kembali ke pangkal jalan. Firman Allah SWT (Surah Yunus 10:84):
“Dan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): Wahai kaumku! Kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah).”

Maka seruan saya, kembalilah kepada perjuangan Islam, kerana Islam itu ajaran yang menyelamat dan mensejahterakan seluruh umat di dunia ini.

Sekian.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.
Kota Bharu: 20 Zulkaedah 1431/28 Oktober 2010

Thursday, October 28, 2010

..::SUMMER CAMP'10::..


Meh pakat Join...SUMMER CAMP'10

Date: 11-12 Disember 2010 (Sabtu+Ahad)
Venue: Chalet Tok Sakah, Teluk Senangin, Perak
Fee: RM 45
Aktiviti: Aktiviti pantai, jungle trecking, Qiamullail, Pengisian tazkirah dan lain2
Anjuran: Nisa' Taiping 

**search page@facebook: nisa' taiping

Monday, October 18, 2010

..::alhamdulillah::..

Assalamu’alaikum wbt. Syukur lillah masih diberi peluang merasai nikmat iman dan Islam. Juga dalam meniti usia yang semakin hari semakin singkat perhitungan masanya menemui Pencipta. Syukur juga atas nikmat kelapangan waktu tika ini untuk mencoretkan sesuatu di ruangan blog yang kini terpaksa diubahsuai atas beberapa masalah yang berlaku. Walau apapun yang terpaksa di ubah atau berubah, semuanya dalam percaturan Allah, segala sesuatu hanyalah milik Dia dan tidak layak jika kita mengeluh atau merungut atas setiap sesuatu yang mungkin bukan kehendak kita kerana Dia yang Maha merencanakan setiap episode dunia. “…boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Sedikit perkongsian sepanjang menikmati cuti-cuti konvo di tg malim baru-baru ini.


13 hb
7pagi: sampai TM, kak mahani ambil di KTM then berehat di KZ A(rumah K.mahani-jazakumullah buat penghuni rumah di atas layanan)
11-12tghari: makan tengahari bersama tam+acik
12tghari: ke kampus ziarah ayu berkonvo. Alhamdulillah Allah mudahkan pertemuan sbb haritu juga ayu akan terus pulang ke kampong halamannya.
1ptg: solat zuhur d surau annur dan berehat di rumah adriyani.
230ptg: bersama acik+ucu+tam+ja bertemu ust faizal dan terus ke pekan mencuci gambar dan sebagainya. Allah bagi nikmat berjalan2 bersama sahabat. Syukur lillah.

815 mlm: bergerak ke rumah dekna bersama ucu+acik+tam+ja. Alhamdulillah skali lagi Allah mudahkan setiap apa yang dirancang. Perasaan gembira yang tak tergambar setelah sekian lama tidak berjumpa menjalin kasih bersama keluarga dekna. Subhanallah. Banyak rupanya cerita2 yang tak sempat kami update tentang dekna. Apapun, moga Allah memberi kekuatan kepada dekna atas setiap ujian yang Allah hadirkan. Yakin dan redho dengan setiap ketentuan Allah. Jangan mengeluh mahupun berbangga dengan setiap apa yang Allah hadirkan buat kita. Banyak cerita2 yang kami kongsi bersama, sehingga di meja makan pun, sambung pulak cerita+tips2 yang sangat2 berguna dari mak dekna. Alhamdulillah pertemuan yang bagi ana sangat bermakna. Berulang kali mak dekna mengajak kami tidur saja di rumahnya mungkin kerana belum puas berkongsi cerita sesama kami, namun atas kekangan2 yang ada kami takdapat memenuhi permintaannya. Terngiang2 dekna berulang kali mluahkan perasaan rindu pada kakak2(ucu+tam+acik+uda+anjang) sebab sudah lama tak temu. Kali terakhir pertemuan kami pada semester 7 yang lepas(tahun lepas) kerana jika di kampus, setiap sem pasti kami akan ziarah ke rumah dekna. Apapun, nikmat pertemuan yang Allah bagi sangat bermakna buat kami. Moga dekna terus terdidik dalam bi’ah solehah dan menjadi muslimah+anak yang solehah insyaallah.
1130mlm: bergerak pulang

14 hb:
830pagi: bersama acik bergerak ke kampus untuk ambil adik k.dila yang sampai di KTM.
11pagi: bergerak ke tapak konvo bersama ucu+acik untuk meraikan konvokesyen k.dila, k.ira dan sahabat2 laen. Alhamdulillah, gembira melihat wajah ceria sahabat2.

1ptg: solat dan bergerak ke rumah k.faezah bagi memenuhi undangannya makan tengahari di rumahnya di kalumpang bersama acik+tam+ucu+mizah+syafidah+umira. Subhanallah, segala perancangan berjalan dengan lancar dengan izin Allah. Alhamdulillah banyak cerita dan kenangan2 yang dikongsi dan diimbas semula. Terubat rindu bertemu k.jah+anak2nya(musa+isa yang comel).

830malam: bergerak ke rumah k.bad. skali lagi Allah mudahkan perancangan untuk berusrah bersama k.bad. Moga perancangan selari dengan redho dan rahmat Allah insyaallah. Kali ni betul2 terubat rindu setelah sekian lama tidak berusrah bersama k.bad(last usrah dgn k.bad sebelum praktikum). Alhamdulillah seperti perancangan, ana serahkan pengisian taujihat sepenuhnya kepada k.bad. Subhanallah walhamdulillah, taujihat yang sangat berguna untuk kami yang bakal bertebaran meneruskan perjuangan di bumi Allah. Terharu dengan kehadiran+sambutan sahabat2(ucu+acik+tam+uda+umi+ja+k.ira+nab+fidah+jidah+k.dila+laila+mizah). Syukur lillah. Moga pengisian+taujihat+tips tersebut dapat menjadi bekalan persediaan kita. Insyaallah. Seperti kebiasaan, diakhir usrah k.bad akan menjamu makanan yg sedap2. Alhamdulillah.

15hb:
Petang: bergerak ke proton city bersama tam+mizah+k.dila+jidah+k.mahani. bergamba+berposing sebagai kenangan. Then terus bergerak ke tapak konvo untuk meraikan acik yang berkonvo pada petang tersebut. Meriah. Alhamdulillah.
Malam: liqo’ bersama sahabat2+taujihat dr ust.

16hb:
Pagi: ramai sahabat2 yang konvo time ni. Seronok+sebak tengok deme berkonvo via live online konvokesyen.
Petang: sesi konvoku. Alhamdulillah selesai semuanya.

Syukur lillah Allah mudahkan pertemuan bersama sahabat2. Moga pertemuan yang berakhir itu bukan sebagai pengakhiran tapi sebagai permulaan memantapkan ukhwah bersama insyaallah. Moga ditetapkan Allah dalam jalan dakwah ilallah dan terus istiqomah memantapkan tarbiyyah. Insyaallah. Moga Allah mudahkan urusan pertemuan bersama sahabat2 kelak atau mungkin pertemuan dengan RobbulJalil mendahului setiap pertemuan yang dirancangan. Allahu’alam.

“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang fasiq” (Al-Hasyr : 18).

Sunday, October 17, 2010

..::Open Your Eyes::..

Open Your Eyes : Maher Zain

Open Your Eyes
Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..

Tuesday, September 14, 2010

..::sirru 'ala barokatillah::..

Sudah 5 hari Ramadhan berlalu, namun pemergian Ramadhan kali ni benar2 terasa. Alhamdulillah dapat juga menjalani ibadah puasa bulan Ramadhan kali ni di rumah. Biasanya sempat puasa di rumah hanya beberapa hari sebelum raya oleh sebab tuntutan pengajian. merantau di tempat orang. Apapun, tempat tidak penting tapi semangat dan kekuatan untuk merebut keberkatan Ramadhan yang lebih di utamakan. Tambahan pula, Ramadhan kali ni dapat bersama mak ayah, memang terasa suasana pesta ibadah dalam bulan Ramadhan. Syukur lillah. Apapun, eidlfitri yang mendatangi kita tetap perlu disambut dengan ksyukuran dan yang penting terus istiqomah meneruskan amalan2 bulan Ramadhan. Moga tarbiyyah Ramadhan dapat menjadi kekuatan kita untuk menghadapi bulan2 yang mendatang. Moga kita diberi kesempatan umur untuk bertemu Ramadhan akan datang. Insyaallah .selamat meneruskan puasa 6 di bulan syawal..



Sedikit kegembiraan juga ingin di kongsi dalam entry kali ni sebab raya tahun ni agak meriah dengan kehadiran 2 orang ahli baru keluarga(anak buah+abang ipar). Rindunya si comel Muhammad taufiqulhakim(^_^)

Tak lupa juga, Jazakumullahu khairon jaza’ buat sahabat2 anak perak yang sudi datang beraya di rumah. (hisham(uia), firdaus(kisdar), firdaus(uitm), zawawi(psas), hasrul(kktm), (sorang lagi min tak ingat nama), sazu(um), shahirah(uia), farhana(udm) dan shahidah(uitm)) walaupun dah jadi alumni, namun kehadiran sahabat2 ‘anak negeri’ ke rumah baru2 ni membuatkan saya rasa seperti masih aktif bergerakkerja bersama. Jika raya sebelum ni konvoi sekali ahli ke rumah2, kali ni mnunggu kedatangan deme ke rumah je(^_^). Apapun, masing2 tetap perlu meneruskan haluan masing2 dengan gerakkerja Islam walaupun di mana, atau dalam platform mana sekalipun. Moga tetap istiqomah dalam jalan perjuangan menuju kemenangan. Insyaallah. Sirru ‘ala barokatillah.



p/s: tahniah juga buat ain solihah a.k.a acik. dapat posting di politeknik hulu terengganu...moga diberi kekuatan utk meneruskan haluan hidup+pjuangan..moga terus istiqomah+mnjadi hambaNya yang bertaqwa..insyaallah(^_^). doakan ude dan sahabat laen juga ye.



~fastabiqulkhoirat~