Wednesday, February 25, 2009

istiQomah

Assalamu’alaikum wbt..

Musim demam ke sekarang? Mungkin juga sebab satu rumah saya dah macam bergilir demamnya. Apapun, bukan isu demam yang nak dibincangkan. Sedang saya siapkan tutorial fizik moden tadi, tetiba teringat kata-kata ust Zainol Asri semasa kuliahnya.

istiqomah itu lebih baik dari karamah. Jangan meletakkan kepentingan diri melebihi kepentingan berjuang

Kata-kata yang penuh bermakna ketika diri berasa lemah, tambahan bila diuji dengan kepenatan juga kesakitan. Memang tak dapat dinafikan haq2 diri(kesihatan) perlu dijaga tapi bukan bermakna untuk manjakan diri! ayuh re-check diri..

Ust Zainol asri menegaskan lagi>
“duk dalam medan dakwah peringkat kampus hanyalah untuk menguatkan diri di luar nanti.. tanamkan diri dalam tanah hitam(pembinaan diri).
Untuk menegakkan ma’ruf yang paling besar adalah daulah Islamiyah dan meruntuhkan mungkar paling besar adalah meruntuhkan jahiliyah”

Sahabat-sahabatku, Walau bagaimana padat sekalipun agenda jemaah yang kita susun, tarbiyah diri tetap tidak boleh ditinggalkan. Mesti memiliki hubungan yang kuat dengan Allah. Amalan fardhu perlu dijaga juga mantapkan dengan amalan-amalan sunat.

“Tn. Guru Nik Aziz, dari 15 tahun umurnya tak pernah tinggal tahajud, hingga kini dia tak boleh hidup tanpa tahajud”
"biar dari segi ibadah kita adalah sufi dan sudutnya disiplin pula kita jundi"

Kita boleh muhasabah dan check diri samada semakin baik iman kita atau dalam keadaan kritikal. Orang yang banyak dosanya susah untuk berqiamullail? Mungkin boleh check pada diri kita sendiri.

Kadang terdetik juga bagaimana nak rasa nikmatnya berqiamullail bilamana jika qiamullail menjadi rutin malam-malam kita, sehingga ada masanya susah untuk mengalirkan air mata atau dalam erti kata lainnya ‘nikmat’ qiamullail.
Persoalan itu juga timbul semasa kuliah ust zainol dan jawapan dari ust benar-benar menyentuh hati saya.

JANGAN JADI HAMBA RASA(ahwa)! Biar istiqomah(tahajjud) walaupun sampai rasa biasa daripada kita nak buat sekali sekala sebab nak rasa sedap qiamullail.. jika qiamullail sebab nak jumpa Allah insyaallah akan hadir rasa syahdu dan menangis..”

Subhanallah. sesuatu yang perlu kita sedar. Kesibukan duniawi bukan bermakna kita boleh ‘larikan diri’ dari usaha taqorrub billah. Ingatlah sahabat, kita tak pernah aman dari perancangan juga ujian Allah. Perlu persiapkan diri untuk menghadapi rencanaNYA. Namun perlu juga kita pasakkan dalam diri bahawa rencana juga ujian dari Allah adalah tanda cinta Nya pada hamba. Moga ianya bukan istidraj (Allah bagi nikmat dan kemudian diberikan kemusnahan buat kita hambaNya).

ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami” – al Kahf:10

Allahu’alam

Thursday, February 12, 2009

isu PERAK

Assalamu’alaikum wbt

akhir-akhir ini isu PERAK menjadi bahan bualan dan buah fikiran setiap masyarakat yang begitu teliti dengan arena politik Malaysia yang semakin hari semakin kalut dengan agenda-agenda pihak yang tidak telus dalam menghitung hak-hak yang perlu diberi perhatian. namun saya yakin, dikalangan intelektual, mahasiswa mahupun masyarakat sekarang telah mampu untuk berfikiran waras dalam menilai isu ini dengan baik. Pimpinan dan para aktivis juga makin hari makin sibuk dengan perancangan dan strategi bagi mempertahankan haq-haq yang semakin dicabuli. Bagi saya sendiri kelahiran peghak tidak terkecuali dengan biasan kehangatan yang melanda. Semakin hari semakin resah dengan tiap rencana yang bakal berlaku apatah lagi pihak pimpinan yang lebih hebat merasai tentangan dan kecaman ditambah dengan strategi-strategi yang perlu disusun agar Islam dan haq rakyat tetap tertegak. Walaupun begitu, kita perlu meletakkan setinggi-tinggi pengharapan dan keyakinan kepada Allah Rabbul Jalil yang mana Perancangan NYA mendahului perancangan hamba. kepada jentera-jentera penggerak dien Allah dan kalimatul haq, moga Allah memberi kekuatan atas usaha yang dilakukan.

Allahu ghoyatuna,
Al Quran dusturuna,
Ar Rasul Qudwatuna,
Al jihad sabiiluna,
Al maut fii sabilillah!

“Putuskan apa yang engkau hendak buat keputusan (kami akan menanggungnya dengan sabar). Sesungguhnya engkau membuat keputusan hanya di dalam kehidupan di dunia ini sahaja. Sesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, agar Dia mengampunkan dosa-dosa kami (kami tidak akan berganjak)…” (Taha:72).

Dalam risalah ‘Antara Masa Lalu dan Masa Kini’ dalam tajuk “Ranjau-Ranjau Dim Perjalanan” Imam Hasan Al Banna telah mengatakan:

“saya ingin terus terang menyatakan kepada kamu bahawa hari ini dakwah kamu masih belum dikenali orang ramai. Apabila mereka mengetahui dan memahami matlamat dan tujuan dakwah ini kamu akan menerima permusuhan dan pertarungan yang sangat sengit dari mereka. Kamu akan mendapati di hadapan kamu kesukaran-kesukaran dan kamu akan dihalangi oleh ranjau-ranjau.

Hanya pada ketika itulah sahaja kamu baru mula mengikuti jalan para pendukung dakwah…adapun sekarang ini kamu masih belum dikenali, kamu masih dlaam peringkat membuat persediaan untuk dakwah dan bersedia untuk menghadapi perjuangan dan jihad yang dituntut oleh dakwah. Kejahilan umat tentang hakikat islam akan tegak sebagai rintangan dipertengahan jalan, kamu akan mendapati ahli agama yang terdiri daripada ulama’ rasmi akan memandang ganjil pemahaman kamu terhadap Islam dan mengingkari jihad yang kamu lakukan untuk memperjuangkan kefahaman kamu itu. Para pemimpin, ketua-ketua orang yang rindukan kemegahan dan kekuasaan akan menaruh dendam kesumat terhadap kamu. Kesemua bentuk pemerintahan akan tegak serentak menghadapi kamu, semua kerajaan akan berusaha membatasi kegiatan kamu dan meletakkan rintangan-rintangan di jalanmu.”

“penyamun-penyamun ini akan memasang perangkap dengan apa cara sahaja untuk dapat menentang kamu dan memadam sinar dakwah kamu. Dalam usaha-usaha mereka ini mereka akan menggunakan kerajaan-kerajaan yang lemah, akhlak yang rendah dan tangan-tangan yang sentiasa menadah sesuatu dari mereka tetapi melakukan kejahatan dan permusuhan terhadap kamu.”

kesemua mereka akan menaburkan salah faham dan tuduhan-tuduhan kabur terhadap dakwah kamu dan mereka akan terus berusaha untuk melemparkan tuduhan yang mengatakan bahawa dakwah kamu itu tidak sempurna, tempang dan songsang, sekalipun mereka melemparkan tuduhan-tuduhan itu dengan cara yang paling kotor, menggunakan kekuatan dan kekuasaan mereka, berlaku zalim dengan menggunakan harta kekayaan dan kedudukan mereka.

Firman Allah:
“mereka ingin hendak memadamkan cahaya(agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahayanya sekalipun orang kafir membenci”
(ash-shaff:8)

tidak syak lagi kamu akan mengharung dan menghadapi perkara-perkara tersebut dalam peringkat ujian dan cubaan, kamu akan ditangkap, dipenjara, dibuang daerah, dipindah dan diporak perandakan. Segala kepentingan kamu akan dirampas, kerja-kerja kamu akan dibekukan dan rumah-rumah kamu akan digeledah. Boleh jadi masa ujian ini kamu lalui dalam satu jangka waktu yang panjang. Firman Allah:

“apakah manusia itu menjangka bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: “kami telah beriman,” sedang mereka tidak diuji” (al ankabut:2)

“tetapi ingatlah bahawa setelah ujian-ujian ini Allah telah menjanjikan akan memberikan pertolongan kepada para mujahidin dan ganjaran bagi mereka yang beramal dan berbuat baik.
Firman Allah:

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?
(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.
Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.
Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.
Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam Telah Berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; Maka kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.”

(Ash shaff:10-14)

“Tidakkah kamu akan tetap pendirian untuk menjadi ansarullah?”

Allahualam