Monday, November 17, 2008

SEKALI WANITA TERGODA, GUGURLAH SEKUNTUM WARDAH DI SYURGA, SEKALI WANITA TERNODA, BERDEKAH-DEKAHLAH SYAITAN DI NERAKA



Assalamu’alaikum wbt..


Syukur lillah kita panjatkan atas nikmat Islam wa iman yang kini masih dirasakan mengalir sebati dalam urat darah juga rahmat dari ALLah yang tak putus dilimpahkan kepada hamba2NYA. Slawat dan salam juga buat junjungan Rasulullah s.a.w. Syukur lillah juga atas hela nafas yang masih dirasakan bersama silauan keindahan alam ciptaan-NYA.

Salam kembali kepada sahabat2 yang sentiasa bermujahadah menuju matlamat yang satu juga yang sentiasa mengatur elok tiap langkahan menuju redho Allah. Tingkah juga tutur kata yang dituntun bersama langkahan dai’e. moga tiap kerjaan kita sentiasa bersama redho Allah. Peluhmu bukan darah! Teruskan langkahan mujahadah wahai diri juga sahabat2ku.

Baru-baru ni semasa di rumah, sengaja ana menyelak helaian novel ‘Tautan Hati’ yang terletak kemas di almari bukuku setelah skian lama. Satu-satunya novel yang ana miliki selain novel ‘ayat2cinta’. Actually, ana tidak berapa suka baca sebarang bentuk novel sebab bagi ana novel2 kebanyakannya akan membawa diri kepada khayalan palsu! Namun, berlainan dengan novel ‘tautan hati’ dimana hadirnya begitu memikat dan mentaut hati ana dengan tiap bait ayat2nya. Novel tarbiyyah. Ana terpaut untuk memiliki novel ni setelah di’promote’ oleh seorang shbt. Apapun bukan kisah dimiliki atau memiliki yang ana nak sorotkan di sini. Tetapi, suka untuk ana kongsi cebisan dari isi novel tersebut. Moga sama2 kita muhasabah.

***
sahabat fi tarbiyyah..

Rasulullah s.a.w. dan generasi itu telah tiada! Lama sudah mereka berlalu meninggalkan kita.
Muhammad, Kekasih Ilahi. Baginda berjalan selangkah demi selangkah, meniti hari. Bermula dari seorang diri, menyampaikan dakwah secara sembunyi-sembunyi. Bukannya Baginda tidak berani dan takut mati namun itulah tertib wahyu ketika itu, strategi Rabbi.

Ucapan Baginda tidak lahir dari nafsu melainkan wahyu yang suci. Ucapan yang hikmah dari kalbu yang jernih disambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri. Dimulainya mengajak manusia kepada Islam dengan menjernihkan fikrah, pendekatan akal, pemahaman dan menyentuh hati sanubari. Juga dengan jalan hujah dan keterangan, dengan hikmah dan pengajaran penuh seni.

Bilamana ada perdebatan dirungkai dengan baik dan menambat hati. Bilamana mendapat tekanan, rintangan serta siksaan berlaku sabar dan melontarkan doa kasih nan sejati.
Firman Allah(surah an Nahl:125)

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah* dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."

*Hikmah: ialah perkataan yang tegas dan benar yang dapat membedakan antara yang hak dengan yang bathil.

Dengan rahmat dan kurnia Ilahi, seorang demi seorang ikut menyertai, dari golongan bangsawan mulia hingga hamba sahaya tidak mahu terkecuali. Lalu, terbentuklah jemaah Islam pertama, jemaah Rasulullah dan para sahabi. Jemaah baru itu masih sangat kecil dan merupakan ghuroba’ (orang-orang yang asing) di Mekah kota kelahiran sendiri.

Golongan ghuroba’ inilah yang kelihatan berjalan perlahan-lahan dan lambat, akhirnya menjadi kelompok yang mulia, gah, izzah dan menjadi generasi terbaik umat ini. Mereka tidak punya apa-apa melainkan jiwa yang sarat keyakinan bahawa janji Allah itu pasti! Biarpun sehebat manapun rintangan, jalan dakwah terus berkembang dan panjinya berkibar tinggi.

Jalan dakwah inilah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. sehingga Islam lah seluruh jazirah Arab, demikian pula Parsi dan Romawi, mencabut jahiliyyah dari akar umbi.
Sabda Rasulullah s.a.w:

ingatlah bahawa Islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama Islam ke mana sahaja ia berputar. Ketahuilah bahawasanya penguasa dan Al-Quran akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dari al Quran’


Duhai mawar-mawar mujahidah yang sedang menuntun langkah menuju jalan Allah…


Dalam langkah hidup ini, hanya ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhi. Kita yang memilih jalan kita sendiri. Kalau kita tidak memilih jalan menuju Allah, pasti kita akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan diri sendiri itulah jalan syaitan, nafsu, syahwat dan duniawi. Jalan keimanan itulah jalan Ilahi dan jalan kesesatan itulah jalan iblisi.

Orang yang berjalan di atas jalan Ilahi sentiasa berusaha mensucikan jiwa dan hati sementara orang yang berjalan di jalan iblisi, tiada sensitivity dalam mengotori dan menodai hati.

Masing-masing berusaha dan masing-masing bergerak, meniti waktu dan hari, mendekati mati. Akhirnya masing-masing kerdil menghadap Ilahi. Sudah tentu di sana ada perbezaan antara keduanya di alam abadi.

Tanyalah diri, mahukah kita mencampakkan diri ke lembah kehinaan pada saat bertemu Rabbi? Atau meletakkan diri ke darjat yang tinggi? Sudah tentu jawapan kita mengimpikan tempat di sisi Ilahi.

Namun adakah sama orang yang sekadar berangan-angan tetapi tidak mempunyai persiapan yang serius untuk menghadap-NYA? Berapa ramai orang yang sanggup menjual harta dan dirinya demi membeli redho Allah? Sungguh! Manusia lupa saat perjumpaan itu!

Zaman berganti zaman, Islam asing(gharib) kali kedua, hati-hati yang jernih fikrahnya menjadi ghuroba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas dengan-NYA.

Adakah amalan dan akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dalam golongan ghuroba’ ini? Mungkinkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini? Na’uzubillah!

"Ya Allah, bantulah kami untuk tetap layak berada di atas jalan-MU. Jangan sekali-kali Kau menapis kami dari jalan-MU kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubat hati mengubah sahsiah diri..ameen"
duhai jiwaku juga jiwamu sahabat..

Persediaan hati memerlukan proses tarbiyyah tersusun bermula dengan tazkiyah an nafs dan mua’lajatul uyub(mengikis keaiban). Mujahadah yang dituntut amatlah perit dan bukan sedikit. Ia tidak boleh diambil mudah! Hanya dorongan iman dari hati yang diproses untuk dekat dengan Allah akan memampukan seseorang melakukan setiap apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t dan menjauhi segala larangan-NYA secara menyeluruh. Inilah hakikat perhambaan sebenarnya dan hakikat pengabdian ini hanya akan lahir apabila jelas hubungan hati dengan Allah.

Jadi sahabat..akhowat fi tarbiyyah..Marilah kita sama-sama mentarbiyyah diri menuju jalan Allah yang abadi. Biar banyak mana sekalipun kita ditarbiyyah, diri kita juga lah yang mampu menuntun diri dalam proses tarbiyyah yang hakikatnya diatur oleh Allah. Apapun, sahabiahku SEKALI WANITA TERGODA, GUGURLAH SEKUNTUM WARDAH DI SYURGA, SEKALI WANITA TERNODA, BERDEKAH-DEKAHLAH SYAITAN DI NERAKA..

Moga Allah merahmati dan meredhoi setiap usaha juga amalan kita taqorrub billah.

~ila mardhotillah




Wednesday, November 12, 2008

Salam temu di tahun hadapan=)

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas memerah otak berjuang menempuh ujian dunia..akhirnya, selesai sudah saat2 getir itu dan bermula pula musim bunga..eh..musim cuti. Cuti yang sering menanti2 kehadiran kita bsama gerakkerja=) cuti ke? Cuti la juga walau sekadar sminggu dua..moga sahabat sahabiah memanfaatkan cebisan masa cuti bersama keluarga..

Syukur lillah.

Kepada sahabt2, pulanglah jengah kluargamu di kampung walau sekejap cuma kerana hadirmu bisa menceriakan hari2 mereka yang menanti kepulanganmu.

apapun, ana mohon maaf sekiranya ada bait kata yg melukakan mahupun janji yang tak tertunai. ala kulli hal, mohon maaf atas segalanya..jika dipanjangkan umur, berjumpa lagi dgn penulisan2 akan dtg=)

p/s: to ummu insyirah(.....)..moga dapat gather mcm dulu di surau proton city menyulam ukhwah..rindu saat bersama antunna=)

Tuesday, November 11, 2008

Wasilah dan Matlamat




Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk menulis di blog ni.. mungkin juga ini tulisan ana yang terakhir..Allahu’alam.. apapun, moga tiap bait tulisan yang dicoret dengan izinNya tetap mendapat rahmat dan redho Allah. Moga Allah ampunkan jua bait tulisan yang mengundang kemurkaanNya.

Di sini ana nak berkongsi mengenai wasilah dan matlamat. Ini adalah apa yang ana dapat dari kuliah ustazah wahibah baru-baru ni yang mana ana rasa amat penting untuk kita sama-sama re check smula diri.

Wasilah? Matlamat?

Wasilah adalah asal kata wasal yakni penghubung. Manakala matlamat semua telah sedia maklum. Apa yang ana ingin kaitkan d sini adalah apa bezanya wasilah dan matlamat?

Jika sebelum ni kita sering meletakkan matlamat itu ini. Sebagai contoh, matlamat ingin dapat keputusan cemerlang dalam exam, matlamat belajar untuk mendapat kerja, matlamat untuk berkahwin, matlamat mendapat anak dan sebagainya. Tapi saat ni kita cuba tukar smula dan setting smula matlamat kita. Kerana semua yang dinyatakan di atas mahupun perkara2 keduniaan yang lain hanyalah matlamat jangka pendek. Yang lebih sesuai jika dipanggil wasilah.

Kenapa wasilah? Mana satu matlamat?

Ok..wasilah seperti yang telah maklum, penyambung atau penghubung. Penghubung apa? Penghubung kepada Allah. Penghubung menuju mardhotillah(redho Allah). Jadi, rata-rata perkara hidup kita adalah penghubung untuk menuju redho Allah.

Bagaimana dengan matlamat?

Matlamat kita hanya ada satu yakni Allah. Menuju mardhotillah. Jadi, kita perlu setting smula matlamat kita menjadi matlamat yang satu dan lebih berfokus.

Jika sebelum ni, kita selalu meletakkan matlamat yang bertunjangkan hal-hal keduniaan, sekarang kita ubah semula. Dan perlu setting molek bahawa semua tu adalah ‘wasilah menuju mardhotillah’.

Kita relate dengan kehidupan biasa. Dimana, biasanya orang meletakkan pekerjaan adalah matlamat, jadi untuk mencapai matlamat tersebut, perlu focus on study and exam. Bila kita meletakkan matlamat keduniaan, sedikit sebanyak kehidupan kita hanya berfokus kepada matlamat tersebut sehingga terkadang terpesong dari matlamat yang lebih utama.

Oleh sebab itu, matlamat kita perlu benar2 jelas. Jika kita sudah faham mana satu matlamat dan mana satu wasilah, kita tiada masalah untuk membuat pertimbangan perkara yang aula’ yang perlu diberi keutamaan. Andai jika bertembungnya perkara wasilah, kita akan boleh membuat pertimbangan sendiri kerana kedua2nya adalah wasilah untuk membawa kita menuju Allah.

Sebagai contoh, jika kita sedang menghadapi exam yang membuatkan kita tidak tidur malam, bersengkang mata belajar, tiba-tiba datang satu panggilan untuk kita keluar berdakwah atau memberi pengisian, mana satu yang kita patut pilih? Dari sini kita kaitkan semula..kedua2nya perkara wasilah, jadi wasilah kita hanya untuk menuju matlamat kita…dari sini kita sudah boleh fikir dan pertimbangkan yang mana yang perlu diutamakan.
Juga bagi perkahwinan.. ia hanyalah wasilah menuju mardhotillah. perkahwinan bukanlah matlamat yang biasa orang target untuk melepaskan kasih sayang mahupun cinta berahi. tetapi, ia adalah wasilah-jambatan untuk kita lebih dekat dengan Allah.. kerana jika kita lihat rata-rata masyarakat kini bila menjengah sahaja alam perkahwinan, setelah bergelar isteri mahupun suami, hilang segala mujahadah yang selama ini menjadi tuntunan mereka..setelah berumah tangga, solat entah kemana, diabai2kan dan dilewat2kan solat, apatah lagi ibadah sunat...seolah-olah, alam perkahwinan sebagai pemutus hubungan dengan Allah..na'uzubillahi min dzalik.


Begitu juga jika kita relate dengan perjuangan. Fardul muslim->baitul muslim->mujtama’ muslim->daulah Islamiyah semua adalah wasilah untuk menuju mardhotillah. Jika kita letakkan daulah Islamiyah sebagai matlamat kita. Jika tibanya ‘saat’ itu, adakah perjuangan kita terhenti? Adakah dakwah kita terhenti? Adakah pengharapan kita pada Allah juga terhenti?? Sebab kita sudah sampai kepada matlamat….? TIDAK sekali2. Jadi, ia adalah matlamat jangka pendek atau lebih sesuai jika kita sebut ia semua sebagai ‘wasilah’. Yang menyambung hubungan kita dengan Allah. Yang mendekatkan kita dengan Allah.
Dalam konteks dakwah pula, ia juga merupakan wasilah untuk menuju mardhotillah. Tiada lain melainkan hanya kerana Allah. kita mengajak, menyeru sahabat2 mahupun mad'u untuk sama-sama kembali menuntun jalan yang lebih lurus dan mempersiapkan diri menghadapiNya..oleh sebab itu, tiap kerjaan kita perlu jauh dari sebarang sifat riak, takbur, menunjuk2 mengangkat diri mahupun untuk mendapat pujian kerana terlalu kerdil untuk kita angkat diri kita seumpama itu jika kita betul2 faham fitrah kejadian kita sebagai hambaNya.


Jadi, marilah sama kita perbaharui dan perjelaskan matlamat.. juga refresh semula matlamat supaya kita sentiasa jelas tiap pekerjaan kita di dunia. Ayuh sahabat, jadikan matlamat kita yang satu itu sebagai perkara yang kita sebut-sebut, sebagai kata-kata semangat pembukaan tiap hari kita..pendorong kita melangkah dengan lebih kemas dan teratur dengan semangat mujahadah demi menuju mardhotillah.



****Katakanlah: "Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA". dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. ****

At taubah: 24




wallahu'alam~~

Thursday, November 6, 2008

Dimanakah diriku::...


Semalam pergi meninggalkan diriku
Menggamit sebuah memori semalam..

Namun juga terpalit sejuta penyesalan
Pabila mngenangkan detik-detik hari….Berlalu tanpa terisi
Penyesalan atas tingkah yang membuahkan dosa
Meski tidak kusedari namun ia tetap benar sedar
Dek kelalaian diri menuntun hati
Membiarkan nafsu menguasai diri
Biarpun sesalan itu sering bertandang
Namun tingkah tetap jua di situ
Ya Allah
Aku mungkiri Mu…..Aku mungkiri lafaz kataku
Mungkiri jua doa titipan ku
Ampuni tiap kelalaian ku ini……Dari mengingatiMu
Keindahan episode dunia mengenjakkan sedikit hatiku
Terpesona, lalai dari matlamat yang Satu
Jika kelmarin datang mengusai lembut diriku
bersama tarbiyyah yg tegar…. mengapa tidak semalam?

Tarbiyyah yang ditutur……Juga nasihat pembimbing diri
Sering kutitipkan utk
‘anak-anakku’
Tapi dimanakah aku?
Benar tiap kata lafaz akan diuji
Sering aku siapkan diri…..Ditarbiyyah oleh Yg Haq
Namun, sering jua aku tewas

Ya Allah
Lemahnya aku menghadapi ujianMu
tarbiyyahMu tak pernah lekang dari hambaMu
kutahu, tarbiyyah itu bukti cintaMu
tapi dimana cintaku padaMu
ya Rabb
anugerahkan cinta dan takutku padaMu
Kesepian terisi dengan hari ini
Pengharapan yang mensuci diri
Ikrar hati yang diulangi demi tarbiyyah diri
Kau pegang kuat hatiku ya Rabb
Moga jalanku lurus kembali
Menuju redhoMu yang satu

Tiada guna menabur kata da’wah jika diri tidak mampu dida’wah
Tiada guna menabur kata tarbiyyah jika diri sering mungkirinya
Aku sedar jalan juang juga da’wah yang ku lalui ini tiada kan akhirnya
Moga diriku juga begitu
Hasil tarbiyyah dariMu Rabb

Ya Rabbul Tawwaab..aku tahu pengampunanMu tak bertepi
Ya Rabbul hafizd..kau peliharalah diriku juga hatiku..
Ayuh sahabat seperjuanganku
Kita tuntun kembali langkah yang kian kabur
Tiada erti jika perjuangan yg selama ini digahkan namun tanpa redho Ilahi
Ayuh mulakan kembali..

Nasihatku pada diriku juga dirimu…
jagalah hubungan dgn Allah juga sesama manusia
~habblun min Allah wa hablun min al nas~

Jaga ikhtilat..
jaga tutur lafaz, jaga ibadah juga amalan
jaga perjuangan juga jalan da’wah ini

“ya Allah, bantulah aku mengingatiMu, mensyukuri ni’matMu dan memperbaiki ibadahku pdMu”
~dinukilkan khas buat diriku juga dirimu shbt~
5:20 AM
9 zulkaedah 1429 H




Wednesday, November 5, 2008

As-Syaheed Syeikh Ahmed Yassin


Lahirku di Kampung Al-Jaurah,
Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948,
familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)



Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa,
aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan...



Kutamatkan pengajian sekolah,
Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.



Di Palestin,Akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma' Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.



1983,aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.



Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!



Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!



Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.



Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.



Kusenyum, kulihat
Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.



Pagi, Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari.



Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...



Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!

Siapa kamu?

Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama ALLAH SWT ?



3 April 2004,
Hotel Fatamorgana,
Sweileh, Amman.

Saturday, November 1, 2008

bait al muslim~






Oleh `Izzat Anwari bin Hasni

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suaraFatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.


Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.



Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.


Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah sepertilelaki lain.


Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.


Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikrisekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiriperjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?


Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.


"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.


Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.


Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.


"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.


"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.


"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.


Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri keranausahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan, " jawab Fikri.


SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!




JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI…

TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI KEDUA!!! KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU…
JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!




JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI…

TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH BAKAL ISTERIMU!!! BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA….
KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA…
DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN… SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN…


p/s:article ni ana amek dr blog shbt..mg sma2 ambil manfaatnya^_^