Monday, November 17, 2008

SEKALI WANITA TERGODA, GUGURLAH SEKUNTUM WARDAH DI SYURGA, SEKALI WANITA TERNODA, BERDEKAH-DEKAHLAH SYAITAN DI NERAKA



Assalamu’alaikum wbt..


Syukur lillah kita panjatkan atas nikmat Islam wa iman yang kini masih dirasakan mengalir sebati dalam urat darah juga rahmat dari ALLah yang tak putus dilimpahkan kepada hamba2NYA. Slawat dan salam juga buat junjungan Rasulullah s.a.w. Syukur lillah juga atas hela nafas yang masih dirasakan bersama silauan keindahan alam ciptaan-NYA.

Salam kembali kepada sahabat2 yang sentiasa bermujahadah menuju matlamat yang satu juga yang sentiasa mengatur elok tiap langkahan menuju redho Allah. Tingkah juga tutur kata yang dituntun bersama langkahan dai’e. moga tiap kerjaan kita sentiasa bersama redho Allah. Peluhmu bukan darah! Teruskan langkahan mujahadah wahai diri juga sahabat2ku.

Baru-baru ni semasa di rumah, sengaja ana menyelak helaian novel ‘Tautan Hati’ yang terletak kemas di almari bukuku setelah skian lama. Satu-satunya novel yang ana miliki selain novel ‘ayat2cinta’. Actually, ana tidak berapa suka baca sebarang bentuk novel sebab bagi ana novel2 kebanyakannya akan membawa diri kepada khayalan palsu! Namun, berlainan dengan novel ‘tautan hati’ dimana hadirnya begitu memikat dan mentaut hati ana dengan tiap bait ayat2nya. Novel tarbiyyah. Ana terpaut untuk memiliki novel ni setelah di’promote’ oleh seorang shbt. Apapun bukan kisah dimiliki atau memiliki yang ana nak sorotkan di sini. Tetapi, suka untuk ana kongsi cebisan dari isi novel tersebut. Moga sama2 kita muhasabah.

***
sahabat fi tarbiyyah..

Rasulullah s.a.w. dan generasi itu telah tiada! Lama sudah mereka berlalu meninggalkan kita.
Muhammad, Kekasih Ilahi. Baginda berjalan selangkah demi selangkah, meniti hari. Bermula dari seorang diri, menyampaikan dakwah secara sembunyi-sembunyi. Bukannya Baginda tidak berani dan takut mati namun itulah tertib wahyu ketika itu, strategi Rabbi.

Ucapan Baginda tidak lahir dari nafsu melainkan wahyu yang suci. Ucapan yang hikmah dari kalbu yang jernih disambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri. Dimulainya mengajak manusia kepada Islam dengan menjernihkan fikrah, pendekatan akal, pemahaman dan menyentuh hati sanubari. Juga dengan jalan hujah dan keterangan, dengan hikmah dan pengajaran penuh seni.

Bilamana ada perdebatan dirungkai dengan baik dan menambat hati. Bilamana mendapat tekanan, rintangan serta siksaan berlaku sabar dan melontarkan doa kasih nan sejati.
Firman Allah(surah an Nahl:125)

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah* dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."

*Hikmah: ialah perkataan yang tegas dan benar yang dapat membedakan antara yang hak dengan yang bathil.

Dengan rahmat dan kurnia Ilahi, seorang demi seorang ikut menyertai, dari golongan bangsawan mulia hingga hamba sahaya tidak mahu terkecuali. Lalu, terbentuklah jemaah Islam pertama, jemaah Rasulullah dan para sahabi. Jemaah baru itu masih sangat kecil dan merupakan ghuroba’ (orang-orang yang asing) di Mekah kota kelahiran sendiri.

Golongan ghuroba’ inilah yang kelihatan berjalan perlahan-lahan dan lambat, akhirnya menjadi kelompok yang mulia, gah, izzah dan menjadi generasi terbaik umat ini. Mereka tidak punya apa-apa melainkan jiwa yang sarat keyakinan bahawa janji Allah itu pasti! Biarpun sehebat manapun rintangan, jalan dakwah terus berkembang dan panjinya berkibar tinggi.

Jalan dakwah inilah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. sehingga Islam lah seluruh jazirah Arab, demikian pula Parsi dan Romawi, mencabut jahiliyyah dari akar umbi.
Sabda Rasulullah s.a.w:

ingatlah bahawa Islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama Islam ke mana sahaja ia berputar. Ketahuilah bahawasanya penguasa dan Al-Quran akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dari al Quran’


Duhai mawar-mawar mujahidah yang sedang menuntun langkah menuju jalan Allah…


Dalam langkah hidup ini, hanya ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhi. Kita yang memilih jalan kita sendiri. Kalau kita tidak memilih jalan menuju Allah, pasti kita akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan diri sendiri itulah jalan syaitan, nafsu, syahwat dan duniawi. Jalan keimanan itulah jalan Ilahi dan jalan kesesatan itulah jalan iblisi.

Orang yang berjalan di atas jalan Ilahi sentiasa berusaha mensucikan jiwa dan hati sementara orang yang berjalan di jalan iblisi, tiada sensitivity dalam mengotori dan menodai hati.

Masing-masing berusaha dan masing-masing bergerak, meniti waktu dan hari, mendekati mati. Akhirnya masing-masing kerdil menghadap Ilahi. Sudah tentu di sana ada perbezaan antara keduanya di alam abadi.

Tanyalah diri, mahukah kita mencampakkan diri ke lembah kehinaan pada saat bertemu Rabbi? Atau meletakkan diri ke darjat yang tinggi? Sudah tentu jawapan kita mengimpikan tempat di sisi Ilahi.

Namun adakah sama orang yang sekadar berangan-angan tetapi tidak mempunyai persiapan yang serius untuk menghadap-NYA? Berapa ramai orang yang sanggup menjual harta dan dirinya demi membeli redho Allah? Sungguh! Manusia lupa saat perjumpaan itu!

Zaman berganti zaman, Islam asing(gharib) kali kedua, hati-hati yang jernih fikrahnya menjadi ghuroba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas dengan-NYA.

Adakah amalan dan akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dalam golongan ghuroba’ ini? Mungkinkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini? Na’uzubillah!

"Ya Allah, bantulah kami untuk tetap layak berada di atas jalan-MU. Jangan sekali-kali Kau menapis kami dari jalan-MU kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubat hati mengubah sahsiah diri..ameen"
duhai jiwaku juga jiwamu sahabat..

Persediaan hati memerlukan proses tarbiyyah tersusun bermula dengan tazkiyah an nafs dan mua’lajatul uyub(mengikis keaiban). Mujahadah yang dituntut amatlah perit dan bukan sedikit. Ia tidak boleh diambil mudah! Hanya dorongan iman dari hati yang diproses untuk dekat dengan Allah akan memampukan seseorang melakukan setiap apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t dan menjauhi segala larangan-NYA secara menyeluruh. Inilah hakikat perhambaan sebenarnya dan hakikat pengabdian ini hanya akan lahir apabila jelas hubungan hati dengan Allah.

Jadi sahabat..akhowat fi tarbiyyah..Marilah kita sama-sama mentarbiyyah diri menuju jalan Allah yang abadi. Biar banyak mana sekalipun kita ditarbiyyah, diri kita juga lah yang mampu menuntun diri dalam proses tarbiyyah yang hakikatnya diatur oleh Allah. Apapun, sahabiahku SEKALI WANITA TERGODA, GUGURLAH SEKUNTUM WARDAH DI SYURGA, SEKALI WANITA TERNODA, BERDEKAH-DEKAHLAH SYAITAN DI NERAKA..

Moga Allah merahmati dan meredhoi setiap usaha juga amalan kita taqorrub billah.

~ila mardhotillah




Wednesday, November 12, 2008

Salam temu di tahun hadapan=)

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas memerah otak berjuang menempuh ujian dunia..akhirnya, selesai sudah saat2 getir itu dan bermula pula musim bunga..eh..musim cuti. Cuti yang sering menanti2 kehadiran kita bsama gerakkerja=) cuti ke? Cuti la juga walau sekadar sminggu dua..moga sahabat sahabiah memanfaatkan cebisan masa cuti bersama keluarga..

Syukur lillah.

Kepada sahabt2, pulanglah jengah kluargamu di kampung walau sekejap cuma kerana hadirmu bisa menceriakan hari2 mereka yang menanti kepulanganmu.

apapun, ana mohon maaf sekiranya ada bait kata yg melukakan mahupun janji yang tak tertunai. ala kulli hal, mohon maaf atas segalanya..jika dipanjangkan umur, berjumpa lagi dgn penulisan2 akan dtg=)

p/s: to ummu insyirah(.....)..moga dapat gather mcm dulu di surau proton city menyulam ukhwah..rindu saat bersama antunna=)

Tuesday, November 11, 2008

Wasilah dan Matlamat




Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk menulis di blog ni.. mungkin juga ini tulisan ana yang terakhir..Allahu’alam.. apapun, moga tiap bait tulisan yang dicoret dengan izinNya tetap mendapat rahmat dan redho Allah. Moga Allah ampunkan jua bait tulisan yang mengundang kemurkaanNya.

Di sini ana nak berkongsi mengenai wasilah dan matlamat. Ini adalah apa yang ana dapat dari kuliah ustazah wahibah baru-baru ni yang mana ana rasa amat penting untuk kita sama-sama re check smula diri.

Wasilah? Matlamat?

Wasilah adalah asal kata wasal yakni penghubung. Manakala matlamat semua telah sedia maklum. Apa yang ana ingin kaitkan d sini adalah apa bezanya wasilah dan matlamat?

Jika sebelum ni kita sering meletakkan matlamat itu ini. Sebagai contoh, matlamat ingin dapat keputusan cemerlang dalam exam, matlamat belajar untuk mendapat kerja, matlamat untuk berkahwin, matlamat mendapat anak dan sebagainya. Tapi saat ni kita cuba tukar smula dan setting smula matlamat kita. Kerana semua yang dinyatakan di atas mahupun perkara2 keduniaan yang lain hanyalah matlamat jangka pendek. Yang lebih sesuai jika dipanggil wasilah.

Kenapa wasilah? Mana satu matlamat?

Ok..wasilah seperti yang telah maklum, penyambung atau penghubung. Penghubung apa? Penghubung kepada Allah. Penghubung menuju mardhotillah(redho Allah). Jadi, rata-rata perkara hidup kita adalah penghubung untuk menuju redho Allah.

Bagaimana dengan matlamat?

Matlamat kita hanya ada satu yakni Allah. Menuju mardhotillah. Jadi, kita perlu setting smula matlamat kita menjadi matlamat yang satu dan lebih berfokus.

Jika sebelum ni, kita selalu meletakkan matlamat yang bertunjangkan hal-hal keduniaan, sekarang kita ubah semula. Dan perlu setting molek bahawa semua tu adalah ‘wasilah menuju mardhotillah’.

Kita relate dengan kehidupan biasa. Dimana, biasanya orang meletakkan pekerjaan adalah matlamat, jadi untuk mencapai matlamat tersebut, perlu focus on study and exam. Bila kita meletakkan matlamat keduniaan, sedikit sebanyak kehidupan kita hanya berfokus kepada matlamat tersebut sehingga terkadang terpesong dari matlamat yang lebih utama.

Oleh sebab itu, matlamat kita perlu benar2 jelas. Jika kita sudah faham mana satu matlamat dan mana satu wasilah, kita tiada masalah untuk membuat pertimbangan perkara yang aula’ yang perlu diberi keutamaan. Andai jika bertembungnya perkara wasilah, kita akan boleh membuat pertimbangan sendiri kerana kedua2nya adalah wasilah untuk membawa kita menuju Allah.

Sebagai contoh, jika kita sedang menghadapi exam yang membuatkan kita tidak tidur malam, bersengkang mata belajar, tiba-tiba datang satu panggilan untuk kita keluar berdakwah atau memberi pengisian, mana satu yang kita patut pilih? Dari sini kita kaitkan semula..kedua2nya perkara wasilah, jadi wasilah kita hanya untuk menuju matlamat kita…dari sini kita sudah boleh fikir dan pertimbangkan yang mana yang perlu diutamakan.
Juga bagi perkahwinan.. ia hanyalah wasilah menuju mardhotillah. perkahwinan bukanlah matlamat yang biasa orang target untuk melepaskan kasih sayang mahupun cinta berahi. tetapi, ia adalah wasilah-jambatan untuk kita lebih dekat dengan Allah.. kerana jika kita lihat rata-rata masyarakat kini bila menjengah sahaja alam perkahwinan, setelah bergelar isteri mahupun suami, hilang segala mujahadah yang selama ini menjadi tuntunan mereka..setelah berumah tangga, solat entah kemana, diabai2kan dan dilewat2kan solat, apatah lagi ibadah sunat...seolah-olah, alam perkahwinan sebagai pemutus hubungan dengan Allah..na'uzubillahi min dzalik.


Begitu juga jika kita relate dengan perjuangan. Fardul muslim->baitul muslim->mujtama’ muslim->daulah Islamiyah semua adalah wasilah untuk menuju mardhotillah. Jika kita letakkan daulah Islamiyah sebagai matlamat kita. Jika tibanya ‘saat’ itu, adakah perjuangan kita terhenti? Adakah dakwah kita terhenti? Adakah pengharapan kita pada Allah juga terhenti?? Sebab kita sudah sampai kepada matlamat….? TIDAK sekali2. Jadi, ia adalah matlamat jangka pendek atau lebih sesuai jika kita sebut ia semua sebagai ‘wasilah’. Yang menyambung hubungan kita dengan Allah. Yang mendekatkan kita dengan Allah.
Dalam konteks dakwah pula, ia juga merupakan wasilah untuk menuju mardhotillah. Tiada lain melainkan hanya kerana Allah. kita mengajak, menyeru sahabat2 mahupun mad'u untuk sama-sama kembali menuntun jalan yang lebih lurus dan mempersiapkan diri menghadapiNya..oleh sebab itu, tiap kerjaan kita perlu jauh dari sebarang sifat riak, takbur, menunjuk2 mengangkat diri mahupun untuk mendapat pujian kerana terlalu kerdil untuk kita angkat diri kita seumpama itu jika kita betul2 faham fitrah kejadian kita sebagai hambaNya.


Jadi, marilah sama kita perbaharui dan perjelaskan matlamat.. juga refresh semula matlamat supaya kita sentiasa jelas tiap pekerjaan kita di dunia. Ayuh sahabat, jadikan matlamat kita yang satu itu sebagai perkara yang kita sebut-sebut, sebagai kata-kata semangat pembukaan tiap hari kita..pendorong kita melangkah dengan lebih kemas dan teratur dengan semangat mujahadah demi menuju mardhotillah.



****Katakanlah: "Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA". dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. ****

At taubah: 24




wallahu'alam~~

Thursday, November 6, 2008

Dimanakah diriku::...


Semalam pergi meninggalkan diriku
Menggamit sebuah memori semalam..

Namun juga terpalit sejuta penyesalan
Pabila mngenangkan detik-detik hari….Berlalu tanpa terisi
Penyesalan atas tingkah yang membuahkan dosa
Meski tidak kusedari namun ia tetap benar sedar
Dek kelalaian diri menuntun hati
Membiarkan nafsu menguasai diri
Biarpun sesalan itu sering bertandang
Namun tingkah tetap jua di situ
Ya Allah
Aku mungkiri Mu…..Aku mungkiri lafaz kataku
Mungkiri jua doa titipan ku
Ampuni tiap kelalaian ku ini……Dari mengingatiMu
Keindahan episode dunia mengenjakkan sedikit hatiku
Terpesona, lalai dari matlamat yang Satu
Jika kelmarin datang mengusai lembut diriku
bersama tarbiyyah yg tegar…. mengapa tidak semalam?

Tarbiyyah yang ditutur……Juga nasihat pembimbing diri
Sering kutitipkan utk
‘anak-anakku’
Tapi dimanakah aku?
Benar tiap kata lafaz akan diuji
Sering aku siapkan diri…..Ditarbiyyah oleh Yg Haq
Namun, sering jua aku tewas

Ya Allah
Lemahnya aku menghadapi ujianMu
tarbiyyahMu tak pernah lekang dari hambaMu
kutahu, tarbiyyah itu bukti cintaMu
tapi dimana cintaku padaMu
ya Rabb
anugerahkan cinta dan takutku padaMu
Kesepian terisi dengan hari ini
Pengharapan yang mensuci diri
Ikrar hati yang diulangi demi tarbiyyah diri
Kau pegang kuat hatiku ya Rabb
Moga jalanku lurus kembali
Menuju redhoMu yang satu

Tiada guna menabur kata da’wah jika diri tidak mampu dida’wah
Tiada guna menabur kata tarbiyyah jika diri sering mungkirinya
Aku sedar jalan juang juga da’wah yang ku lalui ini tiada kan akhirnya
Moga diriku juga begitu
Hasil tarbiyyah dariMu Rabb

Ya Rabbul Tawwaab..aku tahu pengampunanMu tak bertepi
Ya Rabbul hafizd..kau peliharalah diriku juga hatiku..
Ayuh sahabat seperjuanganku
Kita tuntun kembali langkah yang kian kabur
Tiada erti jika perjuangan yg selama ini digahkan namun tanpa redho Ilahi
Ayuh mulakan kembali..

Nasihatku pada diriku juga dirimu…
jagalah hubungan dgn Allah juga sesama manusia
~habblun min Allah wa hablun min al nas~

Jaga ikhtilat..
jaga tutur lafaz, jaga ibadah juga amalan
jaga perjuangan juga jalan da’wah ini

“ya Allah, bantulah aku mengingatiMu, mensyukuri ni’matMu dan memperbaiki ibadahku pdMu”
~dinukilkan khas buat diriku juga dirimu shbt~
5:20 AM
9 zulkaedah 1429 H




Wednesday, November 5, 2008

As-Syaheed Syeikh Ahmed Yassin


Lahirku di Kampung Al-Jaurah,
Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948,
familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)



Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa,
aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan...



Kutamatkan pengajian sekolah,
Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.



Di Palestin,Akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma' Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.



1983,aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.



Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!



Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!



Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.



Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.



Kusenyum, kulihat
Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.



Pagi, Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari.



Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...



Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!

Siapa kamu?

Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama ALLAH SWT ?



3 April 2004,
Hotel Fatamorgana,
Sweileh, Amman.

Saturday, November 1, 2008

bait al muslim~






Oleh `Izzat Anwari bin Hasni

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suaraFatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.


Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.



Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.


Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah sepertilelaki lain.


Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.


Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikrisekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiriperjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?


Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.


"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.


Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.


Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.


"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.


"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.


"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.


Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri keranausahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan, " jawab Fikri.


SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!




JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI…

TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI KEDUA!!! KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU…
JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!




JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI…

TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH BAKAL ISTERIMU!!! BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA….
KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA…
DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN… SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN…


p/s:article ni ana amek dr blog shbt..mg sma2 ambil manfaatnya^_^

Friday, October 31, 2008

10 Muwassafat Tarbiyah

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan dari manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang daie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.

Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:
Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

* Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan"

* Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.

Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

>Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
>Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai’ iaitu sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

>Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
>Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama’ yang thiqah.Pesan Imam Banna:"
"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi"


>Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

>Walaupun kaya, perlu bekerja.
>Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
>Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
>Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
>Menjauhi riba dalam semua lapangan.
>Menyimpan untuk waktu kesempitan.
>Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
>Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

>Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
>Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
>Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

>Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
>Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
>Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

>Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
>Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
>Daie mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

>Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
>Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

>Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
>Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

>Daie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
>Daie adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.
>Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
>Daie merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

mari memasak





disuatu tempat dan suatu masa..nak tak nak, ana perlu jg ana tolong shbt ana yg sorang(tam)..almaklum dia ditaklifkan utk jd ajk makanan..bg ana ajk makann adalah antara ajk yg berat jika berprogram..kenapa? sbb dia la yg kena urus bab belian barang2 utk masakan, dialah yg kena memasak dan dia lah kena buat2 air utk pncrmh dan dia jg yg kena kemas2 dapur..hm..memang penat..tp alhamdulillah ana dah spakat utk membantu shbt ana...kbtln ana ditaklifkn sbg ajk peralatn..

"tam, tolong ana sedia barang2 ye..ana tak mampu igt smua keperluan..bimbang ada yg tercicir.." ana mengadu pd shbt ana yg pd ms tu ajk mknn.

"ok uda, ana tolong..yang penting brg2 utk mmsak ada..nnt nti kena tolong ana mmsak ye" bls tam..

kami sama2 mengemas brg2 utk diangkut ke program.

smpai di sana, tugas ana sedikit berkurang dan bertambahla tugas tukang masak..

ana tak sampai hati biarkan tam sorang2 urus dapur..jd ana pun melantik diri sendiri utk jadi tukang msk yg tak brapa nk profesional.huu...

alhamdulillah, agihan tugasan mengurangkn bebanan shbt ana..ana biarkan dia urus bhgian sediakn santapan utk penceramah kerana ana tahu agak penat utk tam ulang alik menjaga santapan pncrmh...ana dan shbt lain mmbantu mnyediakan bhn2 masak..aisyah.ye..antara shbt yg rajin turun dapur mmbantu..kami mmotong, menghiris sgla apa yg diperlukan..ana difahamkn mslimin mintak menu nasi lemak..adeh..diorg ni betul2 demand..tp km tak la ikut sratus pratus permintaan mrk..kami hanya masak sambal tumis ikan bilis bersama sayur air..hm..nmpak simple tp insyaAllah dah mnaikkan slera...apa lagi...ana bab2 masak ni memang suka...almaklum dah lama tak duk dapur, kalau di kolej asyik beli di kafe...bila diberi peluang gini..ana betul2 rs puas..hee.. petang tu stelah slesai siang ikan bilis bersama aisyah..ana pun mmulakan proses memasak..mula2 debar juga sbb nk bg anak org makan, bimbang tak sedap..dah la kena msk dlm kuantiti yg byk..tp ana hati kering skit..masak ja la..asalkn smua dpt makan..sambil masak kita berselawat..alhamdulillah..jadi jg sambal tumis ikan bilisku..actually, senang ja masak tu cuma debarnya sebab nk bg org mkn tmbh2 muslimin yg memang terror masak..kang tak pasal2 kena komplen...


esoknya, ana masak lg..hee..bes betul bila dpt turun dapur..menunya tomyam...tp ana yakin smua org reti buat tomyam..bukan susah pun..masuk2 rencah2nya..siap la..
hm..waktu mkn tghari after KD yg disampaikan oleh ust Dzulkhairi...at first memang hajat nk jamu ust dzul makan tp ust dzul mnolak sbb dia perlu bergegas pulang..alangkah btuahnya ana kalau ust dzul jamah mskn ana..sb? ust dzul kan antara aktivis grkn..jd, mknn yg ana msk tu akn meresap dlm darah dging seorg pejuang! ..tp ana redho dgn ktentuanNYA.
apapun, kali ni ja masak sedap..lain kali fhm2 la..mana boleh demand sgt menunya..bg makan nasi ngan kobis mentah ja..

teringat b4 program tam ada mintak tukar posisi tugas..tp ana yakinkan jg tam sbb dia mampu..dan ana akan bntu dia mmasak..that's why ana hanya tolong memasak saja..sbb ana tahu tam pakar dlm bab buat2 air..amal jama'ie la katakan..alhamdulillah.. ana puas dpt masak mknn utk diisi perut2 shbt yg menuntut ilmu dalam pjalann juang ini..

moga msakan ana memberi kekuatan kpd mrka utk teruskn bjuang...
apapun..salam imtihan~

Thursday, October 30, 2008

EXAM moDE








Assalam.. minggu ni memang betul2 killer..bagi yg baru nk mengisi otak dgn ilmu2 utk menghadapi exam spt ana ni, betul2 berubah..siLENt MOdE! ana betul2 harap dpt manfaatkn study week ni..ya Allah, Engkau Permudahkanlah urusanku jg sahabat2ku. Allahu yassir wala tu'assir... "ssiapa yg membantu agama Allah..insyaAllah Dia akan bntu kita.." indah saat bersama shbt...PRK yg lalu betul2 kami peruntukkan masa utk juang PR..tp utk akademik kali ni, jg perlu struggle...terngiang2 kata2 ust Dzul smasa simposium tarbiyyah yg lalu:" Jmaah no 1, akademik bukan no 2,3,4 atau ......, tapi akademik adlh AgEnda jmaah.."




ye...tiap ahli jmaah perlu sedar itu..memang kadang2 tu akademik ntah kmana bila terlalu giat gerakkerja...tapi itu bukanlah contoh terbaik.. la budda. akademik tetap penting utk kesinambungan J jg dakwah..org sekeliling akan menilai kita..




tambah2 yg berkopiah dan bertudung labuh..nak tak nak, org skeliling tetap akan mmandang gerak laku jg penonjoln kita..melalui apa? especially akademik la..kat sini kita kena fhm betul2..jgn smpai akademik kita down, boleh mmbawa fitnah kpd jmaah, kpd Islam...jika down akademik, kena check smula diri kita, ~habbluminallah wa habbluminannas~ jgn letakkn salah itu pd J..




**************




teringat pada satu pertemuan..hampir sebulan yg lalu..JMK kolej (...) menjemput dengan hormatnya MT surau al falah KZ&KAB utk meeting bersama..bayangkan 4 org MT surau meeting bersama smua JMK(jawatan mahasiswa kolej) kolej tersebut..pertama kali pulak tu..ana kaget jg sbb tak pernah2 mrk nk meeting ngn kami...kami sambut baik pelawaan mrk..mula saja meeting, ana tersenyum sndiri dgn topik2 yg dibangkitkan..agak kurang matang..tp ana betul2 puji mrka kerana berani utk duduk satu halaqah utk bincangkn apa yg tersimpan d hati mereka..hee..surprise pulak...act, ana pun agak terkejut dgn persoalan yg dilontarkan..antaranya,




~knp yg tudung2 labuh ni tak boleh nk 'get close' ngan tudung biasa...?




~knp yg tudung2 labuh(geng2 surau) tak penah turun kat kawasn muslimin duk siang daging bersama2 dgn JMK muslimat yg lain..




~knp mst ada perbezaan ant tudung labuh ngn tudung biasa...knp adaorg gelar yg alim ni 'islamic' yg kurang alim 'tak islamic' sedangkn smua tu islam?




~knp yg muslimat surau ni tak p tolong basuh periuk besar2 after program......(pertanyaan dr muslimin JMK)




ish2 smua tu tuju kat muslimat surau..soalan yg tak mature..aduh...tergelak sendiri kami bila dilontarkn soalan2 bgitu..apepun trm kasih ats persoalan mrk yg diluahkn setelah disimpan lama dilubuk hati..heh..




at fisrt, nak ja ana jwb stiap soalan tu sbb mmg ada jwpn dr km tp 'senyap itu lebih baik drpd bertikamlidah'




kalau tgk pd persoalan2 diatas, betul2 terkena btg hidung mrk balik..sbb mrk dah tahu smua tu tak elok..tambah2 bab basuh periuk or potong daging..potong daging tu bukan kami tak mahu tolong tapi tempat muslimat JMK duk siang daging tu tempat muslimin duk buat kerja jg...kena fhm la, 'menjaga' tu mcm mana..spatutnya mereka kena ikut km duk blah muslimat, ptong2 n hiris2 bwng kat kawsn muslimat..TAPI, ana tak la jawab bgitu..bimbang perang besar pula sbb mereka pun dah tahu jwpnnya, tapi masih bertanya..ish2..kalau bab basuh periuk pula, kami yg muslimat ni duk la 'tonyoh=sental' periuk2 besar tu penat2..dikatanya tak basuh periuk? takkan la kami nk basuh depan muslimin..dpn mereka..mestila kami buat masa takda muslimin..maklumla,..periuk besar..fhm2 la tingkah kita jk basuh hok besar..seksi kan..ish2..sabar ja..








aapa pun km tak biar persoalan tu tanpa jwpn..setiap dari kami memberi respon..and hope respon terbaik utk mereka..








apa pun. utk jwb persoalan gini mmg takkn sudah smpai pg pun, ana tinggalkn kata2 akhir kpd mrk, mengalu2kan JMK sekalian join 'rakan muslim super' yakni satu halaqah pengisian berbentuk usrah utk sama2 rapatkn ukhwah jg jk masih ada persoalan berbaki..hope mrk terbuka hati utk sertai kami..sama2 'get close'.......








**************




pertemuan itu jg persoaln yg dilontarkn betul2 berbalik kpd kita yg ingin berdakwah..cara jg tingkah kita yg sentiasa mnjadi perhatian org di luar..jadi, ayuh shbt2 kita perbaiki smula cara pergaulan kita..bagi yg muslimat...mesra2 lah bersama muslimat2 yg lain...muslimin pula bersama muslimn..cara yg syar'ie..bukan ikut nafsu..bergaul tnpa batas..na'uzubillah....sayanglah kpd mrka yg diluar sana agar sama2 ditarbiyyah dgn islam yg sbnrnya..slari dgn redhoNYA...insyaAllah...








ana syg smua shbt muslimat...tak kira apa pun lagak jg gayanya...^_^




~~~pandanglah smua org dgn pandangan kacamata dakwah>>>




Wednesday, October 22, 2008

PRK 08 UPSI


Alhamdulillah walillahilhamd..setelah seminggu bergerak kerja utk PRK, akhirnya slesai jg minggu yang gentir bg pihak2 yang begitu komited..kenangan PRK kali ini memang akan tersemat di ingatan kerana ia adalah PRK yang terakhir bagi mahasiswa yang akan tamat blaja..juga bg ana dan shbt2 yang sama sem kerana polisi terbaru, kami terpaksa praktikum semasa sem 7..dan pada masa itu adalah PRK akn dtg..
sedihnya. ini adalah kali kedua ana bergerakkerja dlm PRK…apepun, saat2 bergerak kerja dlm PRK kali ni memang betul2 indah..berbanding PRK lepas..paling puas hati bila dapat promote calon depan kelas..almaklumla..wakil calon..teringin gak nk berucap mcm calon..actually, PRK kali ni melarang utk calon mahupun wakil calon berkempen(berucap) dlm lecture kerana mendapat teguran mngganggu lecture.. apepun, perancangan Allah molek blaka..satu hari tu, lecturer ana minta semua student dalam klas utk mengajar something utk tgk softskill…at last, dia open kan topic bebas..asalkan setiap pelajarnya bercakap (speaking in English) di depan…ape lagi, ana ambil la peluang utk promote calon…semangat tul..puas smpai lecturer pulak suruh behenti..actually, ana terangkan pd kwn2 cara2 mengundi kerana dah tahu, rata2 student kat sini tak ambil tahu pun pasal PRk..tambah2, siapa calon2nya..lagila bo layan..alhamdulillah Allah mudahkan urusan….tercapai jugak hajat utk promote dlm kelas…

Wednesday, October 8, 2008

untukmu wanita


Peringatan Untuk Wanita..
Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW.
Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:
"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.
"Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.
Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:
Contoh 1 Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya.
"Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.
Contoh 2 Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis.
"Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'.
Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab). [Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun'>
Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.
Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."
Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

sekian,wallahu'alam.