Tuesday, November 17, 2009

Tasji'



Andai diumpama Islam seperti sebuah bangunan usang yg hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bg mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dgn ramainya bilangan mereka.. Tetapi aku ingin hati-hati yg IKHLAS utk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yg tersergam indah. – Mursyidul Am ikhwanul muslimin As-syahid Imam Hassan Al-Banna

Wednesday, November 4, 2009

rapatkan saff mantapkan ukhwah

Rapatkan Saff
Mantapkan Ukhuwwah
Melandasi Etika
Memacu Gerakkerja


1. Kewajipan ternyata lebih banyak dari masa yang ada pada kita. Justeru itu, jangan lengah, alpa dan bersahaja. Sebaliknya tangkas, tuntas dan cergas.


2. Jangan buka terlalu luas ruang untuk berkhilaf kerana disana terlalu banyak sudut yang boleh kita bersama.


3. Padam secepat mungkin api fitnah yang semakin merebak dan membinasakan jamaah. Sebaliknya, segeralah nyalakan obor persaudaraan [ ukhuwwah fillah ] dan sematkan jiwa berjuang untuk menjulang panji perjuangan ke arah membina negara Toiyyibah [ sejahtera ] dan mengharapkan curahan Maghfirah [ keampunan ]


4. Peliharalah wadah perjuangan suci ini daripada panahan syaithan dan racun iblis agar ia tidak musnah binasa. Korbankanlah perasaan dan apa jua kepentingan diri dan dunia kita andai ia membuatkan jamaah terpelihara, lantaran pengorbanan adalah syarat kemenangan bagi perjuangan suci ini.


5. Mengorbankan tenaga, masa dan wang ringgit barangkali mudah bahkan jauh lebih mudah berbanding korban perasaan terutama saat berdepan keputusan yang tidak memihak kepada kemahuan dan keinginan kita. Sungguhpun demikian, mengorbankan perasaan untuk menerima keputusan mesyuarat [ syura ] sebagai contoh, adalah sebahagian dari ketaatan yang dituntut oleh syara' biar dikala sukar dan getir.


6. Suatu yang paling bernilai dan penting dalam jamaah kita ialah persaudaraan [ ukhuwwah fillah ] dikalangan kita. Ukhuwwah yang diperkaya dengan nilai mahabbah [ kasih sayang ] dan tasaamuh [ tolak ansur ] yang tinggi. Jauh dari bayangan hasad dengki, dendam dan khianat.


7. Seketika jamaah kita terpaksa mengharungi zon sukar. Badai yang mampu menghancurkan seluruh struktur utama jamaah, jika pemimpin dan anggota tidak benar - benar mempertahankannya dengan semangat cintakan Islam dan jamaahnya.


8. Jamaah yang benar dan suci ini mengundang dendam dan cemburu yang sungguh dahsyat dari musuh durjana. Inilah yang telah didedahkan oleh Allah swt di dalam kitab suciNya. Kelicikan mereka dengan bara dendam yang tidak kunjung padam terhadap cita - cita perjuangan Islam ini bisa sahaja membuatkan mereka berani dan nekad menyusup masuk, menyelinap dari celah saf pejuang - pejuang kita lalu membisikkan sejuta fitnah yang menjarakkan mereka malah mencetus sengketa.


9. Sejarah semalam memang masih membekas bahkan pedihnya masih terasa angkara panahan fitnah. Namun bukankah kita selalu dituntut agar berkorban demi perjuangan? lalu, lupakan lah sengketa lama dan padamkan lah api kebencian. Kita tautkan kembali ikatan ukhuwwah yang longgar akibat gegaran semasa melintasi zon sukar tersebut. Kini kita fokus tanggungjawab dan amanah perjuangan yang belum selesai ditunaikan. Mentari esok masih sedia menyinar. Terpulang kepada kita, apakah mahu terus melangkah atau kita masih tidak mahu mengalah.


10. Fikirkan masa depan perjuangan ini buat generasi akan datang. Janganlah kita rosakkan segalanya kerana mengidam sebuah kepuasan yang belum pasti. Hulurkan tangan kalian, kita bersilang menderap langkah tanpa menoleh lagi mengenang tragedi silam demi masa depan Islam yang gemilang. Ayuh , kita hadapi musuh tanpa ragu !

sumber>dppp

Tuesday, September 8, 2009

SELAWAT TAFRIJIYAH



''YA ALLAH! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraaan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatangi semua hajat dan diperoleh semua pemberian dan Husnul Khotimah (sempurna akhir hayatnya) dan turunkan siraman medung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui olehMu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam..''

************************************************************************************



**fastabiQul khoirat**

ALLAHU'ALAM



Friday, August 21, 2009

..::musibah..UJIAN ALLAH::..

assalamualaikum wbt



Alhamdulillah, setelah beberapa hari sahabt saya terlantar di hospital akibat kemalangan, Allah ruangkan juga saya untuk menjaganya. Pada awal mendapat berita kemalangan aisyah dan iman, saya agak kurang terkejut malah tersenyum kagum dengan aisyah kerana ini bukan kali pertama dia xcident, dah beberapa kali…terdetik dalam hati tak serik betul aisyah..memang tabah dan bersemangat untuk bawa motor..

teringat seawall aisyah berjinak2 dengan motor.. kali pertama aisyah ingin belajar bawa motor semasa di baitulzahra. Pada masa itu, saya dan aisyah ingin balik ke kolej setelah menghantar barang ke baitulzahra. Tiba2 aisyah menyatakan hasratnya nak cuba bawa motor..berkobar2 betul dia nak blajar bawa motor.=)saya betul2 suka bila aisyah nak cuba bawa motor kerana jarang sahabat2 sabah sini yang bawa motor. Dengan yakin, saya menyerahkan kunci motor untuk aisyah bawa tapi bukan bawa sampai ke kolej, sekadar round2 kawasan perumahan di situ. Yang penting saya tak brada di atas motor=) sebelum itu, saya ajar sket cara2 nak masukkan gear dan brek. Tersenyum lebar aisyah masa tu bila dapat blajar. walaupun Nampak agak kekok aisyah meng’control’ motor, tapi semangatnya mengatasi kekagetannya brada di atas motor. Sepanjang tempoh itu juga, saya sebenarnya tidak tenang kerana bimbang jika terjadi apa2. Saya yang tidak brada di atas motor pun berpeluh2 tengok aisyah bawak..tekak pun hampir kering kerana duk terjerit2 bg pesanan pada aisyah. Mngalahkan ajar budak bawa basikal=) setelah puas aisyah bawa motor, dia pun berhenti menyerahkan pada saya, tapi belum sempat saya mendapatkan motor, aisyah membawa motor itu terbang bersama2 aisyah menghempas pokok bunga di kawasan perumahan situ. Rupanya, semasa turun dari motor aisyah terlupa nak turunkan gear dan dalam masa yang sama dia masih pegang pemulas minyak mnyebabkan aisyah terpulas dan terbang bersama motor tu. Subhanallah. Terkejut dan bimbang betul pada masa tu. Alhamdulillah tiada apa2 kecederaan. Kebetulan pada masa tu ada jiran2 duk sembang kat luar, semua terkejut dan datang menghampiri aisyah.. nasib baik bukan polis.. apapun, itulah kali pertama aisyah menyesuaikan diri dengan motor. Yang penting, mungkin pengalaman pertama itu menyebabkan dia dah ter’imune’ dengan kecederaan bila xcident=)

setelah sampai di hospital teluk intan semalam dan bila melihat keadaan aisyah, saya betul2 sebak. Saya dapat merasakan betapa susahnya aisyah dalam setiap gerakannya. Mana taknya, bahu aisyah patah dan lututnya retak. Kalau nak ikutkan konsep momentum dan inertia, biasanya yang membawa motor tu kurang kecederaan berbanding yang berada di belakang. Apapun, itulah KuasaNYA Allah. apa2 pun tidak mustahil. Tiba giliran saya dan gee menjaga aisyah di situ. Pada malamnya, aisyah agak sakit. Mungkin sebabkan petang tu aisyah terlalu banyak gerak.. terasa nyilu bahagian bahu yang patah. Alhamdulillah sakit aisyah semakin surut setelah doctor bagi ubat penahan sakit. Saya dan gee juga membacakan surah yaasin dan beberapa surah lain bagi mengurangkan bebanan aisyah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Kami juga berbual macam2 hal perkembangan gerakkerja dan …. Dengan tujuan mengurangkan kesunyian aisyah. Alhamdulillah keesokan harinya, aisyah semakin selesa dengan keadaannya, kurang sakit sebab dah limitkan pergerakkan aisyah. Staf2 kolej dan pengetua kolej pun datang melawat. Lewat petangnya, saya dan gee brangkat pulang ke UPSI dan diganti pula oleh 2 org sahabat lain menjaga aisyah..

"Allah tidak memberati seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (Al-Baqarah: 286)



jika dilihat apa yang berlaku pada sahabat saya, kita akan kata ia adalah ujian dari Allah buat aisyah. Tapi bagi saya ia merupakan ujian dari Allah buat kami juga. Bagi aisyah, mungkin Allah nak uji sabar aisyah dan sejauhmana aisyah redha dengan apa yang berlaku tanpa keluhan tapi bagi kami sahabat2, mungkin Allah nak uji sejauh mana ukhwah yang kami bina ni, sejauhmana tadhiyah kami terhadap ukhuwah kami, dan mungkin peringatan bagi kami(muslimat) yang suka sangat merempit. Musibah dari Allah tidak mengenal masa mahupun tempat. Insyaallah. Apapun, moga semua ambil iktibar dari apa yang berlaku.

Daripada Abdullah bin Amr r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Orang-orang yang bersifat kasihan, dikasihi oleh Yang Maha Mengasihani. Kasihanilah mereka yang ada di bumi, nescaya yang ada di langit akan mengasihinya.” (Hadith Riwayat Abu Daud dan Al-Tirmizi)



Jika kita kaitkan pula dengan kematian mahupun kemalangan teruk, hakikat kita tidak tahu bila dan dimana kita akan ditimpa ujian sebegitu dan adakah persediaan kita telah cukup untuk menghadapi kematian?? Boleh jadi selangkah kita selepas ni adalah langkahan terakhir buat hayat kita? Telah banyak peringatan2 dari Allah menunjukkan kemurkaan Allah pada umat akhir zaman ini. Namun, masih ramai di antara kita yang masih leka dengan kesibukan dan keindahan duniawi tanpa menghiraukan hal2 ukhrawi. Jika kita imbas, sebelum ni dunia dilanda tsunami yang mana kemusnahan dan kehancurannya jelas. Sekarang dating pula H1N1 yang mana kita tak Nampak tapi cukup jelas kesannya. Sejauhmanakah kita ambil cakna terhadap peringatan Allah??? **muhasabah**

~mohonlah pada Allah dengan sabar dan solat~

SALAM RAMADHAN KAREEM=) ..::Fastabiqul khoirat::..