Thursday, January 28, 2010

MAHASISWA PENDIDIK MENANG 6 KERUSI

Tanjong Malim, 28 Jan. – Keputusan Pilihan Raya Kampus UPSI untuk 15 kerusi yang menyaksikan pertandingan antara kumpulan Mahasiswa Pendidik (Pro Kebajikan) dan Pimpinan Bitara (Pro Aspirasi) menyaksikan kemenangan menyebelahi Pimpinan Bitara dengan 9 kerusi berbanding 6 Mahasiswa Pendidik.

Daripada 15 kerusi yang diadakan pengundian, 5 adalah kerusi umum di mana 3 daripadanya dimenangi Pimpinan Bitara dan kedua-dua calon yang dihantar Mahasiswa Pendidik menang dua kerusi tersebut.

Bagi kerusi Fakulti Bahasa, kedua-dua kerusi dimenangi calon Mahasiswa Pendidik yang menyaksikan pertembungan 4 calon – 2 daripada Mahasiswa Pendidik dan 2 Pimpinan Bitara. Kerusi tersebut pada sesi sebelum ini dimenangi calon Pimpinan Bitara dengan kemenangan tanpa bertanding.

Di Fakulti Perniagaan & Ekonomi (FPE) dan Fakulti Seni & Muzik (FSM) pula, calon Pimpinan Bitara bertanding sesama sendiri dan menguasai kesemua kerusi yang dipertandingkan apabila tiada calon yang dihantar Mahasiswa Pendidik.


Bagi Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK) calon Mahasiswa Pendidik dan Pimpinan Bitara masing-masing menguasai satu kerusi dengan pertandingan 2 lawan 2.

Manakala Fakulti Sains & Teknologi pula, satu-satunya calon Mahasiswa Pendidik menang satu daripada 2 keusi yang dipertandingkan. Calon Pimpinan Bitara juga berjaya merampas satu kerusi tersebut yang sebelum ini dikuasai Pro Kebajikan menjadikan kedudukan di kfakulti tersebut 1 Mahasiswa Pendidik dan 1 Pimpinan Bitara.

Daripada keseluruhan keputusan pengundian yang diadakan hari ini, Mahasiswa Pendidik berjaya mendapat 6 kerusi manakala Pimpinan Bitara 9 kerusi.

http://www.upsikini.blogspot.com/


Tuesday, January 26, 2010

vOtE 4 'MAHASISWA PENDIDIK'



KHAMIS: 28 januari 2010, akan dijalankan pilihanraya kampus UPSI
Harapkan semua warga UPSI dapat turun mengundi bagi menunaikan kewajipan memilih calon dan bakal MPP sesi akan datang yang berketrampilan, amanah, berakhlak dan bertanggungjawab. Selamat mengundi!







Thursday, January 14, 2010

..:hadis tenang:..



RasuluLlah SAW sering terlihat berdua bersama si kecil Abdullah bin Abbas. Suatu ketika, misalnya, RasuluLlah SAW mengajak Ibnu Abbas RA berjalan-jalan seraya menyampaikan tarbiyahnya kepada pemuda cilik ini:



"Ya ghulam, maukah engkau mendengarkan beberapa kalimat yang sangat berguna?



Jagalah ALlah SWT (ajaran-ajaranNya), maka engkau akan mendapatkanNya selalu menjagamu. Jagalah ALlah SWT (larangan-laranganNya), maka engkau akan mendapatkanNya selalu dekat di hadapanmu. Kenalilah ALlah dalam sukamu, maka Allah akan mengenalimu dalam dukamu. Bila engkau meminta, mintalah kepada ALlah. Jika engkau memerlukan pertolongan, mohonkanlah kepada ALlah. Semua hal (yang terjadi denganmu) telah selesai ditulis. Ketahuilah, seandainya semua makhluk bersepakat untuk membantumu dengan apa yang tidak ditaqdirkan ALlah untukmu, mereka tidak akan mampu membantumu. Atau bila mereka berkonspirasi untuk menghalangi engkau mendapatkan apa yang ditaqdirkan untukmu, mereka juga tidak akan dapat melakukannya. Semua aktivitimu kerjakan lah dengan keyakinan dan keikhlasan. Ketahuilah, bahwa bersabar dalam musibah itu akan memberikan hasil positif; dan bahwa

kemenangan itu dicapai dengan kesabaran; dan bahwa kejayaan itu sering dilalui lewat tribulasi; dan bahwa kemudahan itu tiba setelah kesulitan.



[Hadist Riwayat Ahmad, Hakim, Tirmidzi]

Tuesday, January 12, 2010

muhasabah di atas pemergian..

Saat dikejutkan dengan berita kemalangan dua sahabat dalam jam 5.15 pagi 25 muharram baru ni, saya dan juga sahabat yang lain terpinga dan tersentap, hanya doa sepanjang saat menanti berita-berita yang menyusul. Selesai solat subuh, saya dan sahabat2 yang lain segera bertolak ke hospital slim untuk menziarah allahyarham faizol dan fadhiri. Alhamdulillah, tika sampai di hospital, sempat kami melihat akh fadhiri yang telah berada dalam ambulans untuk di bawa ke hospital teluk intan. Terngiang2 suara arwah ketika di dalam ambulans yang mengadu sakit ketika jururawat menekan dadanya. Tergambar kesakitan yang dirasa mungkin juga saat2 akhir telah arwah rasakan masa tu. Setelah ambulans bergerak, kami smua menuju ke bilik mayat untuk melihat allahyarham faizol. Hanya Allah yang Maha Mengetahui sebak hati kami tika itu atas kehilangan ‘adik bradik’ sperjuangan yang disayangi. Subhanallah, raut muka arwah masih tidak berubah walaupun kemalangan agak teruk, kerana pada bayangan saya, kebiasaan bila kemalangan motor ngan lori, mangsa teruk cedera especially kepala yang hancur dan sebagainya. Alhamdulillah, Allah menjaga raut bersih wajah arwah. Bagi adik beradik ‘jf’, mungkin saat ini masih terngiang2 suara arwah faizol yang menyanyikan lagu ‘putriku sayang’ buat muslimat jf. Hadiah terakhir arwah….”aduhai muslimahku sayang…”

saat kesedihan menusup, rindu Rasulullah s.a.w tiba2 menyelubungi jiwa...

akh faizol



akh fadhiri



Lebih kurang jam 9.40 pagi, saya dan sahabat muslimat yang lain bergegas pulang ke baituzzahra untuk bersiap ke hospital teluk intan dan terus ke Kelantan, namun sekitar jam 1030 ketika kalut bersiap, kami digemparkan pula dengan pemergian akh fadhiri. Ya Allah. Hanya Dia yang tahu perasaan kami tika mendengar khabar itu. Kehilangan dua adik beradik yang disayangi. Kemudian, kami bergegas untuk ke teluk intan, tapi, terpaksa berpatah balik ke kolej untuk sama2 solat jenazah arwah ust.faizol di surau alfalah ba’da zuhur. Selepas saja solat jenazah, kami semua berangkat ke Kelantan untuk ke rumah arwah fadhiri sebelum dikebumikan. Keesokannya kami menziarahi kubur arwah fadhiri dan arwah faizol sebelum berangkat pulang ke tg malim.

Alfatihah buat Almarhum Mohd Fadhiri bin Mohd Ariffin dan Almarhum Mohd Faizol bin Abd Shukor.



Sama-sama kita doakan moga roh mereka ditempatkan dikalangan orang beriman dan soleh. Ameen. Hanya untaian doa yang arwah harapkan untuk terus mengiringi mereka di destinasi yang ABADI. Sisa kekuatan yang masih berbaki tetap perlu digagahi untuk meneruskan matlamat perjuangan. Yang pergi tetap pergi, yang tinggal tidak boleh terus meratap kesedihan malah perlu terus bangkit untuk meneruskan gerakkerja seperti biasa kerana perjalanan dan matlamat perjuangan masih menantikan da’ie yang tinggal untuk meneruskan usaha dakwah Rasulullah s.a.w.



Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata hamba-Ku?”Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.”

(at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)



Diriwayatkan dari Saidina Ali k.w katanya: Ketika aku mengiringi jenazah di perkuburan Baqi' al-Gharqad (di Madinah). Lalu Rasulullah s.a.w menghampiri kami lantas baginda duduk dan kami juga duduk di sekitarnya. Baginda memegang sebatang tongkat dan menghentakkan tongkat itu ke tanah. Baginda kemudiannya menggariskan tanah dengan tongkat tersebut dan bersabda: Setiap orang dari kamu, setiap jiwa yang bernafas telah ditentukan oleh Allah s.w.t tempatnya di Surga atau di Neraka. Begitu juga nasibnya telah ditentukan oleh Allah s.w.t, apakah dia mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Saidina Ali k.w berkata: Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Kenapa kita tidak menunggu ketentuan kita terlebih dahulu kemudian barulah memulakan amal ibadat? Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang termasuk dalam golongan yang mendapat kebahagiaan, sudah pasti dia mudah melakukan amalan golongan bahagia. Begitu juga sesiapa yang termasuk dalam golongan yang mendapat kecelakaan, dia juga sudah pasti mudah melakukan amalan golongan celaka. Baginda bersabda lagi: Lakukanlah amalan kerana segala-galanya dipermudahkan. Golongan yang mendapat kebahagiaan akan dipermudahkan melakukan amalan golongan yang mendapat kebahagiaan. Manakala golongan celaka pula akan dipermudahkan melakukan amalan golongan celaka. Seterusnya baginda membaca ayat Yang bermaksud: Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa dengan mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya serta dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan memberikan dia kemudahan untuk mendapat kesenangan Surga. Sebaliknya orang yang bakhil dari berbuat kebajikan dan merasakan cukup dengan kekayaannya dan kemewahannya serta dia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan.





Tertulis kematian

Pada suratan kehidupan

Namun hanya ALLAH yang tahu

Bilakah ajal bakal bertamu



Detiknya menghampiri

Tanpa petanda yang menanti

Bila tiba saatnya nanti

Tak siapa dapat melarikan diri



Itu hakikat dan kepastian

Hadirnya tidak pernah kita alukan

Tua dan muda, miskin dan kaya

Semua insan pasti melaluinya



Sakit dirasa tidak terkata

Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya

Hanya amalan bisa redakan

Bebanan derita di ambang kematian



Denyutan nadi akhirnya terhenti

Bersama nafas yang tak terhela lagi

Kerana jiwa meninggalkan pergi

Pulang kembali untuk menghadap Ilahi



Dari ALLAH kita datang,

KepadaNya kita pasti pulang



Detiknya pasti tiba

Adakah kita bersedia?

Saturday, January 9, 2010

..::Pesanan Rasulullah SAW::..

Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Ahmad diceritakan bahwa Ketika hari keberangkatan Muadz bin Jabal untuk berdakwah ke Yaman telah tiba, rasa berat meninggalkan kampung halaman apalagi harus berpisah dengan Rasulullah membuatnya menangis. Rasulullah kemudian bertanya: “Mengapa engkau menangis?”. Muadz menjawab: “Wahai Rasulullah, aku menangis kerana akan berpisah denganmu”.

Menghadapi kenyataan ini, maka Rasulullah saw berpesan kepada Muadz yang sekaligus berpesan kepada kita semua. Baginda bersabda:

Janganlah bersedih, kerana sesungguhnya bersedih itu datangnya dari syaitan. Wahai Muadz, bertaqwalah kepada Allah dimanapun engkau berada, ikutilah keburukan dengan kebaikan, niscaya kebaikan akan menghapuskannya, dan bergaullah kepada orang lain dengan akhlak yang baik. Wahai Muadz, ingatlah selalu kepada Allah azza wa jalla, baik ketika berada di daerah bebatuan, daerah penuh pepohonan maupun daerah perkotaan. (HR. Ahmad danTirmidzi)

Dari hadits di atas, dapat kita simpulkan bahwa untuk menjalani kehidupan dengan baik, Rasulullah saw berpesan empat hal kepada kita yang harus kita laksanakan dalam hidup ini.

Taqwa mempunyai pengertian yang luas. Dalam taqwa terkandung sikap hati- hati, bahkan takut jangan sampai melanggar larangan dan mengabaikan kewajiban. Sikap hati-hati itulah yang dapat mengaturkan manusia pada keselamatan hidup, baik selagi di dunia hingga di akhirat.

Suatu ketika sahabat Umar ra bertanya kepada Ubay bin Ka’ab apakah itu taqwa? Dia menjawab; “Pernahkah kamu melalui jalan berduri?” Umar menjawab; “Pernah!” Ubay menyambung, “Lalu apa yang kamu lakukan?” Umar menjawab; “Aku berhati-hati, waspada dan penuh keseriusan.” Maka Ubay berkata; “Maka demikian lah taqwa!”

Hakikat taqwa adalah kesungguhan dan berhati-hati terhadap apa yang dilarang Allah swt. Berhati-hati dalam mengatur hidup meninggalkan yang haram, melaksanakan yang wajib dan sunat. Orang yang bertaqwa adalah orang yang sungguh –sungguh untuk menjauhi segala larangan Allah dan berhati- hati sekali supaya tidak terjerumus di dalamnya.

Ketiga ialah ‘ikutilah keburukan dengan kebaikan’. Rasulullah memberikan gambaran, "Shalat lima waktu, Jum'at ke Jum'at, dan Ramadhan ke Ramadhan, menghapuskan dosa yang terjadi antara itu semua, asalkan tidak berbuat dosa besar." (HR. Muslim)

Untuk dosa besar memang ada catatan khusus. Wudhu', shalat, puasa, zakat, dan segala amalan kebaikan belum tentu dapat menghapuskan dosa besar secara automatik. Masih banyak jalan lain yang harus ditempuh, bahkan kadang harus menjalani ujian/hukuman langsung semasa masih hidup di dunia ini. Ada satu lagi cara Allah menghapuskan dosa atau kesalahan seseorang, iaitu dengan memberinya musibah. Sekecil apapun musibah yang diberikan kepada seseorang, tertusuk duri, misalnya, pasti ada kaffaratnya. Dalam hal ini Allah mengganti musibah itu dengan pengampunan jika musibah itu diterima dengan sikap sabar dan tawakkal.

Rasulullah bersabda, "Seorang mukmin tidak ditimpa kesedihan, duka cita, dan penyakit, bahkan gangguan yang berupa duri yang menusuknya, melainkan semua itu akan merupakan penebus kesalahan- kesalahannya." (HR. Bukhari dan Muslim)

Jika kesalahan-kesalahan yang kita lakukan kepada Allah bisa dihapus dengan berbagai amalan kebajikan, iaitu dengan memperbanyak ibadah dan amalan baik lainnya, maka kesalahan kepada manusia yang berupa pelanggaran hak-haknya, itupun dapat dihapuskan dengan cara yang sama. Pertama, meminta maaf kepada yang bersangkutan. Kedua, menyertakan kebaikan setelah kesalahan. Orang akan menerima permohonan maaf kita dengan lapang dada jika nampak ada i'tikad baik dari kita untuk memperbaiki diri dan tidak mengulangi kesalahan yang sama. Sebaliknya, biar kita minta maaf beribu kali tapi jika tidak nampak ada i'tikad baik, maka permintaan maaf itu akan disambut dengan dingin, bahkan ditolak mentah-mentah.

Perbuatan baik kepada orang lain adalah mempergauli manusia dengan baik yakni pesanan Rasulullah S.A.W yang keempat. Kebaikan yang dimaksud di sini adalah akhlaqu karimah. Kepada yang kecil kita menyayangi, kepada yang lebih tua kita menghormati. Itulah hak orang lain atas diri kita. Kewajiban kita adalah melaksanakan hak-hak tersebut. Dalam rangka mempergauli manusia dengan akhlak yang baik, telah diatur dan dicontohkan bagaimana suami harus berakhlak baik kepada isteri, begitu juga dengan isteri kepada suami. Orang tua harus berakhlak baik kepada anak, begitu juga dengan anak kepada orang tuanya dan begitulah seterusnya harus berakhlak baik kepada sesama manusia seperti kepada tamu, tetangga dan yang pentingnya mad’u. Akhlak yang baik pada diri kita merupakan cermin dari keimanannya yang sempurna=)

Allahua’lam


Thursday, January 7, 2010

perjalanan::...



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Segala pujian hanya bagi ALLAH swt, Tuhan yang Esa, Tuhan yang mencipta, memiliki dan mentadbir sekalian alam, Tuhan yang memiliki nama-nama yang baik. Selawat dan salam kepada Rasulullah saw yang diutuskan untuk membimbing manusia ke jalan kebenaran, jalan menuju keredhaan ALLAH swt.



Setelah sekian lama membiarkan blog sepi tanpa entry baru, tergerak hati untuk mencoretkan sesuatu. Mungkin juga sengaja saya biarkan entry blog ni sunyi kerana tidak berkesempatan untuk luangkan walaupun banyak yang ingin di kongsi namun ia terabadi dengan gerakkerja yang lebih memerlukan. Alhamdulillah, segala perancangan ahli ‘jailulfateh’ untuk membantu adik2 dipermudahkan. Perancangan demi perancangan. Bagi saya, musim cuti kali ni sementara menunggu saat praktikal di klang nanti adalah sesuatu yang sukar dilupakan. Mungkin ini dikatakan ukhwah ‘adik beradik’. Syukur lillah, mungkin takdapat dikongsi di sini namun moga segala gerakkerja jailulfateh dan adik bradik2 ‘iman’ mendapat perlindungan Allah. Insyaallah.



Walaupun sibuk dengan gerakkerja di bumi ‘london’, Allah ruangkan masa utk saya dan dan dua sahabat menyelesaikan misi mencari rumah sewa utk praktikal. Tidak disangka juga walaupun saat2 gerakkerja yang begitu mememrlukan, Allah masih bagi nikmat mengembara yang sukar dilupakan. Bukan makna nak ‘skip’ tanggungjawab tapi saat mencuri masa utk setle kan rumah sewa, Allah datangkan nikmat mengembara+musafir. Perancangan Allah melebihi dan mendahului perancangan hamba. Jika sebelum ni, pernah merancang dengan sahabat sperjuangan utk menCARI sedikit masa utk mengembara namun tidak menjadi atas masyaqoh dan hal2 yang lebih memerlukan/aulawiyat. Syukur lillah.



Apapun, bagi yang suka mengembara, jangan sekadar niatkan pengembaraan anda sebagai satu hobi untuk mencari ketenangan mahupun keseronokan, tapi, jadikan niat mengembara kerana Allah, insyaallah kita akan dapat sesuatu lebih dari yang kita hajatkan.=)



Ambillah pengalaman dan pengajaran bagi setiap apa yang berlaku sebagai persediaan dan muhasabah hari mendatang.



Allah Swt. telah berfirman : Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang fasiq” (Al-Hasyr : 18).



Ayat diatas menunjukkan perintah bertaqwa kepada Allah dan dilanjutkan dengan perintah untuk bermuhasabah.

Mungkin saat2 awal tahun ini, banyak perancangan2 yang disusun bagi mencapai misi mahupun matlamat masing2, namun bagi saya juga yakin malah mungkin sama bagi sahabat2 dluar sana, tidak tunggu saat tahun baru utk men’tajdid’ niat/amalan, malah seharusnya sentiasa diperbaharui setiap detik dengan muhasabah diri.





“Orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas ampunan-Nya dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan) mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.” (Surah al-Najm: 32)



Allahua'lam