Monday, April 18, 2011

..::mode jihad::..



***Matlamat dalam perjuangan adalah untuk mencapai keredhoan Allah. Menang itu urusan Allah.***
“wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolong mu dan meneguhkan kedudukan mu” (surah Muhammad: 7)
 
Wahai kaum muslimin
Mari kita berjihad
Fisabilillah Fisabilillah
Menegak kalimah Allah
Mengumpulkan tenaga
Bersatu menegak jemaah
Ber motto kan iman
Berjuang bersama – sama
Menuju ke matlamatnya
                            
Perjuangan tidak dapat elak dari ujian
Sunnatullah yang pasti datang
Tapi itu asam garam perjuangan
Agar Allah sentiasa di dalam ingatan

Wahai kaum muslimin
Jangan takut dan gentar
Menegakkan yang haq
Membenteras yang salah
Wahai kaum muslimin
Jangan tunggu – tunggu lagi
Mari susun barisan
Membenteras kemungkaran

Ayuh mari bersama berganding bahu
Dengan semangat waja bertindak segera

Ayuh jangan tunggu – tunggu lagi
Masa tidak akan menunggu kita
Menegakkan maruah agama
Melaksanakan suruhan Nya

Saturday, April 16, 2011

..::solat berJemaah::..

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah- kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya". (asSaff:2-3) 

“ Peliharalah segala solat(mu), dan (peliharalah) solat wusthaa. Berdirilah untuk Allah(dalam solatmu) dengan khusyu’.” ( Al Baqarah : 238)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Shalatnya seseorang lelaki dalam jamaah itu dilipat gandakan pahalanya melebihi shalatnya di rumahnya secara sendirian -munfarid – atau di pasarnya dengan duapuluh lima kali lipatnya. Yang sedemikian itu ialah kerana bahwasanya apabila seseorang itu berwudhu’ lalu memperbaguskan cara wudhu’nya, kemudian keluar ke masjid, sedang tidak ada yang menyebabkan keluarnya itu melainkan kerana hendak bersembahyang, maka tidaklah ia melangkah sekali langkah, melainkan dinaikkanlah untuknya sederajat dan dihapuskan daripadanya satu kesalahan. Selanjutnya apabila ia bersembahyang, maka para malaikat itu senantiasa mendoakan untuknya supaya ia memperoleh kerahmatan Allah, selama masih tetap berada di tempat shalatnya, juga selama ia tidak berhadas. Ucapan malaikat itu iaiah: “Ya Allah, berikanlah kerahmatan pada orang itu; ya Allah, belas-kasihanilah ia.” Orang tersebut dianggap berada dalam shalat, selama ia menantikan solat jamaah: (Imam Bukhari)

Solat berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Hikmah  mengamalkannya sangat banyak yang sepatutnya direbut oleh umat Islam terutama kaum lelaki. Namun begitu, ramai dalam kalangan kita yang ambil mudah dalam perkara ini dan hanya solat berjemaah di masjid hanya ketika solat jumaat. Hal seperti ini sangatlah malang dan tidak sepatutnya berlaku:

“Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Shalat jamaah adalah lebih utama dari shalat fadz – yakni sendirian -dengan kelebihan duapuluh tujuh derajat.” – Muttafaq ‘alaih

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Ada seorang lelaki buta matanya datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: “Ya Rasulullah,saya ini tidak mempunyai seorang pembimbing yang dapat membimbing saya untuk pergi ke masjid,” lalu ia meminta kepada Rasulullah s.a.w. supaya diberi kelonggaran untuk bersembahyang di rumahnya saja, kemudian beliau s.a.w. memberikan kelonggaran padanya. Setelah orang itu berlalu, lalu beliau s.a.w. memanggilnya dan berkata padanya: “Adakah engkau mendengar azan shalat?” Orang itu menjawab: “Ya, mendengar.” Beliau s.a.w. bersabda lagi: “Kalau begitu, kabulkanlah isi azannya itu.” Maksudnya: Datanglah untuk mengikuti jamaah, kalau menghendaki banyak fadhilat. – Riwayat Muslim

Dalam dua hadis di atas, ketahuilah bahawa hatta lelaki yang buta pun digalakkan oleh Rasulullah S.A.W untuk bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid kerana banyaknya fadhilat, apatah lagi kita yang tidak cacat penglihatan, amatlah dituntut untuk bersolat berjemaah di masjid jikalau tiada halangan. Kenapa solat berjemaah ini sangat dituntut?

Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi telah bersabda :
   
Ertinya : “ Aku berniat memerintahkan kaum muslimin untuk mendirikan solat. Maka aku perintahkan seseorang untuk menjadi imam dan solat bersama manusia. Kemudian aku berangkat dengan kaum muslimin yang membawa seikat kayu bakar menuju orang-orang yang tidak mau ikut solat berjamaah, dan aku bakar rumah-rumah mereka.(HR. Bukhari Muslim)

 Abdullah bin Mas’ud Ra berkata : “ Engkau telah melihat kami, tidaklah seseorang yang meninggalkan solat berjamaah, kecuali ia seorang munafik yang diketahui nifaknya, atau seseorang yang sakit, bahkan seorang yang sakit pun berjalan(dengan dipapah) antara dua orang untuk mendatangi solat(solat berjamaah di masjid ).” Abdullah bin Mas’ud lalu menegaskan, “ Rasulullah mengajarkan kita jalan-jalan hidayah, dan salah satu jalan hidayah itu adalah solat di masjid(solat yang dikerjakan di masjid ).”( shahih muslim)

  Abdullah bin Mas’ud Ra berkata : “ Barang siapa ingin bertemu Allah di hari akhir nanti dalam keadaan muslim, maka hendaklah memelihara semua solat yang diserukanNya. Allah telah menetapkan kepada Nabi kalian jalan-jalan hidayah dan solat itu termasuk jalan hidayah. Kalau kamu solat di rumah berarti kalian telah meninggalkan jalan nabi kamu. Jika kalian meninggalkan jalan nabi kamu, maka pasti kamu akan sesat. Seorang lelaki yang bersuci dengan baik, kemudian menuju ke masjid, maka Allah menulis setiap langkahnya satu kebaikan, mengangkatnya satu darjat, dan menghapus satu kejahatannya. Engkau telah melihat di kalangan kami, tidak pernah ada yang meninggalkan solat ( berjamaah ). kecuali orang munafik yang sudah nyata dan jelas nifaknya. Perlu diketahui pernah ada seorang lelaki hadir dengan dituntun antara dua orang untuk didirikan di shaf.”
Ketahuilah, solat berjemaah itu mengingatkan kita kepada peristiwa agung yang pasti berlaku iaitu hari kiamat yang mana kita akan dikumpulkan di padang Mahsyar pada hari itu bagi menghitung amalan kita selama kehidupan kita di dunia ini. Hari kiamat akan berlaku pada hari Jumaat sepertimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah S.A.W. Hal ini kerana, perkataan jumaat itu sendiri bermaksud berkumpul atau berhimpun. Oleh sebab itulah, disyariatkan pada hari Jumaat supaya ditunaikan solat Jumaat sebagai peringatan tentang hari Kiamat; gambaran himpunan manusia pada hari itu; yang datang berkumpul secara saf; sepertimana kita berada dalam saf ketika menunaikan solat berjemaah di masjid atau surau atau musolla(tempat lapang). Nama lain bagi hari Kiamat sendiri pun ialah hari Perhimpunan atau berkumpul. Maka, jelaslah kita akan betapa pentingnya solat berjemaah ini kerana ia ternyata mengingatkan kita kepada peristiwa yang dahsyat itu lantas kita akan sentiasa mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

Firman ALLAH ‘Azza Wa Jalla:
“Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka. Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.” – Surah At Taubah Ayat 17 dan 18

Dari Ibnu Mas’ud r.a.,katanya: “Barangsiapa yang senang kalau menemui Allah Ta’ala besok – pada hari kiamat – dalam keadaan Muslim, maka hendaklah ia menjaga solat-solat fardhu ini di waktu ia dipanggil untuk mendatanginya – yakni jika sudah mendengar azan, sebab sesungguhnya Allah telah mensyariatkan kepada Nabimu semua s.a.w. beberapa jalan petunjuk dan sesungguhnya shalat-shalat itu adalah termasuk sebagian dari jalan-jalan petunjuk tersebut. Andaikata engkau semua sama bersembahyang dalam rumah-rumahmu sendiri sebagaimana shalatnya orang yang suka meninggalkan jamaah itu, yakni yang bersembahyang dalam rumahnya, niscayalah engkau semua telah meninggalkan sunnah Nabimu, selanjutnya jikalau engkau semua telah meninggalkan sunnah Nabimu, maka niscayalah engkau semua tersesat. Sungguh-sungguh saya telah melihat sendiri bahwa tidak ada seorangpun yang suka meninggalkan shalat-shalat – itu dengan berjamaah -melainkan ia adalah seorang munafik yang dapat dimaklumi ke-munafikannya. Sungguh ada pula seseorang itu yang didatangkan untuk menghadiri solat jamaah itu, ia disandarkan antara dua orang lelaki sehingga ia ditegakkan di dalam saf – karena ia mengetahui betapa besar fadhilahnya shalat berjamaah itu.” – Riwayat Muslim

Dalam kehidupan pada hari ini, tidak dinafikan bahawa kita memang sibuk dengan urusan keduniaan sama ada belajar,  mencari nafkah dan sebagainya. Namun begitu, setidak-tidaknya kita hadirkan diri ke masjid atau surau untuk bersolat berjemaah sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sehari. Waktu yang sesuai ialah Maghrib, Isya’ dan Subuh yang mana kita agak mempunyai kelapangan. Justeru, kita haruslah menggunakan kesempatan yang ada ini untuk bersama-sama mengimarahkan masjid daripada suka memberikan alasan. Apatah lagi besar fadhilatnya solat berjemaah Subuh dan Isya’.

Dari Usman r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat Isya’ dengan jamaah, maka seolaholah ia mendirikan solat separuh malam dan barangsiapa yang mengerjakan solat Subuh dengan jamaah, maka seolah-olah ia mendirikan solat semalam suntuk.” - Riwayat Muslim

Tuntutan menunaikan solat wajib secara berjemaah di masjid ini lebih kepada kaum lelaki. Sebaliknya kaum wanita boleh juga bersama-sama mengikut tuntutan ini tetapi adalah lebih baik dielakkan fitnah jikalau wujud unsur-unsur tersebut.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya pertama-tama amalan yang seseorang itu di-hisab dengannya ialah solatnya, maka jikalau baik solatnya itu, sungguh-sungguh berbahagialah dan beruntunglah ia dan jikalau rosak, sungguh-sungguh menyesal dan merugilah ia. jikalau seseorang itu ada kekurangan dari sesuatu amalan wajibnya, maka Tuhan Azzawajalla berfirman: “Periksalah olehmu semua – hai malaikat, apakah hambaKu itu mempunyai amalan yang sunnah.” Maka dengan amalan yang sunnah itulah ditutupnya kekurangan amalan wajibnya, kemudian cara memperhitungkan amalan-amalan lainnya itupun seperti cara memperhitungkan amalan shalat ini.” - Diriwayatkan oleh Imam Termidzi

..::fastabiqulkhairat::..

Friday, April 15, 2011

..::telur tiruan @ telur asli::..

Telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan.

Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya.

Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain.

Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.
Cara mengenal telur tiruan
  1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
  2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
  3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
  6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
  7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
  8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini. Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang haram dimakan oleh orang Islam.



Sebelah Kanan adalah telur tiruan dan sebelah kiri telur original


Sebelah Kanan adalah telur tiruan dan sebelah kiri telur original

Friday, April 1, 2011

..::bacalah::..

alhamdulillah..at last dapat juga lagu ni untuk smpanan peribadi..b4 ni dengar kat ikim.fm je itu pun lebih 6 tahun yang lepas..antara fav. nasyid ni...just for sharing. sumber video


Bacalah..bacalah…

Dengan Nama Tuhanmu

Bacalah Al Quran
Hatimu akan tenang selalu

Bacalah… bacalah..
Kitab Suci yang diturunkan
Kepada nabi junjungan mulia
Panduan berguna hingga ke akhirnya di sana.
Dengan membaca Al Quran
Nanti kau akan tahu
Segala suruhan tuhan yang difardhukan ke atasmu

Al Quran jadi panduan kepada setiap insan
Al Quran jadi pedoman
Janganlah kau meraguinya
Kalam suci ini.
Bacalah Al Quran dan hayati
Isilah masamu dengan membacanya
Semuanya ada di dalamnya
Kalam tuhan sirah para nabi

Jangan jadikan Al Quran sebagai hiasan
Kerana Allah murka dan berdosa pula
Banyak hikmah dan pengajaran
Jadikan teman dikala sendirian.
Al Quran jadi panduan kepada setiap insan
Al Quran jadi pedoman
Janganlah kau meraguinya
Kalam suci ini.

Bacalah… bacalah..
Kitab Suci yang diturunkan
Kepada nabi junjungan mulia
Panduan berguna hingga ke akhirnya di sana