Friday, October 28, 2011

“Sungguh, apa yang dijanjikan kepadamu pasti benar, dan sungguh, (hari) pembalasan pasti benar.” (Adz-dzariyyat: 5-6)

“Sesungguhnya hari kiamat benar-benar akan datang tidak ada keraguan di dalamnya.” (Ghafir: 59)

Jika dilihat, rata-rata keadaan disekeliling semakin menjadi-jadi dengan pelbagai gejala dan kerosakan. Baik dari sudut fizikal(facilities) mahupun dari sudut akhlak.. Pelbagai ragam sehinggakan saya sendiri terkedu dengan perkembangan remaja sekarang.

Takperlu saya bandingkan dengan kebejatan2 sosial yang berlaku nun di luar, cukuplah di sekeliling saya sendiri menggambarkan betapa parahnya keadaan anak2 remaja sekarang hasil kepincangan kepimpinan Negara yang terlalu taksub dengan harta dan kemewahan duniawi.

Pelajar saya sendiri cukup membuatkan saya terkesima, pergaulan mereka diluar, kalau disentuh bab pemakaian, bab aurat, ianyanya telah menjadi trend dan kebiasaanlah kalau pakaian ‘takcukup’ kain. Tapi yang cukup mengejutkan apabila students tingkatan satu pun dah macam2 ragam. Daripada apa diceritakan sorang student ni, mereka berlumba motor jam2-3 pagi, bila menang dan dapat duit, mereka pergi kelab malam untuk enjoy, minum ‘air kencing syaitan’ siap dengan pakej tidur dgn perempuan…(na’uzubillahi min dzalik..moga generasi saya akan datang  terhindar lah dari gejala2 yang parah ni.)

Sedih bila remaja sekarang begitu ambil ringan dan remeh hal agama. Apa yang nak dibanggakan dengan Islam jika sekadar nama sahaja menggambarkan identity Islam sedangkan peng’amalan diri tidak menurut ciri2 Islam yang sebenar, nak cari yang complete solat dalam sehari sangat susah, tapi bila ditanya ‘siapa yang taksolat hari ni?’, pasti akan ada. Pernah saya bagi statement pada students untuk mereka fikirkan, ‘jika sekadar nama je Islam, ada ‘binti’ dan ‘bin’ tapi taklaksanakan perintah Allah, rukun2 sebagai Islam, nanti bila ditanya siapa students Islam dalam kelas ni? Takyah angkat tangan lah, sebab yang angkat tangan tu maksudnya kita bangga dengan identity Islam dan sedaya upaya melaksanakan rukun2 Islam..kalau solat pun tak jaga, mengucap apatah lagi…apa yang nak dibanggakan pada identity diri?”

Walaubagaimanapun, saya selalu berpegang bahawa setiap yang disekeliling kita adalah mad’u..bila kita berdepan dengan mereka, jangan kita tinggalkan mereka tanpa sepotong nasihat atau peringatan pun. Setakat yang mampu, kita mungkin boleh follow up dan nasihat dari semasa ke semasa, namun pengaruh di luar ditambah pula dengan ‘family problem’ menyebabkan mereka ni lebih selesa dengan kehidupan liar di luar. Moga dengan doa dan usaha2 yang dilakukan dapat menyelamatkan mereka2 yang terpedaya dengan keseronokan duniawi ni.

“Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku.
Dan mudahkanlah untukku urusanku,
Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku,
Agar mereka mengerti perkataanku. ”
(Thaha:25-28)


Tanda-tanda Kiamat Kecil

1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

5) Munculnya kekejian,
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim

14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai

15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Allahua'lam.

Wednesday, October 26, 2011





Firman Allah maksudnya: “... Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu siapa yang mampu sampai kepadanya”. (Surah Ali Imran, ayat 97).


Dalam kesibukan menyempurnakan urusan2 dan gerakkerja, perasaan rindu dan berkeinginan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci menyapa lagi.  Alhamdulillah, saya sendiri tidak ketinggalan menikmati kegembiraan di atas kegembiraan jemaah yang bakal/telah berangkat. Moga suatu hari nanti diri ini berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke sana. Ameen.

Rasulullah bersabda : “Jihad orang  tua, kanak-kanak, orang lemah dan orang perempuan ialah haji dan umrah”. (Hadis riwayat Muslim).


Cita-cita untuk menunaikan haji mestilah dekat di hati kita. Haji menuntut pengorbanan hati dan keyakinan, harta dan jiwa, ruang masa dan tenaga. Demikianlah kebijaksanaan Allah menyusun bulan2 dengan begitu cantik turutannya. Haji hanya datang selepas kita membersihkan diri melalui tarbiyyah Ramadhan, memohon keampunan daripada-Nya dan memohon semoga diterima segala amal, seterusnya pada Syawal, kita bermaafan sesama insan. Selepas itu, didatangkan dengan perjalanan haji yang merupakan permulaan kenikmatan rohani yang begitu indah kerana terasa begitu dekat dengan Allah.

Sudah tentu perjalanan ke sana memerlukan persiapan rapi. Semoga para jemaah haji mendapat haji yang mabrur, dan bagi yang tidak terlibat ayuh sama-sama kita doakan perjalanan pergi dan balik mereka dan moga kita tidak terlepas untuk sama-sama beribadah dan berpuasa sunat pada hari Arafah(9Zulhijjah)  nanti. Allahumma Ameen.

Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

..::Fastabiqulkhairat::..


Wednesday, October 12, 2011

ASSALAMU’ALAIKUM WBT…. alhamdulillah. Syukur di atas nikmat usia yang masih berbaki, sehingga saat terhela nafas kini masih gagah meneruskan rutin hidup seorang hamba…

Selama nafas terhela, apakah nilai yang paling berharga bagi seorang hamba?adakah kebahagiaan hidup yang didambakan ataupun kesenangan yang berpanjangan? Setiap yang hidup pasti mendambakan kebahagian yang hakiki...namun kabahagiaan yang sebenar bagi seorang hamba adalah KEAMPUNAN dari ALLAH SWT bagi  segala dosa2 yang terhimpun. Cuba bayangkan jika selama kita hidup menghamba dunia tetapi tidak mendapat keampunan. Adakah masih ada bahagia jika pengakhiran kita tanpa keampunan-NYA? Ya, mungkin bahagia anda semasa di dunia tetapi di akhirat kelak BELUM PASTI..

Oleh itu, sebagai muhasabah, ayuh kita tukar ‘trend’ permintaan bagi doa2 yang selama ini sering dipohon. Kita menitipkan doa memohon segala macam nikmat daripada Allah yang Maha Memberi tapi betapa kurangnya kita mensyukuri nikmat yang TELAH diberi. Malah ingin memohon keampunan juga tidak sesungguh kita memohon untuk diberi nikmat kesenangan duniawi...tiada rasa malu kepada yang Memberi, kita meminta begitu banyak untuk Allah kabulkan, sedangkan dosa kita masih belum terampun. “SUDAH TERHANTUK BARU TERNGADAH” Bila mendapat musibah yang besar barulah bersungguh mengingati kembali dosa-dosa yang masih membelenggu…

Ayuh sama2 kita muhasabah kembali setiap yang kita minta dan apa yang telah kita beri sebagai mensyukuri setiap nilai dan nikmat yang telah dikecapi..

****

Bila buka saja laman2 web especially ‘facebook’ yang menjadi medium pantas dan popular, pasti ada sahaja terselit  kes2 pembuangan bayi…makin menjadi-jadi. Seperti biasa, musim ‘nya’ datang lagi…semasa musim mengawan, macam2 berita keluar tentang kes2 rogol, zina, tangkap basah…dah macam ‘pesta mengawan’…bila dah habis musim mengawan, sekarang sampai kemuncak bila benih2 musim mengawan tadi ‘menjadi’…mulalah kelam kabut nak campak dan buang sana sini zuriat yang tak berdosa. Sakit hati sungguh bila baca dan tengok gambar2 bayi yang  dibuang tanpa belas kasihan…kalau taknak jaga pun, letak lah di tempat selamat dan ramai orang, bukan dalam tong sampah or longkang..takpun, mai bagi saya…(aih..emosi pulak)(^_^)

Sudah menjadi lumrah dan kebiasaan apabila zina hanya menjadi satu ungkapan dalam ceramah dan khutbah masjid tetapi tidak diendahkan umat Islam Malaysia. Jenayah dan zina sana sini semakin menjadi-jadi, tapi masih sibuk nak menangkap orang yang bagi pengisian, menyampai peringatan yang baek...(ehem)

Sekiranya direnungkan apalah sangat nikmat yang sekejap berbanding dengan azab Allah yang amat pedih lagi dahsyat. Lebih teruk lagi, kini zina lebih mudah dari berkahwin bahkan menjadi kebanggaan gadis tanpa dara. Inilah salah satu tanda-tanda kiamat dan amat benarlah apa disebutkan oleh Nabi s.a.w.
عَنْ أَنَس بْن مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ وَيَثْبُتَ الْجَهْلُ وَيُشْرَبَ الْخَمْرُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا
Daripada Anas bin Malik, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Di antara tanda-tanda kiamat adalah; diangkat ilmu dan nyata kejahilan, orang ramai meminum arak (secara berleluasa) dan zina yang nyata (berlaku secara terang-terangan). [Riwayat Bukhari & Muslim]

“ya Allah, sesungguhnya aku amat mengharapkan-Mu ya Allah, tiada daya upaya melainkan dengan-Mu.”

Wallahua’lam.
..::Fastabiqulkhairat::..

Saturday, October 1, 2011

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan." (Al-Maaidah:35)

Alhamdulillah semalam sempat bersama sahabat2 dari sepelusuk negeri berkumpul bagi menjayakan pelancaran Ameerah dan gelombang epal hijau di Kepala Batas…meriah dan sangat gembira kerana dapat bertemu sahabat2 yang telah lama terpisah dek kerana kesibukan menggalasi tanggungjawab di posisi masing2. Pidato dari pimpinan2 pusat dan juga persembahan dan gimik pelancaran gelombang epal hijau yang sangat mantap. Pada saya gimik tersebut mampu menaikkan lagi aura dan semangat para muslimat untuk terus melangkah dengan yakin  dan konsisten. “muslimat penggerak kemenangan penyelamat ummah”. Yuk teruskan berjuang:..posisi mana sekalipun, matlamat utama kita adalah REDHO ALLAH. Bekerja dan berjuang untuk ISLAM adalah jalan2 kearah meraih redho-Nya.


"Debu yang melekat pada kaki kita, kasut kita, baju, kain, pada tangan kita..dalam menjalankan  tugas untuk menegakkan agama Allah, akan menjadi saksi pada hari kiamat"-Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang


"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)." (Al-Hujuraat:15)

Teringat satu phrase: “biar kita hilang kawan kerana perjuangan tapi jangan hilang sahabat seperjuangan”. Mungkin ada betul dan ada juga yang boleh diperbaiki dari sudut method dakwah kita yakni(hilang kawan kerana perjuangan)…mungkin sesetengah akan mengambil kata putus, demi perjuangan kita takperlu berbaik dengan kawan yang bukan seperjuangan? TAPI seeloknya kita lihat dan pandanglah orang sekeliling kita dengan pandangan kaca mata dakwah. Mereka semua adalah mad’u…namun, pada satu tahap jangan sampai tergadai perjuangan kita. (fleksibel tapi bertegaslah terhadap matlamat dan prinsip perjuangan).

"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui." (At-Taubah:41)

 Walau rasa susah bagaimana sekalipun, atau rasa keseorangan untuk meneruskan gerakkerja dakwah di tempat kita, perlu ingat, Allah sentiasa bersama dan kita bukan juga berseorangan, walaupun berlainan kawasan atau negeri, kita kearah perjuangan yang satu…topic perbincangan kita tidak lari dari matlamat. Jadi, bagi sahabat2 yang rasa keseorangan dan lemah untuk meneruskan gerakkerja, sentiasalah upgrade dan baiki hubungan (link hati) kita dengan Allah..memantapkan tarbiyyah ruhiyyah. Di samping, jangan sampai terputus hubungan dengan sahabat seperjuangan. Kerana perkongsian pengalaman dan strategi mampu memberi suatu semangat dan idea untuk kita terus bergerak menuju kemenangan.. (peringatan untuk diri sendiri juga ni)

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak."Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (At-Taubah: 38-39)

Allahu’alam

..::Fastabiqulkhairat::..