Wednesday, January 21, 2009

Bagaimana dengan hal IKHLAS?

Assalamu’alaikum wbt

Teringat persoalan berkenaan ikhlas semasa d PPT, ustazah Nah menyimpulkan ikhlas itu memang kita tidak nampak juga tidak terlintas di hati apatah lagi untuk ditutur di lidah. Jika sebut ikhlas itu contohnya, 'aku ikhlas' pun belum tentu ikhlasnya lagi. Mampukah kita? Allahu ta’ala ’alam.

Di dalam sebuah hadis yang agak panjang, Rasulullah SAW menceritakan dengan mafhumnya:

"manusia pertama yang akan disoal pada hari qiamat adalah tiga golongan. Golongan pertama ialah orang yang telah dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan. Pada waktu tersebut Allah SWT akan bertanya, 'apakah yang kamu lakukan dengan ilmu yang kamu miliki? Lalu ia menjawab, wahai Tuhanku, dengan ilmu tersebut hamba bangun di tengah malam (solat tahajjud) dan hamba menyampaikannya kepada orang ramai diwaktu siang hari (kepada mereka yang memerlukan).

Tuhan berfirman, 'engkau dusta!' Para malaikat pun berkata 'engkau dusta! Tujuan kamu hanyalah supaya kamu disebut oleh orang bahawa engkau adalah seorang alim.' Memang demikianlah kata-kata manusia terhadap dirinya.

Sementara golongan kedua pula ialah golongan yang telah dikurniakan oleh Allah dengan harta yang banyak. Maka Allah berfirman: "engkau telah dikurniakan dengan nikmat yang banyak, apakah yang telah kamu lakukan dengan nikmat tersebut? Dia menjawab, wahai Tuhanku, harta benda itu telah hamba sedekahkan pada waktu siang dan malam." Tuhan berfirman, "engkau dusta! Dan malaikat-malaikat pun berkata ’engkau dusta! Engkau bermaksud supaya orang berkata bahawa engkau seorang dermawan, memang demikianlah kata-kata manusia terhadap dirinya.

Golongan ketiga ialah golongan yang terbunuh di medan perang mempertahankan agama Allah, maka Tuhan bertanya kepadanya, 'apakah yang telah engkau kerjakan?' dia menjawab, 'wahai Tuhanku, Engkau memerintahkan hamba berjihad, maka hamba telah pergi berjihad dimedan perang dan hamba telah gugur dalam peperang tersebut. Tuhan berfirman, 'engkau dusta! Dan para malaikat pun berkata, 'engkau dusta! Engkau bermaksud supaya orang hanya berkata si fulan itu gagah berani, memang demikianlah kata-kata manusia terhadap dirinya.

Setelah berkata demikian, Nabi SAW bersabda: "wahai Abu Hurairah, mereka itulah makhluk yang mula-mula sekali akan menderita api neraka jahanam di hari qiamat. Didalam satu riwayat yang lain Umamah r.a. berkata bahawa telah datang seorang lelaki berjumpa Rasulullah SAW dan bertanya: 'apakah pendapat baginda mengenai seorang yang berperang dengan tujuan mencari pahala dan populariti, maka apakah yang akan diperolehinya kelak? Rasulullah menjawab: 'ia tidak mendapat apa-apa!’ Rasulullah mengulangi jawapan yang sama walaupun lelaki tersebut bertanya berulang-ulang sebanyak tiga kali.
Kemudian Rasulullah bersabda:

"sesungguhnya Allah azzawajalla tidak menerima sesuatu amalan melainkan setelah dilakukan secara ikhlas kepadaNya disamping menuntut keredhaanNya."

Firman Allah SWT dalam surah Shaad (82-83) maksudnya:

"iblis berkata, Demi Kemuliaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semua(manusia) melainkan dari kalangan hambaMu yang ikhlas."

Amalan yang tidak ikhlas boleh diibaratkan seperti jasad yang tidak bernyawa atau lebih mudah jika disebut sebagai bangkai.

Cuba kita andaikan jika seseorang yang menghadiahkan bangkai binatang kepada seorang raja sudah pasti akan dimurkai raja walaupun pada sangkaannya raja gembira apabila menerima hadiah tersebut. Begitulah perumpamaan ibadat seseorang yang dipersembahkan kepada Allah SWT sebagai Tuhan Robbul Jalil sedangkan keikhlasan yang menjadi roh kepada ibadat tersebut tidak disertakan. Maka ibadat tersebut ibarat bangkai yang sudah tidak bernyawa dan sudah pasti akan dimurkai Allah.

Jadi, sesusah manapun untuk mencapai keikhlasan yang benar diterima Allah kita perlu bersungguh dalam tiap kerjaan kita. Moga amalan ibadah kita diterima Allah SWT.


Allahu'alam
****

Tuesday, January 6, 2009

Satu Hati Bebaskan Palastine!

assalamu'alaikum wbt

Malam Solidariti Rakyat Perak bersama Palastine

date: 9/1/09 (jumaat)
venue: STADIUM INDERA MULIA, IPOH
time: selepas solat Maghrib di stadium


Tentatif:

- Pidato MB
- Pidato wakil Palastine
- Pidato Mahasiswa Perak
- Pidato NGO2
- himpunan SEJUTA RINGGIT utk Palastine

ayuh turun beramai2.

Friday, January 2, 2009

Bicara Soal HATI

Assalamu’alaikum wbt



Dalam sehari-hari kita menjalani kehidupan memenuhi tanggungjawab sebagai hamba Allah adakah tiap detik hela nafas telah dimanfaatkan sebaiknya? Tepuk dada Tanya iman..tanya hati..itu yang biasa akan kita jawab…hati? Apakah kita telah jelas apa itu hati? Adakah sekadar seketul daging yang memenuhi ruang rongga badan kita? Yang selama ini kita biarkan ia semadi sebagai organ bukan sebagai sebahagian yang 'berharga' dalam kerjaan harian kita.. Ataupun hati hanyalah berkait dengan perasaan??


Dalam kesibukan kita memenuhi pelbagai agenda hidup, tidak dapat dinafikan terkadang kita lupa akan kehadiran hati. Lupa untuk mengambil berat keadaan hati kita yang semakin hari kan kegersangan dan kekeringan tanpa penjagaan sebagaimana penjagaan kita pada bunga-bungaan yang memerlukan penjagaan rapi.


Kita ditarbiyah dan mentabiyah diri dalam acuan Islam sebenar dan kerana itu, tidak mungkin pemilik hati yang sarat cinta dan keimanan, yang sentiasa bermujahadah dan melaksanakan setiap perintahNYA namun pada saat yang sama ia adalah seorang yang berhati gersang, kasar, serta menyimpan rasa dengki dan kebencian kepada pihak lain.


Maka disebabkan rahmat dan Allah (SWT)-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (Al-Imran: 159)





Rasul bersabda, “Seorang wanita masuk neraka gara-gara seekor kucing yang dikurungnya tanpa diberi makan dan minum, dan ia meninggalkannya dengan tidak memberi makan meski dan serangga tanah.”


Allah (SWT) swt, berfirman didalam Al Quran:


"Allah (SWT) sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Al-Ahzab: 4)



Pada pengamatan saya, sudah pasti seorang yang bermujahadah menuju Allah dan yang betul menjaga tiap ibadah turut sama akan menjaga hati agar tidak lalai dari mengingati Allah. Namun, dalam kesibukan hal duniawi yang semakin menyelimuti diri mana mungkin kita membiarkan hati tanpa bimbingan. Mengapa jika dilihat ramai juga yang dulunya begitu elok jalannya namun akhirnya kecundang dan tenggelam dengan keindahan duniawi. Memang bila ditimbulkan persoalan, akan ada yang mengatakan hidayah itu milik Allah. Adakah kita tidak berhak untuk berusaha merebut hidayah itu? Mengapa masih ramai hamba-hamba Allah yang diluar sana makin leka dan lupa akan fitrah kejadian? Mengaku bersolat namun hanya melepaskan batuk ditangga seolah-olah ianya hanya rutin bagi melepaskan tanggungjawab tanpa memahami dan merasai nikmat ibadah itu sendiri.



Segala kerjaan bermula dengan hati. Jika hati bersih segala kerjaan juga akan diniatkan semata kerana Allah.

Bacalah Quran dengan penghayatan makna
Kosongkan perut dengan puasa
Lakukan solat di tengah malam gelap gelita
Banyakkan istighfar di waktu sahur kan tiba
Sering seringlah kamu berziarah para ulama’


Hal di atas adalah untuk mengubat hati agar hati kita tidak keras dan jauh dari Allah. Ubat hati itu ada lima jenisnya yakni jika hati menghidap penyakit yang dapat menjauhkan diri dari Allah maka ubatilah dengan petua yang lima jenis tadi.


Rasulullah SAW bersabda:


"ada lima jenis ubat hati iaitu membaca alQuran, mengosongkan perut(berpuasa), qiamullail(tahajjud), thadarru’(istighfar) di waktu sahur, dan banyak berziarah pada para ulama.”


Hasan Basri berkata:

"Jika seorang hamba sentiasa membaca Al-Quran setiap ba’da subuh, maka ia akan banyak sedihnya, sedikit kebahagiaannya, banyak menangisnya, sedikit tertawanya, banyak kesibukannya, sedikit waktu luangnya."



Melalui Qiyamul lail juga termasuk ubat hati. Ia adalah melakukan ibadah baik solat mahupun selainnya. Sebagaimana firman Allah dalam surah al muzammil(1-2): ertinya "wahai orang yang berselimut(Muhammad)! Bangunlah untuk solat pada malam hari, kecuali sebahagian kecil iaitu separuh atau kurang sedikit dari itu, atau lebih dari (seperdua) itu dan bacalah al Quran dengan perlahan-lahan.”



Memang sering menjadi keluhan jika dijadualkan rutin kita untuk bangun malam. Pada awal lagi kita 'set' kan minda kita Qiyamullail adalah suatu pekerjaan yang sangat berat apatah lagi dikerjakan setelah tidur. Tetapi pekerjaan berat itu akan menjadi ringan jika kita membiasakan diri dengannya.


Kesimpulannya, nak seribu daya, tak nak seribu dalih.


Terfikir sendirian, adakah niat kita bangun malam semata nak menjaga dan mengubat hati? Sudah tentu semuanya bermula dengan niat kita untuk merebut redho Allah.. jadi melalui matlamat itu, kita akan berusaha sedaya upaya untuk taqorrub billah(dekat dengan Allah) dan sekaligus kita akan jaga betul hati dan tiap kerjaan kita agar tidak lari dari jalan mujahadah dan hasilnya kita akan bersungguh dalam melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan Nya. Biiznillah.


***Seorang da’ie yang mampu memahami rahsia jiwa seseorang, mampu menghiasi diri dengan watak sabar dan lapang dada. Juga mempunyai keyakinan dan pengharapan yang utuh kepada Allah. Wallahu’alam.



Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku.
Dan mudahkanlah untukku urusanku,
Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku,
Agar mereka mengerti perkataanku.
(Thaha:25-28)
~at thariq ilal quluub