Tuesday, January 12, 2010

muhasabah di atas pemergian..

Saat dikejutkan dengan berita kemalangan dua sahabat dalam jam 5.15 pagi 25 muharram baru ni, saya dan juga sahabat yang lain terpinga dan tersentap, hanya doa sepanjang saat menanti berita-berita yang menyusul. Selesai solat subuh, saya dan sahabat2 yang lain segera bertolak ke hospital slim untuk menziarah allahyarham faizol dan fadhiri. Alhamdulillah, tika sampai di hospital, sempat kami melihat akh fadhiri yang telah berada dalam ambulans untuk di bawa ke hospital teluk intan. Terngiang2 suara arwah ketika di dalam ambulans yang mengadu sakit ketika jururawat menekan dadanya. Tergambar kesakitan yang dirasa mungkin juga saat2 akhir telah arwah rasakan masa tu. Setelah ambulans bergerak, kami smua menuju ke bilik mayat untuk melihat allahyarham faizol. Hanya Allah yang Maha Mengetahui sebak hati kami tika itu atas kehilangan ‘adik bradik’ sperjuangan yang disayangi. Subhanallah, raut muka arwah masih tidak berubah walaupun kemalangan agak teruk, kerana pada bayangan saya, kebiasaan bila kemalangan motor ngan lori, mangsa teruk cedera especially kepala yang hancur dan sebagainya. Alhamdulillah, Allah menjaga raut bersih wajah arwah. Bagi adik beradik ‘jf’, mungkin saat ini masih terngiang2 suara arwah faizol yang menyanyikan lagu ‘putriku sayang’ buat muslimat jf. Hadiah terakhir arwah….”aduhai muslimahku sayang…”

saat kesedihan menusup, rindu Rasulullah s.a.w tiba2 menyelubungi jiwa...

akh faizol



akh fadhiri



Lebih kurang jam 9.40 pagi, saya dan sahabat muslimat yang lain bergegas pulang ke baituzzahra untuk bersiap ke hospital teluk intan dan terus ke Kelantan, namun sekitar jam 1030 ketika kalut bersiap, kami digemparkan pula dengan pemergian akh fadhiri. Ya Allah. Hanya Dia yang tahu perasaan kami tika mendengar khabar itu. Kehilangan dua adik beradik yang disayangi. Kemudian, kami bergegas untuk ke teluk intan, tapi, terpaksa berpatah balik ke kolej untuk sama2 solat jenazah arwah ust.faizol di surau alfalah ba’da zuhur. Selepas saja solat jenazah, kami semua berangkat ke Kelantan untuk ke rumah arwah fadhiri sebelum dikebumikan. Keesokannya kami menziarahi kubur arwah fadhiri dan arwah faizol sebelum berangkat pulang ke tg malim.

Alfatihah buat Almarhum Mohd Fadhiri bin Mohd Ariffin dan Almarhum Mohd Faizol bin Abd Shukor.



Sama-sama kita doakan moga roh mereka ditempatkan dikalangan orang beriman dan soleh. Ameen. Hanya untaian doa yang arwah harapkan untuk terus mengiringi mereka di destinasi yang ABADI. Sisa kekuatan yang masih berbaki tetap perlu digagahi untuk meneruskan matlamat perjuangan. Yang pergi tetap pergi, yang tinggal tidak boleh terus meratap kesedihan malah perlu terus bangkit untuk meneruskan gerakkerja seperti biasa kerana perjalanan dan matlamat perjuangan masih menantikan da’ie yang tinggal untuk meneruskan usaha dakwah Rasulullah s.a.w.



Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata hamba-Ku?”Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.”

(at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)



Diriwayatkan dari Saidina Ali k.w katanya: Ketika aku mengiringi jenazah di perkuburan Baqi' al-Gharqad (di Madinah). Lalu Rasulullah s.a.w menghampiri kami lantas baginda duduk dan kami juga duduk di sekitarnya. Baginda memegang sebatang tongkat dan menghentakkan tongkat itu ke tanah. Baginda kemudiannya menggariskan tanah dengan tongkat tersebut dan bersabda: Setiap orang dari kamu, setiap jiwa yang bernafas telah ditentukan oleh Allah s.w.t tempatnya di Surga atau di Neraka. Begitu juga nasibnya telah ditentukan oleh Allah s.w.t, apakah dia mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Saidina Ali k.w berkata: Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Kenapa kita tidak menunggu ketentuan kita terlebih dahulu kemudian barulah memulakan amal ibadat? Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang termasuk dalam golongan yang mendapat kebahagiaan, sudah pasti dia mudah melakukan amalan golongan bahagia. Begitu juga sesiapa yang termasuk dalam golongan yang mendapat kecelakaan, dia juga sudah pasti mudah melakukan amalan golongan celaka. Baginda bersabda lagi: Lakukanlah amalan kerana segala-galanya dipermudahkan. Golongan yang mendapat kebahagiaan akan dipermudahkan melakukan amalan golongan yang mendapat kebahagiaan. Manakala golongan celaka pula akan dipermudahkan melakukan amalan golongan celaka. Seterusnya baginda membaca ayat Yang bermaksud: Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa dengan mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya serta dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan memberikan dia kemudahan untuk mendapat kesenangan Surga. Sebaliknya orang yang bakhil dari berbuat kebajikan dan merasakan cukup dengan kekayaannya dan kemewahannya serta dia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan.





Tertulis kematian

Pada suratan kehidupan

Namun hanya ALLAH yang tahu

Bilakah ajal bakal bertamu



Detiknya menghampiri

Tanpa petanda yang menanti

Bila tiba saatnya nanti

Tak siapa dapat melarikan diri



Itu hakikat dan kepastian

Hadirnya tidak pernah kita alukan

Tua dan muda, miskin dan kaya

Semua insan pasti melaluinya



Sakit dirasa tidak terkata

Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya

Hanya amalan bisa redakan

Bebanan derita di ambang kematian



Denyutan nadi akhirnya terhenti

Bersama nafas yang tak terhela lagi

Kerana jiwa meninggalkan pergi

Pulang kembali untuk menghadap Ilahi



Dari ALLAH kita datang,

KepadaNya kita pasti pulang



Detiknya pasti tiba

Adakah kita bersedia?

1 comment: