Saturday, October 1, 2011

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan." (Al-Maaidah:35)

Alhamdulillah semalam sempat bersama sahabat2 dari sepelusuk negeri berkumpul bagi menjayakan pelancaran Ameerah dan gelombang epal hijau di Kepala Batas…meriah dan sangat gembira kerana dapat bertemu sahabat2 yang telah lama terpisah dek kerana kesibukan menggalasi tanggungjawab di posisi masing2. Pidato dari pimpinan2 pusat dan juga persembahan dan gimik pelancaran gelombang epal hijau yang sangat mantap. Pada saya gimik tersebut mampu menaikkan lagi aura dan semangat para muslimat untuk terus melangkah dengan yakin  dan konsisten. “muslimat penggerak kemenangan penyelamat ummah”. Yuk teruskan berjuang:..posisi mana sekalipun, matlamat utama kita adalah REDHO ALLAH. Bekerja dan berjuang untuk ISLAM adalah jalan2 kearah meraih redho-Nya.


"Debu yang melekat pada kaki kita, kasut kita, baju, kain, pada tangan kita..dalam menjalankan  tugas untuk menegakkan agama Allah, akan menjadi saksi pada hari kiamat"-Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang


"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)." (Al-Hujuraat:15)

Teringat satu phrase: “biar kita hilang kawan kerana perjuangan tapi jangan hilang sahabat seperjuangan”. Mungkin ada betul dan ada juga yang boleh diperbaiki dari sudut method dakwah kita yakni(hilang kawan kerana perjuangan)…mungkin sesetengah akan mengambil kata putus, demi perjuangan kita takperlu berbaik dengan kawan yang bukan seperjuangan? TAPI seeloknya kita lihat dan pandanglah orang sekeliling kita dengan pandangan kaca mata dakwah. Mereka semua adalah mad’u…namun, pada satu tahap jangan sampai tergadai perjuangan kita. (fleksibel tapi bertegaslah terhadap matlamat dan prinsip perjuangan).

"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui." (At-Taubah:41)

 Walau rasa susah bagaimana sekalipun, atau rasa keseorangan untuk meneruskan gerakkerja dakwah di tempat kita, perlu ingat, Allah sentiasa bersama dan kita bukan juga berseorangan, walaupun berlainan kawasan atau negeri, kita kearah perjuangan yang satu…topic perbincangan kita tidak lari dari matlamat. Jadi, bagi sahabat2 yang rasa keseorangan dan lemah untuk meneruskan gerakkerja, sentiasalah upgrade dan baiki hubungan (link hati) kita dengan Allah..memantapkan tarbiyyah ruhiyyah. Di samping, jangan sampai terputus hubungan dengan sahabat seperjuangan. Kerana perkongsian pengalaman dan strategi mampu memberi suatu semangat dan idea untuk kita terus bergerak menuju kemenangan.. (peringatan untuk diri sendiri juga ni)

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak."Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (At-Taubah: 38-39)

Allahu’alam

..::Fastabiqulkhairat::..

No comments:

Post a Comment